NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Sunday, October 31, 2010

KESAN PENJAJAHAN SEPANYOL DAN AMERIKA KE ATAS FILIPINA

PENGENALAN
Sebelum datangnya penjajah Sepanyol ke Filipina, ia bukan sebuah negara yang bersatu. Malah apa yang dikatakan tanah Filipina itu dipisahkan kepada beberapa negara tersendiri dibezakan dengan dialek masing-masing. Negara yang dikatakan paling megah dan kuat adalah Mindanao dan Sulu yang diperintah oleh Kesultanan Sulu dan juga Maguindanao diperintah Kesultanan Maguindanao. Pada masa dahulu, Kesultanan Sulu juga merupakan kesultanan yang paling besar di Nusantara ini. Ia menguasai sebahagian Malaysia, Filipina dan Borneo. Ia dikatakan bahawa orang Filipina menganuti Islam sebelum dijajah Sepanyol. Ketua tempatan Manila pada masa penjajahan Sepanyol adalah Rajah Sulayman, seorang muslim (http://bb2006.typecanvas.com/).Namun, Kesultanan Maguindanao (disebut juga Kesultanan Mindanao) ini telah jatuh selepas menerima tekanan daripada Sepanyol dalam tempoh kurun ke-19 dan Raja Kesultanan Sulu terakhir yang diketahui telah mati pada tahun 1930-an (Nicholas Tarling, 1967)

KESAN-KESAN PENJAJAHAN SEPANYOL DI FILIPINA.
KESAN – KESAN POSITIF.
1. KEAGAMAAN

Antara kesan terbesar yang diterima oleh masyarakat Sepanyol sepanjang tiga abad di Filipina ialah penyebaran agama kristan dalam kehidupan masyarakat Filipina. Agama kristian ialah satu kepercayaan hidup yang telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Lambang agama kristian merupakan satu lambang agama penyatuan dengan dimana mereka dipersatukan sebagai hamba-hamba Tuhan yang satu. Setiap perkara negatif dihalang dari melakukkannya dalam kehidupan seharian masyarakat Filipina walahan seluruh Negara yang berpegang kepada ajaran kristian. Antara perkara yang menjadi halangan dan ditegah dalam melakukkannya ialah,berzina, adat membunuh kanak-kanak yang baru lahir,riba,menjadikan perkahwinan sebagai suatu yang suci dan pelbagai amalan yang ditegah bai penganut ajaran kristian. Penyebaran agama kristian di Filipina telah membawa sinar dalam kehidupan mereka dimana bagi mereka yang sebelum ini tidak beragama dan tiada pegangan hidup mula berpegang kepada ajaran agama kristian Selain itu,agama kristian juga telah menghapuskan penjualan hamba dalam negeri Filipina. Penyebaran agama kristian ini juga telah menaikkan kedudukan kaun wanita Filipina iaitu kedudukan yang setinggi-tingginya di Timur. Nasib kaum wanita kian terbela. Sebelum kedatangan Sepanyol, kaum wanita dilihat tiada hak untuk mendapatkan kebebasan (Gregorio F.Zaide , 1972).
2.SOSIAL.

2.1 NAMA MENGIKUT NAMA ORANG SEPANYOL.
Selain itu, semasa pemerintahan Sepanyol telah membawa kesan kepada nama-nama Filipina yang mengikut nama orang Sepanyol. Hal ini berlaku kerana didapati agak sukar hendak menyebut dan mengingatkan nama-nama masyarakat Filipina dan menjadi suatu yang wajar untuk mengubah nama-nama itu kepada nama-nama orang Sepanyol.Gabenor Narciso Claveria memerintahkan supaya nama keluarga orang Filipina ditukarkan kepada nama-nama Sepanyol. Dia telah menyediakan senarai nama itu bagi setiap keluarga.Oleh yang demikian masyarakat Filipina mempunyai nama keluarga seperti Gomez, Reyes, Gonzales, Rivera, Ruiz dan Villanueva.Walau bagaimanapun terdapat juga segelintir orang Filipina yang masih mengekalkan tradisi nama Filipina mereka ( Gregorio F.Zaide , 1972).

