PENGENALAN
Laos dan Cambodia dikenali bersama Vietnam sebagai Kesatuan Indochina Perancis pada 1893 sebelum menjadi sebahagian empayar Indo-China Perancis pada 1940-an. Sejak abad ke-16, Laos dan Cambodia menjadi negeri naungan Siam dan Vietnam. Disebabkan Siam dan Vietnam sendiri masih tidak mengakui secara sah siapa yang lebih berhak ke atas Cambodia. Maka Cambodia telah mengiktiraf kedua-dua kuasa tersebut.
Laos maerupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan laut. Ia terletak di tengah Semenanjung Indo-China dan memanjang di sebelah kiri Sungai Mekong sehingga ke banjaran Annam . Disebelah kanan Sungai Mekong, Laos mempunyai 2 wilayah iaitu Sayabouri di barat laut dan di selatannya wilayah Bassac. Sejarah Laos didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, yang diteruskan pada abad ke-14 oleh kerajaan tempatan Lan Xang yang berlangsung hingga abad ke-18, setelah Siam menguasai kerajaan tersebut.
Perluasan kuasa Perancis di Asia Tengara menghadapi kesukaran. Antaranya masalah Perancis dengan Siam adalah dasar penjajahan, untuk meluaskan kuasa di sebelah Timur dihalang oleh Britain di sebelah Barat dan Selatan, oleh itu Perancis terpaksa menumpukan perhatiannya terhadap negeri-negeri di Laos sebahagian utara. Augustus Pavie memainkan peranan penting dalam perkembangan kuasa Perancis di Laos. Ini menyebabkan berlaku pertembungan diantara dua kuasa tersebut sehingga Perancis dapat menguasai Vietnam maka telah menamatkan pertikaian mengenai status Cambodia . Oleh kerana Cambodia dianggap wilayah Vietnam maka seluruh wilayah taklukannya akan menjadi milik Perancis juga.
POLITIK
1.1 MENAMBAHKAN KAWASAN JAJAHAN
Selepas tahun 1870, berlaku persaingan sengit antara kuasa-kuasa asing iaitu British, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya untuk merebut tanah jajahan baru di Asia. Persaingan adalah didorong oleh kepentingan golongan kapitalis dan maruah politik yang seterusnya menyebabkan Perancis juga mengkehendaki untuk meluaskan tanah jajahannya ke kawasan Indo-China iaitu Cambodia, Laos dan Vietnam. Tambahan pula dengan pembukaan Terusan Suez pada 1869 adalah satu usaha Perancis dan menjadi penting kepada kuasa imperialisme seperti British dan kuasa barat yang lain untuk mengembangkan kuasa di timur. Namun pembukaan Terusan Suez bukanlah satu-satunya factor, terdapat factor lain yang turut sama berkembang seperti system perhubungan telegraf.
Ini dapat dilihat apabila Cambodia telah menjadi sebuah negeri naungan Perancis dengan Perancis telah menempatkan seorang Residen Perancis. Malah, kuasa yang terdapat pada raja adalah sekadar pada nama sahaja dan baginda akan menerima segala pembaharuan yang difikirkan sesuai bagi Cambodia oleh Perancis. Residen Perancis yang ditempatkan melalui perjanjian 1863 mempunyai beberapa orang residen dibawah perintahnya yang dilantik sendiri oleh kerajaan Perancis dan ditempatkan di setiap wilayah. Malah, segala pentadbiran tempatan dijalankan oleh Cambodia diletakkan dibawah pengawasan residen-residen ini.
