NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Sunday, October 31, 2010

AKTIVITI KEAGAMAAN SEPANYOL DI FILIPINA


PENGENALAN                                                                                                                  
Matlamat kami yang utama ialah untuk menyebarkan agama suci kami di Kepulauan Hindia Timur & juga Tierra Firme, mendampingkan mereka dengan tokoh-tokoh agama, mubaligh-mubaligh dan juga orang-orang  terpelajar bagi tujuan memberi petunjuk, pengetahuan dan mengajar mereka tentang tingkahlaku yang baik” (Isabella, the Katholic, Queen. Last Will and Testament, 1604).
Penjajahan Sepanyol di Filipina ialah khususnya menunjukkan  dasar utama untuk menukarkan agama anak-anak negeri kepada agama Kristian, yang demikian tujuannya bukanlah untuk memeras hasil-hasil Pulau-pulau ini tetapi ialah untuk menyelamatkan roh penduduk-penduduknya” (Dr. Rafael, Sarjana Filipina bukan Katolik.).“Tujuan utama penjajahan Sepanyol ialah untuk menukarkan agama orang-orang Jahiliah itu kepada agama Kristian” (Dr. Wilhelm Roseher).
             Kenyataan-kenyataan yang berikut sudah cukup jelas mengambarkan bahawa penyebaran agama Kristian Katolik merupakan fokus utama penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada awal abad ke-17 yang telah berkuasa lebih 300 tahun di Kepulauan Filipina. Kerapuhan sistem politik, sosial dan ekonomi yang dipelopori oleh kerajaan-kerajaan Barangay purba yang menganut kepercayaan pagan gagal menyekat pengaruh Sepanyol yang masuk ke Filipina tanpa sebarang tentangan yang boleh dibanggakan. Kesannya, melalui penjajahan agama Kristian Katolik, Sepanyol telah menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan untuk mengukuhkan kekuasaannya di Kepulauan Filipina. 
AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN SEPANYOL DI FILIPINA
Pentadbiran Kepaderian                                                                                          
 Pentadbiran Kepaderian yang ditubuhkan merupakan salah satu daripada aktiviti keagamaan Sepanyol di Filipina. Pentadbiran ini wujud di samping pentadbiran awam yang diketuai oleh Gabenor Jeneral. Melalui pentadbiran ini, Kepulauan Filipina dibahagikan kepada beberapa daerah yang dikenali sebagai Bishop, mukim dan kawasan Tabligh. Pusat pentadbiran Bishop besar terletak di Manila dan orang pertama menjadi Biskop Manila ialah Msgr. Domingo de Salazar (1581).Biskop besar Manila bertindak sebagai ketua pentadbiran kepaderian. Dia dilantik oleh Paus atas syor Raja Sepanyol. Di bawahnya terdapat beberapa orang Biskop yang menjadi ketua di daerah masing-masing dan di bawah biskop itu juga ialah paderi-paderi yang menjadi ketua mukim.
 Melalui pentadbiran Kepaderian juga, Gereja turut memainkan peranan penting berhubung dengan tugas-tugas penyebaran agama Kristian dan mengekalkanya.  Dalam soal politik, tugas gereja yang utama ialah mengekalkan penyatuan negara Kristian yang telah dibuat dan menjaga kepentingan semua paderi. Dalam bidang perundangan pula, Gereja turut menubuhkan mahkamah yang membicarakan kes-kes yang berhubung dengan undang-undang kepaderian, perkara bidaah yang dilakukan oleh orang-orang Filipina dan orang-orang Cina dan kes-kes melibatkan kepaderian.  

Jemaah Pastian Gereja
Jemaah Pastian Gereja juga merupakan aktiviti pertubuhan keagamaan Sepanyol di Filipina. Jemaah ini dikelolakan oleh seorang Commissary atau Pesuruhjaya yang kuasanya terikat pada undang-undang. Tugas Commissary ini ialah menyingkirkan perkara-perkara bidaah di tanah jajahan Sepanyol. Bidang kuasa Jemaah Pastian Gereja adalah terhad iaitu hanya berkuasa kepada orang Sepanyol sahaja yang berada di Filipina dan tidak berkuasa ke atas orang Filipina dan Cina. Antara kes yang pernah dilaksanakan oleh Jemaah ini ialah pada tahun 1663-1668 iaitu membicarakan kes Gabenor Diego de Salcedo kerana melakukan perkara Bidaah iaitu ingin menjual Filipina kepada Belanda. Walau bagaimanapun, Jemaah ini akhirnya telah dimansuhkan menurut dikri  9 Mac 1820 dan 1 Julai 1835.