2.2 KEDUDUKAN WANITA.
Wanita ketika zaman Sepanyol dikatakan tergolong dalam kedudukan yang tinggi.Masyarakat menghormati kaum wanita Filipina dan menganggap mereka sebagai lambing kasih sayang dan ilham rumahtangga. Hal ini berlaku disebabkan oleh semangat penganut ajaran kristian yang diterapkan ketika kedatangan Sepanyol ke Filipina dan ia memperlihatkan ajaran ini mampu mengubah persepsi masyarakat Filipina terhadap kaum wanita dan kehidup sekitar mereka agar menjadi masyarakat yang hidup dalam pengangan agama yang kukuh.Kaum wanita tidak lagi dikerah menjadi hamba,malahan mereka bebas bergaul atau mengambil tempat dalam bidang politik,sukan atau lain-lain peluang pekerjaan.Hal ini merupakan kesan yang positif dalam kehidupan sosial masyarakat Filipina ( Gregorio F.Zaide, 1972).
2.3 CARA PEMAKAIAN.
Kesan lain yang ketara ketika pemerintahan Sepanyol ialah cara pemakaian yang megikut gaya Eropah.Orang lelaki tidak lagi memakai pakaian jaket yang tidak berlengan dan sarong(bahang) tetapi memakai seluar panjang orang Eropah dan kemeja China.Mereka turut mengenakan topi atau salakots dan tidak lagi memakai putong yang lama. Pemakaian selipar dan kasut juga mula diaplikasikan.Wanita-wanita mula pandai memakai skirt dan camisa yang terlalu pendek.Ketika dimusim perayaan mereka memakai camis yang diperbuat daripada kain-kain halus ,just pina (gentian nenas) atau hem sebagai pakaian bahagian bawah mereka memakai saya yang berjalur dan besar lipatannya. Selain itu, mereka juga menggunakan tapis(selendang yang tua warnanya).Satu pakaian yang indah dan cantik dipakai oleh kaum wanita ialah mestiza yang masih dipakai sehingga kehari ini.Wanita-wanita memakai tundung muka hitam atau tudung kepala seperti wanita negeri Sepanyol (Gregorio F.Zaide, 1972).
2.4 SISTEM SOSIAL MASYARAKAT.
Ketika pemerintahan Sepanyol,golongan sosial di Filipina terbahagi kepada dua golongan iaitu orang-orang atasan dan rakyat jelata.Orang atasan terdiri daripada keturunan datu dan maharlika,tuan-tuan tanah,guru-guru serta pengawai-pegawai tempatan.Golongan atasan memiliki segala kelebihan dan keistimewaan sosial dan politik termasuk hak mengundi dalam pilihanraya serta kelebihan untuk menjawat,jawatan awam dalam negeri Filipina. Manakala rakyat jelata pula menjalankan tanggungjawab mereka sebagai buruh dan petani.Mereka hanya mendapat sedikit sahaja keistimewaan dalam hidup.Mereka tidak boleh dilantik sebagai gobernadorcillo (pegawai pentadbir bandaran), juez (hakim) atau cabeza de barangay (laftenan luar Bandar). Dalam abad ke-19,selepas Filipina dibuka kepada perniagaan dunia,satu kumpulan sosial baru telah muncul iaitu peringkat pertengahan yang terpelajar,ahli-ahli cerdik pandai dalam Bandar.Golongan ini merupakan golongan yang mendapat keselamatan ekonomi dan nama baik dalam masyarakat.Golongan ini terdiri daripada tuan-tuan tanah kecil,doktor,peguam,penulis dan ahli perniagaan ( Gregorio F.Zaide, 1972).
3.INTELEKTUAL .
3.1 MEMPERKENALKAN SISTEM PENDIDIKAN SEPANYOL.
Orang Sepanyol telah memperkenalkan pendidikan Sepanyol di Filipina. Tujuan pendidikan Sepanyol adalah untuk menyebarkan agama kristian, mengembangkan budaya Sepanyol dan mengajar bahasa Sepanyol. Pelajaran agama amat dititikberatkan kerana dasar falsafah pendidikan Sepanyol yang ingin menyediakan orang Filipina bagi kehidupan dishorga. Matapelajaran lain yang diberikan penekanan adalah bahasa Sepanyol, sejarah Sepanyol, muzik, budi bahasa yang baik, tingkah laku yang betul dan kajian tentang buku klasik. Kursus-kursus tentang sejarah Filipina, tata rakyat, kebudayaan Filipina dan bahasa kebangsaan tidak diajarkan.