Walau bagaimanapun, hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan awam dan perkhidmatan bercorak teknikal contohnya kerja raya dan kewangan seperti cukai dan kastam terletak dibawah pentadbiran pegawai Perancis. Segala perbelanjaan bagi pentadbiran Cambodia dan Laos dan hal-hal yang berkaitan dengan naungan dibiayai oleh negeri tersebut Malah, ibu negeri iaitu Phnom Penh dan Tonkin akan ditadbirkan oleh satu majlis tempatan campuran yang mempunyai sebahagian ahli-ahlinya daripada orang Perancis. Pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Perancis ini menunjukkan bahawa kedua-dua negeri tersebut telah dimiliki oleh mereka. Manakala Raja Norodom dijadikan raja boneka yang hanya mengikut telunjuk dan arahan daripada pihak kerajaan Perancis. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Perancis berjaya meluaskan dan menambahkan kawasan tanah jajahannya di Asia.
1.2 MENYEKAT PENGARUH SIAM KE ATAS CAMBODIA DAN LAOS
Penjajahan Perancis keatas Kocin-China mengakibatkan perubahan dalam perhubungan Perancis-Siam. Ini kerana perkembangan kuasa Siam di sebelah Timur telah terhenti kerana Perancis telah mengambil alih Vietnam dan berebut dengan Siam untuk mendapatkan Cambodia dimana pihak Perancis berjaya memperolehi Cambodia dalam masa yang singkat, dengan memaksa raja Norodom iaitu Raja Cambodia menerima naungannya pada tahun 1863. Melalui perjanjian ini, Perancis berjaya berkuasa sepenuhnya dan empat tahun kemudiannya Siam telah membuat perjanjian dengan Perancis dimana Battambang dan Siemreap diserahkan kepada Siam.
Melalui Persetiaan antara Thailand dan Perancis pada tahun 1867, Thailand memansuhkan semua tuntutannya ke atas Cambodia. Keadaan ini menyebabkan Perancis berjaya memperkukuhkan dan memperluaskan penguasaannya di Cambodia. Ini dapat dilihat apabila Cambodia diletakkan dibawah pentadbiran seorang Ketua Residen Perancis dan beberapa orang Residen dimana setiap Residen mentadbir sebuah wilayah bagi pihak ketua Residen tanpa campur tangan daripada Siam.
Malah, penguasaan Perancis terhadap Cambodia juga adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan itu sebagai kawasan penampan yang dapat menyekat pengaruh atau ancaman British yang menduduki Siam ketika itu ke atas pendudukan Perancis di Vietnam. Malah, sikap orang Cambodia yang merasakan penguasaan Perancis dapat menghilangkan eksploitasi atau tekanan daripada Siam dan Vietnam yang merupakan penaung mereka sebelum ini merupakan salah satu faktor Perancis dapat menguasai Cambodia.
Manakala di Laos, kerana bimbang dengan Perancis yang mula bertapak di Vietnam dan akan menjadi kuasa di kawasan IndoChina. Siam telah menggunakan kekuatan tentera untuk mendapatkan Vietnam. Siam menggunakan serangan Ho di Tran Ninh (1872) dan ancamannya di Utara dan juga ancaman kepada Vientiane (1873) serta pemberontakan orang Kha (1872-1876) sebagai satu peluang untuk memberikan bantuan kepada Oun Kham . Sepasukan tentera Siam ditempatkan sementara waktu di Luang Prabang. Siam turut menghantar tentera sehinggalah ke Sungai Hitam di Tonkin. Siam mengambil kesempatan dengan mengambil Luang Prabang dan meletakkan 2 orang pesuruhjaya di Istana Hue apabila Perancis menjalankan usaha membanteras pemberontakan di Vietnam tengah (1885). Tindakan Siam ini membimbangkan Perancis. Penguasaan Siam di Vietnam membolehkan Siam mengambil Laos dan ini menjejaskan kuasa Perancis. Mei 1893, Perancis akhirnya terpaksa menggunakan tentera untuk menduduki keseluruhan kawasan tebing kiri Sungai Mekong dari Paksane hingga ke Khone. Perancis terpaksa menunjukkan kekuatan tentera lautnya untuk memaksa Siam supaya melepaskan cengkamannya ke atas Laos (Julai 1893)
1.3 PERMINTAAN DARIPADA PEMERINTAH TEMPATAN
Raja Cambodia iaitu Ang Duong bimbang Cambodia akan dibahagi-bahagikan kepada Siam dan Vietnam. Oleh itu pada tahun 1853, Ang Duong telah menghantar perutusan kepada Napoleon III melalui konsul Perancis di Singapura untuk meminta Perancis campur tangan di Cambodia. Maka, Napoleon III telah mengarahkan seorang diplomat iaitu M. De Montigny untuk pergi ke Siam dan China untuk mengadakan satu pakatan atau perjanjian dan perdagangan dengan Ang Duong tetapi gagal.