Aktiviti Golongan Paderi
Golongan Paderi Kristian ini bukan setakat inginkan penduduk menganut agama Kristian Katholik tetapi juga menyebarkan kehidupan sosial baru dari barat kepada penduduk Filipina seperti idea-idea kehidupan baru, institusi sosial baru dan juga nilai-nilai berasaskan barat daripada Sepanyol. Disebabkan itu mereka mempelajari bahasa-bahasa tempatan dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan penduduk Filipina untuk memudahkan misi keagamaan mereka.
Aktiviti keagamaan golongan Paderi yang utama ialah menyebarkan agama Kristian kepada penduduk Filipina, dengan diberi bantuan secukupnya oleh Kerajaan Sepanyol bagi memudahkan aktiviti perjalanan penyebaran agama Kristian. Setiap kawasan petempatan turut dibina gereja-gereja untuk memudahkan penyebaran agama Kristian Katolik di Kepulauan Filipina berjalan dengan lancar.
Selain itu, golongan paderi juga membuka kampung-kampung baru, bandar-bandar baru seperti Nueva Segovia, Cebu, Arevalo, Vila Fernandina, memperkenalkan tanaman-tanaman baru Tebu (India), tembakau (Mexico), Jagung, keladi dan ubi kayu. Mereka turut membaiki kaedah-kaedah pertanian dan umumnya memainkan peranan dalam membentuk keadaan sosial dan ekonomi orang-orang Filipina. Golongan Paderi juga bertindak melindungidan mendidik orang Filipina dibawah jagaan mereka, menjaga hal kebajikan dibantu oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan Sepanyol.
Melalui aktiviti keagamaan juga, Sepanyol telah menyerang kawasan Moro untuk mengkristiankan penduduk Islam di sana. Sepanyol juga telah berjaya menawan bandar Jolo pada tahun 1578, walau bagaimanapun gagal bertahan di bandar tersebut disebabkan kebencian yang meluap-luap penduduk tempatan terhadap Sepanyol. Pada tahun 1635, Sepanyol telah menawan Zamboaga untuk dijadi Bandar Kubu bagi mempertahankan serangan-serangan orang Moro dan juga membolehkan mereka menyerang orang Moro. Pada tahun 1661, Sepanyol terpaksa meninggalkan Zamboaga disebabkan ancaman pemimpin China Koxinga.

Penghapusan Perhambaan
Aktiviti keagamaan Sepanyol yang paling berjaya ialah menghapuskan amalan perhambaan. Undang-undang tentang penghapusan Hamba abdi ini yang dikuatkuasakan secara berkesan selepas Raja Philip II mengeluarkan dikri diraja bertarikh 9 Ogos 1589 dan memerintahkan pembebasan hamba abdi di Filipina. Dikri ini turut disokong oleh Paus Gregory XIV melalui dikri yang diterbitkan di Rom selepas itu pada 18 April 1591. Menjelang tahun 1609, pembebasan hamba di Filipina berjaya sepenuhnya seperti mana berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan itu. Hal ini menyebabkan golongan hamba ramai memeluk agama Kristian.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, melalui aktiviti keagamaan Sepanyol di Filipina telah menyebabkan jumlah penduduk Filipina yang menganut agama Kristian bertambah secara mendadak sekali. Pada tahun 1571 seramai 200 000 memeluk agama Kristian Katolik dan pada tahun 1898 bertambah seramai 6 juta daripada 7 juta penduduknya berjaya dikristiankan. Menurut satu lagi sumber iaitu pada tahun 1586 terdapat 250,000 penduduk Filipina berjaya dikristiankan oleh paderi-paderi Sepanyol Kristian Katolik, bertambah 660,000 dalam tahun 1591 dan turut meningkat lagi pada angka 900,000 pada abad ke 18. Pada 1 Mei 1898 angkatan perang Sepanyol telah ditenggelamkan oleh angkatan perang Amerika yang dipimpin oleh Komodor Dewey di Teluk Manila sekaligus menamatkan penguasaan Sepanyol  ke atas Filipina.
BIBLIOGRAFI
David Joel Steinberg. 1994. The Philippines: A Singular & A Plural Place Third Edition.               United States of America: Westview Press, Inc.

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

D.J.M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi & Sosial    Jilid Kedua. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Felix M. Keesing. 1937. The Philippines: A Nation in the Making. New York: AMS                       Press.

Raymon Nelson. 1968. The Philippines. London: Thames & Hudson.

Teodoro A. Agoncillo. 1969. A Short History of the Philippines. New York: The New        American Library

Zaide. 1978. Sejarah Politik & Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &                 Pustaka.



No comments:

Post a Comment