Sekolah Sepanyol yang pertama didirikan adalah sekolah mukim. Sekolah ini didirikan oleh mubaligh-mubaligh Sepanyol. Sekolah mukim yang pertama didirikan di Cebu pada tahun 1565 oleh mubaligh Augustian. Matapelajaran yang diajarkan di sekolah-sekolah mukim ialah agama kristian, bahasa Sepanyol, membaca, menulis, membuat kira-kira, muzik, seni dan pertukangan. Mubaligh-mubaligh Dominican juga merupakan pendidik-pendidik yang terpuji dan membuka beberapa buah kolej untuk kanak-kanak lelaki. Kolej untuk kanak-kanak lelaki ialah sekolah-sekolah menengah yang menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan menganugerahkan siswazah-siswazah dengan ijazah bachiller en artes (Sarjana Muda Kesenian). Matapelajaran yang digunakan di Kolej-kolej Sepanyol ialah ilmu agama, falsafah, bahasa Latin, Greek dan pengajaran perikemanusiaan ( Gregorio F.Zaide , 1972)
Pendidikan untuk kanak-kanak perempuan juga tidak diabaikan semasa pemerintahan Sepanyol. Dua jenis sekolah telah didirikan oleh pihak gereja untuk kanak-kanak perempuan iaitu kolej dan beaterio. Kolej ini ialah sekolah biasa untuk kanak-kanak perempuan sementara beaterio ialah sebuah rumah ibadat untuk sesiapa yang suka hidup berasingan. Baeterio ini mengendalikan sekolah untuk kanak-kanak perempuan. Tujuan utama dibina sekolah untuk kanak-kanak perempuan ialah untuk melengkapkan wanita dengan urusan rumahtangga atau pendidikan agama. Pengajaran yang diberi adalah sama dengan pendidikan di kolej-kolej Eropah pada masa itu. Matapelajaran yang diajarkan ialah agama, bahasa Sepanyol, mambaca, menulis, kira-kira,budi bahasa, muzik, melukis, menjahit,menyulam,membuat bunga dan menghias rumah.
Sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang dibina oleh Sepanyol sangat besar ertinya kepada kemajuan intelek rakyat. Filipina merupakan negara pertama di Timur yang memperolehi pengaruh-pengaruh barat dan merupakan negara pertama yang mengikuti cara-cara Barat. Sekolah dan kolej-kolej yang dibina bukan sahaja untuk menyebarkan agama kristian dan kebudayaan Sepanyol tetapi dapat meninggikan lagi taraf intelek rakyat. Kewujudan sekolah-sekolah tersebut juga telah menyebabkan orang Filipina pandai membaca dan menulis malah kadar buta huruf di kalangan rakyat Filipina adalah sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau asia dan rantau Eropah. Sekolah-sekolah itu juga telah melahirkan tokoh-tokoh yang telah mengharumkan nama negara seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar dan Graciano Lopez Jaena (Gregorio F.Zaide, 1972).
Orang Filipina tidak menggunakan tulisan melayu daripada warisan nenek moyang mereka tetapi mereka telah diperkenalkan dengan abjad latin oleh mubaligh-mubaligh. Penggunaan abjad latin ini telah membawa kepada kemunculan bahasa Inggeris. Abjad Latin dan Bahasa Sepanyol telah merapatkan lagi perhubungan antara orang Filipina dengan Eropah. Hal ini menyebabkan mereka dapat memahami dunia barat, mengkaji secara mendalam kesusasteraan, kesenian, sains, kebudayaan dan menghargai pengajaran pendeta-pendeta barat ( Gregorio F.Zaide,1972).