Anak Ang Duong iaitu Norodom telah dilantik menjadi raja setelah kematian ayahnya. Norodom telah menerima perutusan Laksamana Charnier dari Perancis yang bertujuan untuk mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan Cambodia. Raja Cambodia bersetuju dengan cadangan ini dan menghantar utusan seramai lapan puluh orang ke Saigon untuk memberitahu Laksamana untuk berbaik-baik dengan Raja Perancis.
Namun begitu, Norodom mendapat tentangan dan pemberontakan daripada saudaranya iaitu Si Votha. Keadaan ini menyebabkan Norodom terpaksa melarikan diri ke Battambang dan Bangkok bagi mendapatkan bantuan untuk merampas semula takhtanya. Oleh itu, Mgr. Mighe telah berpihak kepada Norodom dan meminta Konsul Perancis di Bangkok agar meminta Siam menghantar Norodom pulang. Norodom bertolak ke Kampot dan seterusnya tiba di Qudong manakala Votha terpaksa berundur ke sebelah Utara di Wilayah Kratie di tebing kanan Sungai Mekong.
Kemudiannya, Mgr. Miche telah menerangkan kepada Norodom supaya menerima perlindungan Perancis dan seterusnya dapat mengelakkan ancaman daripada Siam. Norodom telah menandatangani sebuah perjanjian pada 11 Ogos 1863 yang kemudiannya telah dihantar ke Paris untuk pengesahan. Akhirnya surat perjanjian yang telah disahkan oleh Napoleon III tiba. Pada 3 Jun 1864, Norodom telah ditabalkan sebagai raja di Phnom Penh di hadapan wakil-wakil Perancis dan Siam. Akhirnya, terdapat Perjanjian Perancis-Siam pada 15 Julai 1867 dimana Siam telah mengiktiraf naungan Perancis di Cambodia dan menggugurkan hak-haknya di negara itu. Perancis pula bersetuju tidak akan mencantumkan Cambodia dengan Cochin China dan mengakui hak-hak Siam keatas wilayah-wilayah Battambang dan Angkor.
1.4 KONFLIK SIAM-PERANCIS-BRITISH
Perjanjian British-Perancis di London 1896 adalah untuk menyelesaikan pertikaian sempadan antara Perancis di Siam dan di southwest China. Ia adalah prinsip untuk meneutralkan Siam daripada menjadi sasaran serangan tentera Perancis atau British. Perjanjian ini berlaku disebabkan oleh Peristiwa Paknam pada 1893. Paknam adalah daerah di Samur Prakarn. Ia telah menyaksikan kepada konfrontasi angkatan laut Perancis dan British. Kejadian ini menyebabkan Siam hilang wilayah tributari iaitu Laos di bahagian kiri tebing Sungai Mekong.
Sebab incident ini ialah tekanan antara Perancis dan Siam sehingga membawa kepada pertikaian ke atas Laos dan Battambang dan Siem Reap di Cambodia oleh kedua-dua pihak. Siam berkuasa ke atas Laos terutama di kawasan tebing kiri Sungai Mekong dan Cambodia sebagai negeri Vassal Siam. Pada 1867 Raja Mongkut telah membuat Perjanjian dengan Perancis yang merelinquished tuntutan Siam ke atas Cambodia, kecuali Battambang dan Siem Reap dan Cambodia menjadi wilayah naungan Perancis. Perancis juga menuntut supaya Laos diberi kepadanya sebagai Sovereignerity, tambahan pula Laos telah memberi ufti kepada vietnam yang telah menjadi koloni Perancis.