3.2 PERKEMBANGAN PERCETAKAN.
Salah satu kejayaan terbesar yang telah dicapai semasa pemerintahan Sepanyol ialah permulaan cara mencetak. Percetakan tempatan yang pertama telah didirikan di Binondo, Manila oleh Paderi-paderi Dominician pada tahun 1593. Percetakan ini mencetak buku dengan menggunakan huruf-huruf xylographic iaitu dengan cetakan daripada blok-blok papan yang diukir. Pada tahun 1602, Father Blancas de San Jose seorang ahli bahasa dan mubaligh Dominician telah memperbaiki lagi alat percetakan dengan menggunakan alat yang boleh digerakkan dan telah memperkenalkan cara percetakan typographic. Pada 1608, Father Blancas de San Jose telah memindahkan alat percetakan itu ke Abucay, Bataan dan telah melatih seorang pemuda di bandar ini bernama Tomas Pinpin yang seterusnya menjadi pencetak yang termahsyur dan dikenali sebagai Raja Pencetak Filipina. Buku yang pertama di cetak di Filipina ialah Doctrina Christina yang dicetak dengan menggunakan blok-blok papan yang diukir di Manila pada tahun 1593 iaitu 47 tahun sebelum tercetaknya buku Amerika yang pertama iaitu Bay Psalm Book (Cambridge, Massachusetts (1640) ). Buku Doctrina Christina dikeluarkan dalam dua edisi iaitu yang pertama dalam bahasa Sepanyol- Tagalog dan yang kedua dalam bahasa Cina. Bidang kewartawanan juga telah berkembang di bawah pemerintahan Sepanyol. Suratkhabar yang pertama di cetak ialah Del Superior Govierno yang dikeluarkan pertama kalinya di Manila pada 8hb Ogos 1811. Pada 28hb Ogos 1811 selepas tiga keluaran, telah diumumkan bahawa suratkhabar ini akan diterbitkan pada setiap minggu (Gregorio F.Zaide, 1972).
3.3 BIDANG KESUSASTERAAN.
Pengaruh Sepanyol juga dapat dirasai dalam bidang kesusasteraan. Awits (Syair-syair pahlawan) dan Corridos (Lagenda syair agama) amat disukai oleh rakyat. Bentuk kesusasteraan yang lain ialah Novenas Cathecisms dan Pasion ( Kehidupan dan penderitaan Nabi Isa). Penulis syair yang menulis syair buat pertama kalinya dalam bahasa tagalog ialah Fernando Bagongbanta pada 1606. Kesusasteraan Iloko juga berkembang maju semasa pemerintahan Sepanyol. Di antara pengarang-pengarang sastera Iloko yang terkenal ialah Pedro Bukaneg, seorang pengarang buta yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Iloko. Kesusasteraan Filipina dalam bahasa Sepanyol mencapai kemuncaknya pada abad ke 19 terutama dalam zaman propaganda dan revolusi. Penulis-penulis Filipina yang terlibat di dalam kajian budaya Eropah telah menuliskan impian-impian, buah fikiran dan kerinduan mereka dalam bahasa Sepanyol yang jelas. Gaya penulisan mereka banyak dipengaruhi oleh penulis-penulis Sepanyol seperti Cerventas, Lope de Vega dan Nunez de Arce. Pengarang syair Filipina yang pertama menulis dalam bahasa Sepanyol ialah Jose de Vergara (Gregorio F.Zaide, 1972).
3.4 BIDANG SAINS
Ahli-ahli sains yang pertama di Filipina ialah mubaligh yang berbakat dari pihak gereja. Ahli-ahli tumbuhan dan paderi yang termahsyur ialah Padre Manuel Blanco. Hasil kerjanya mengenai tumbuh-tumbuhan ialah Flora de Filipinas yang telah di terbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1837. Dalam lapangan kaji haiwan pula, Father Castro de Elera merupakan sarjana yang telah menulis tentang kaji haiwan Filipina dan hasil kerjanya telah mendapat pujian di kalangan ahli-ahli sains Eropah. Beberapa ahli sains Filipina telah termahsyur dalam bidang kimia semasa pemerintahan Sepanyol. Salah seorang daripadanya ialah Anacleto del Rosario yang berbakat dan dikenali sebagai Raja Ahli Kimia Filipina. Mubaligh-mubaligh Sepanyol telah memperkenalkan sains perubatan dalam negeri Filipina. Sejak awal-awal lagi pada tahun 1862, satu rancangan untuk mengkaji ilmu perubatan telah dimulakan di Universiti Santo Tomas. Doktor-doktor pakar perubatan Filipina yang pertama adalah penuntut-penuntut di Universiti ini. Farmasi telah diperkenalkan di Filipina oleh mubaligh-mubaligh Sepanyol yang lebih awal. Mereka yang pertama sekali mengkaji dan menjumpai tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat di pulau-pulau Filipina. Pada 1702, kedai ubat yang pertama telah dibuka oleh Bro. Kamel yang merupakan seorang pakar perubatan ( Gregorio F.Zaide , 1972).