Tahun 1890-an Perancis giat menjalankan usaha untuk mengawal Sungai Mekong dan menguasai bahagian timur tebingnya. Ia menjadi lebih bersemangat apabila parti Politk Perancis iaitu Parti Kolonial memaks akepada parlimen Perancis untuk untuk memulakan misi Pavie yang diketuai oleh Auguste Pavie (1867-1925) untuk memulakan rancangan bagi mengembangkan wilayah dan kekuasaan Perancis ke Indochina, terutama Laos.
Pada masa yang sama Kementerian Luar Negeri Britain telah memaksa supaya melakukan pemerhatian terhadap Sungai Mekong, pada masa yang sama Parlimen Perancis telah meluluskan operasi ketenteraan terhadap Siam. Pada April tentera Perancis dihantar untuk mengambil Laos. Tentera Siam telah menghalang tentera Perancis, malangnya ia mengorbankan seorang pegawai Perancis. Pavie menggunakan kejadian ini sebagai alasan untuk menyerang Siam.
Akhirnya pertempuran meletus pada 13 Julai 1893, selepas Siam open fire di dua kubu di Paknam terhadap kapal perang Perancis. Siam merasakan kehadiran Perancis di kawasan Chao Phrya dan cubaan mereka untuk mara ke ibu negeri akan menjadi ancaman yang besar jika dibiarkan. Pavie telah mendesak Siam pada 20 Julai 1893 meminta seluruh sungai Mekong dan kawasan tebing kirinya. Tambahan pula Siam terpaksa membayar 3 juta Frances dan mengancam akan menutup Sungai Chao Phryadan Teluk Siam jika Siam enggan bekerjasama. Dan Siam terpaksa menerima sahaja ancaman Perancis.
Akibat dari kejadian tersebut seluruh wilayah Laos diberikan kepada Perancis dan menyebabkan kekecewaan terhadap Raja Chulalongkorn dan dia bertindak berhenti seketika dari pemerintahan (Ooi Keat Gin, Ed. (2004). Sud Chonchirdsin, dalam southeast Asia: A Historical Encyclopedia from Angkor Wat to East Timor: California: ABC-Clio, inc.) volume 11 (h-Q)
2. EKONOMI
2.1 KEPENTINGAN SAUDAGAR DAN PENGUSAHA PERANCIS
Pada peringkat awal, pihak tentera laut yang memainkan peranan yang utama dalam pentadbiran kawasan yang dijajah. Kemudian, kemunculan sekumpulan ahli parlimen Perancis yang dikenali sebagai kumpulan kolonial menyebabkan urusan pentadbiran tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam.
Tanah jajahan contohnya di Cambodia diperolehi kerana kepentingan saudagar dan pengusaha. Ini kerana para pengusaha Perancis telah bergiat mengeksploitasi sumber alam dan tenaga manusia dengan pembukaan kawasan pertanian dan perlombongan. Pembinaaan terusan dan saliran air oleh Perancis telah menyebabkan munculnya banyak petempatan baru yang melibatkan pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.
Di samping itu, Perancis berminat terhadap Cambodia adalah juga disebabkan ia senang didatangi melalui Sungai Mekong dengan bandar Saigon sebagai pelabuhannya. Mereka mahukan keadaan yang stabil dapat diwujudkan dan langkah yang berkesan dan terjamin tentang konsesi-konsesi pertanian dan perhutanan. Malah, Perancis juga dapat mengeksploitasi bahan-bahan asli dengan menggunakan peraturan. Sebelum ini aktiviti perikanan di Tasik Besar disewakan oleh raja kepada mereka yang kaya terutamanya orang Cina yang kemudiannya menyewakannya kepada orang lain. Kemunculan orang tengah dan konkrak ini menimbulkan pemerasan. Sejak tahun 1884, pentadbiran Perancis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan. Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan berssama telah diperkenalkan dan dalam tahun 1890 diadakan perkhidmatan perhutanan. Walau bagaimanapun, eksploitasi ekonomi oleh Perancis tidak menyebabkan banyak gangguan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Cambodia yang majoritinya adalah penanam padi.
2.2 MENCARI JALAN PERDAGANGAN BARU
Perancis ingin mendapatkan Sungai Mekong untuk dijadikan sebagai jalan
perdagangan yang sesuai agar dapat menyambungkan Saigon dengan Yunnan di China. Rombongan penyelidikan ke Sungai Mekong telah dilakukan dimana sepuluh orang Perancis dan beberapa orang jurubahasa tempatan telah berlepas dari Saigon. Pada mulanya rombongan ini akan diketuai oleh Francis Garnier tetapi oleh disebabkan usianya yang muda maka diambil alih oleh Daudart de Lagree.
Rombongan ini bertolak dari Cambodia dan berjaya tiba di Angkor. Seterusnya ke Ulu Sungai hingga ke runtuhan Kota Vintacane, Luang Prabang dan Kampung Ban Naphao. Raja Tiantha Koumane telah melayan ahli-ahli rombongan itu dengan baik dan menasihatkan mereka supaya tidak pergi ke Yunnan kerana terdapat kekacauan yang disebabkan oleh pemberontakkan Panthay. Namun begitu, nasihat itu tidak diendahkan dan mereka terus bergerak ke kawasan China. Apabila sampai disana, Garnier sendiri yang mengetuai rombongan itu di Talifu. Setelah itu, rombongan ini dihalang untuk meneruskan perjalanan oleh penguasa China dan menyebabkan rombongan ini tidak dapat menjelajah Ulu Sungai Mekong. Walau bagaimanapun, akhirnya rombongan ini mendapat tahu bahawa sungai ini tidak berguna sebagai jalan perdagangan yang boleh menyambungkan Saigon dengan Yunnan dan menyebabkan hasrat mereka tidak tercapai.
Namun begitu, Garnier dan rakan-rakannya telah memulakan perjalanan semula iaitu dengan merintas dataran tinggi Yunnan dan turun ke Sungai Yang-Tze dimana mereka mereka memperolehi sampan-sampan dan meneruskan perjalanan ke Hankow. Di Yunnan, mereka menerima penerangan dari pegawai-pegawai China dan pengembang agama Kristian yang berkaitan dengan perjalanan ikut sungai yang boleh menyambungkan wilayah itu dengan Sungai Merah di Tongking dan seterusnya menyebabkan Perancis mengubah haluan perjalanan atau strategi untuk sampai ke China Barat dari Tongking bukannya dari Sungai Mekong. Maka, ini secara tidak langsung hasrat Perancis untuk mendapatkan jalan perdagangan yang sesuai ke China berjaya diperolehi. Malah, melalui peperangan Perancis-Prussia telah membentuk garisan yang sesuai untuk mengasingkan dua bahagian perkembangan penaklukan Perancis di Timur Jauh.
Ekspedisi Doudart de Lagree dan Francis Garnier mencari jalan baru melalui Sungai Mekong dan Sungai Merah menembusi pasaran China Selatan . Ini berikutan perlumbaan perdagangan China Barat. Tetapi selepas perjalanan Gadner dan rakannya menemui kegagalan dalam mencari jalan ke China setelah dihalang oleh penguasa China yang menyekat kemaraan mereka. Gadner menyedari bahawa Sungai Mekong tidak berguna langsung sebagai jalan perdagangan yang boleh menyambungkan Saigon dengan Yunan .