Jam matahari yang pertama di Filipina telah dibina pada tahun 1841 oleh Fr Juan Sorolla yang merupakan seorang paderi. Waktu-waktu ditunjukkan dengan menggunakan nombor-nombor arab. Setiap satunya mempunyai tiang-tiang tirus berukuran dua meter tingginya dan muka-mukanya yang berukir. Satu daripada muka itu digunakan bagi menunjukkan waktu 23hb September sehingga 22hb Mac dan satu lagi digunakan daripada 23hb Mac sehingga 22hb september ( Gregorio F.Zaide, 1972).
Balaicerap di Manila pula merupakan warisan daripada mubaligh-mubaligh Sepanyol . Pada 1865, atas arahan daripada Fr. Federico Faura yang berkebolehan, balai-balai cerap ini telah dibuka dan menarik perhatian seluruh dunia kerana ketepatan ramalannya berkaitan dengan ramalan berlakunya taufan dan rekod-rekod saintifik mengenai gempa bumi. Bagi mengiktiraf perkhidmatan yang tidak ternilai ini, Kerajaan Sepanyol telah menjadikan balaicerap ini sebagai suatu institusi negara yang diberikan wang bantuan setiap tahun ( Gregorio F.Zaide, 1972).
3.5 BIDANG KESENIAN.
Sepanyol juga memperkenalkan muzik Eropah ke Filipina. Tarian-tarian asli bumiputera seperti Carinosa, Surtido, Fandango dan jota menunjukkan secara terang-terangan pengaruh Sepanyol. Lagu-lagu pula adalah mengikut lagu-lagu orang Sepanyol seperti yang dibuktikan dalam lagu Sampaguita (yang digubah oleh Dolores Paterno) dan Bella Filipina (yang digubah oleh T. Massaguer). Selanjutnya, daripada Eropah telah muncullah alat-alat muzik seperti biola, seruling, piano, kechapi dan lain lain yang telah dipelajari oleh rakyat. Mereka juga telah pandai menarikan tarian polkan, lancero, rigodon, tango dan lagu-lagu barat telah mengkayakan warisan muzik Filipina. Bumiputera telah membuat alat-alat muzik daripada buluh yang serupa dengan alat-alat muzik yang dibawa dari Eropah. Mereka boleh memainkan rentak muzik Eropah dengan alat-alat muzik yang dibuat daripada buluh itu. Mubaligh Sepanyol juga memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan muzik Filipina. Guru muzik pertama yang terkenal dalam sejarah Filipina ialah Paderi Geronimo de Aguilar. Beliau merupakan pengasas dan pengarah sekolah muzik yang dinamakan Colegio de Ninos Tiples. Ramai kanak-kanak lelaki Filipina yang miskin dan berbakat belajar di sini dan kemudiannya menjadi ahli muzik yang termahsyur.
Semasa pemerintahan Sepanyol, kebanyakan masyarakat Filipina terus tinggal dalam bahay kubo (rumah-rumah buluh dan nipah). Tetapi di Manila dan di daerah-daerah luar bandar banyak rumah-rumah batu telah dibina mengikut gaya senibina Sepanyol. Kebanyakan rumah-rumah batu ini dibina oleh keluarga-keluarga yang kaya. Rumah ini beratapkan genting merah dan dihiasi dengan azoteas dan laguertas Andalusia bagi mengingati Sepanyol Lama. Gaya senibina lain yang diperkenalkan oleh Sepanyol dapat dilihat pada gereja-gereja besar yang dibina mengikut senibina Doric, Lonia, Corinth, Grace-Roma, Gothic dan Byzantine. Di antara arkitek yang termahsyur dalam pemerintahan Sepanyol ialah Antonio Ssedeno yang mula membina benteng-benteng dan rumah-rumah batu di Manila dan Brother Antonio Herra yang membina biara Guadalupe, Felix Palacios yang mereka bentuk Gereja Gothic San Sebastian yang dibuat daripada keluli ( Gregorio F.Zaide,1972).
4. EKONOMI.
Pada abad ke-19, Sepanyol mula melaksanakan dasar perdagangan yang liberal, yang mana mengikut tauladan daripada negeri-negeri Eropah lain. Dalam tahun 1834, Manila telah dibuka secara rasminya kepada perdagangan dunia, termasuk juga pelabuhan-pelabuhan seperti Sual, Iloilo dan Zamboanga dalam tahun 1855. Cebu pula dibuka pada 1860.