Walaubagaimanapun Gadner dan rakan-rakannya telah memulakan perjalanan baru dengan merentas dataran tinggi Yunnan dan turun ke Sungai Yang Tze dimana mereka memperoleh sampan-sampan dan meneruskan perjalanan ke Hankow. Di Yunan mereka menerima penerangan yang berguna daripada pegawai-pegawai China Mandarin dan pengembang agama Perancis berkenaan perjalanan mengikut sungai yang boleh menyambungkan wilayah itu dengan Sungai Merah di Tongking. Oleh itu kecenderungan Perancis untuk sampai ke China Barat dari Mekong telah bertukar dari Tongking pula .
SUMBER MAKANAN DAN BURUH
Perancis berminat untuk mengusai Sungai Mekong yang kaya kerana mampu mengeluarkan bekalan makanan yang banyak seperti beras yang menjadi eksport utama di Tanah Besar. Battambang telah menjadi pengeluar utama beras bagi eksport beras Cambodia.
Terhimpit oleh daratan di Asia Tenggara dan diselimuti hutan tebal yang kebanyakan bergunung-gunung, Laos juga memiliki beberapa dataran rendah dan dataran tinggi. Sungai Mekong membentuk sebahagian besar dari sempadan dengan Thailand, Rangkaian pegunungan dari Banjaran Annam membentuk sebagian besar sempadan di bahagian timur Laos dengan Vietnam . Kawasan lembah Mekong terdapat ternakan binatang, pertanian, pertukangan dan pusat-pusat perniagaan yang penting Laos terletak di tepi Sungai Mekong (kecuali Xieng Khouang, Savavane dan Attopeu). Sungai yang mengalir sejauh 1600km merupakan sumber utama Laos. Kawasan sungai di Laos mempunyai bekalan ikan yang sangat besar menurut_________ikan yang terdapat di Sungai Mekong sangat besar sehingga memerlukan tenaga 2 lelaki untuk menangkatnya. Malah Laos adalah pengeluar utama ikan kering.
3.0 SOSIAL
3.1 PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN
Agama kristian telah lama cuba disebarkan oleh mubaligh di Siam ke Laos dan Cambodia, namun faktor geografi dan penyakit menghalang penyebaran agama kristian ke dua-dua negeri tersebut. Bermula abad 16 hingga 19 misi penyebaran agama katolik adalah sumber utama kepada informasi mengenai negeri yang kurang dikenali seperti Laos dan Cambodia. Banyak usaha dilakukan untuk menyebarkan agama kristian katolik ke Indochina. Bukan sahaja dilakukan oleh paderi Perancis malah paderi dari Italy sendiri. Pada 1885 Father Dabin telah mencari jalan baru untuk menyebarkan agama kristian dengan lebih senang dan cepat. Walaupun ekspidisinya pada mulanya adalah agak sukar namun adalah yang paling praktikal menggunakan oxcart pada musim kering, melalui Battambang di bahagian barat Cambodia semasa dalam perjalanan menuju ke Ubon yang terletak Mekong. Dalam masa sedekad empat komuniti kristian bergerak di tebing Sungai Mekong. Manakala Perancis telah melancarkan misi untuk merentasi gunung-ganang dan hutan dari Vietnam dan mula dari timur tebing Lembah Mekong. Akhirnya pada 1898, Holy See membina kawasan baru di Laos, yang melingkungi seluruh kawasan di Lembah Mekong. Ia bersambung dengan Cambodia Utara yang berdekatan dengan wilayah China.
Selain mazhab katolik golongan Protestan juga berminat untuk menyebarkan pengaruh di sana. Karl Freidrich Gutzlaff membuat 2 lawatan ke Bangkok selama 3 tahun. Jacob Tamlin iatu pembantu kepada Karl telah mengalihbahasakan beberapa bahagian Bible Kristian dalam bahasa Laos, Cambodia dan Thai. Pada abad ke 20 Protestan telah menjadi mazhab utama di bahagian utara Laos termasuk di kawasan Yunnan dan barat (kawasan negeri Shan Burma).
No comments:
Post a Comment