Kewujudan perdagangan dunia ini menyebabkan Filipina mengalami kemajuan dalam pertanian, perdagangan dan perusahaan sehingga menyebabkan rakyat mengalami perubahan kepada taraf hidup yang tinggi. Oleh kerana perhubungan dengan dunia luar semakin meluas, pemikiran rakyat juga berubah dan mereka mula menyedari tentang keburukan pendudukan Sepanyol sendiri.
Terusan Suez dibuka pada 17 November 1869 oleh seorang Perancis, Ferdinand de Lesseps yang menyambungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean, dari Eropah dengan Timur dengan lebih dekat lagi (Jayalatchumy. S, 2002). Jelasnya, Filipina semakin dekat dengan Sepanyol dan menyebabkan lebih ramai orang Sepanyol datang ke Filipina untuk meramaikan lagi tanah jajahan ini kerana kemudahan pengembaraan dan perhubungan.
5. POLITIK
1. LAHIRNYA NASIONALISME DI FILIPINA
Sebelum datangnya Sepanyol, orang-orang Filipina sudah memiliki semangat menyatukan bangsa dan cintakan kebebasan. Namun, kehadiran Sepanyol membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme secara perlahan-lahan di kalangan rakyat Filipina sehinggalah ianya benar-benar berkembang pesat sekitar abad ke-19. Jelasnya, semangat nasionalisme ini mula wujud secara kukuh di setelah pelbagai perubahan dilakukan oleh Sepanyol seperti di bawah.Golongan ini terdiri daripada peladang-peladang yang kaya, peguam, doktor pakar, penulis dan pekerja kerajaan. Mereka membaca buku serta suratkhabar bagi membincangkan masalah politik negara. Kesannya, mereka mula menghantar anak-anak mereka ke kolej-kolej dan universiti di Manila dan di luar negeri.
Ekoran dari itu, muncullah golongan cerdik pandai terkenal di Filipina dan muncul juga Gerakan Propaganda yang menggalakkan bangsa Filipina supaya melancarkan revolusi seperti Jose Rizal, Mariano Ponche dan Dr. Pedro. (Steven Warshaw,1964) .Ramai yang mula datang setelah Terusan Suez dibuka termasuklah golongan yang mempercayai aliran liberal dari Amerika dan Eropah yang membawa bersama mereka suratkhabar dan buku-buku yang mengandungi fikiran-fikiran daripada ahli falsafah seperti Monstequieu, Rosseau, Locks dan juga fahaman politik bercorak demokratik Amerika dan Perancis (Jayalatchumy. S, 2002). Melalui pembacaan tersebut, orang Filipina sudah mula memikirkan hal-hal politik dan pemulihannya, kebebasan dan keadilan sehingga lama-kelamaan mereka mula berani menuntut pemulihan dalam sistem kerajaan demi kesejahteraan rakyat Filipina sendiri.




KESAN- KESAN NEGATIF
1. PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGENALAN DASAR BIROKRASI BARAT.
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay yang mempunyai pentadbiran tersendiri dan membawa entiti unit yang berbeza. Barangay-barangay ini diperintah oleh golongan datu yang bertanggungjawab dan berkuasa di sesebuah kawasan itu sendiri (Gilbert Khoo, Dorothy Lo, 1977). Sebagai contoh, kerajaan-kerajaan Islam menguasai pentadbiran barangay di Selatan Filipina. Namun, selepas kedatangan Sepanyol, telah berlaku satu rombakan dalam sistem pentadbiran di Filipina sendiri yang mana akhirnya kuasa datu-datu yang terdiri daripada penduduk tempatan kina merosot dan kuasa pentadbiran lebih banyak diberikan kepada pegawai-pegawai Sepanyol. Buktinya, Sistem pentadbiran berpusat telah diperkenalkan di Filipina sendiri. Maka, dengan ini berakhirlah keunikan sistem barangay itu sendiri dan penduduk tempatan mulai kehilangan kuasa di tanah sendiri. Penjajahan Sepanyol di Filipina telah mengubah dasar pemerintahan melalui pengenalan sistem Birokrasi Barat untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Ciri-ciri umum dasar birokrasi barat ialah penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan, perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan, perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan), perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro dan pengenalan undang-undang Barat. Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay dan diperintah oleh golongan datu sebelum kedatangan Sepanyol. Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat. Seorang Gabenor Jeneral dilantik sebagai pemerintah tertinggi. Ketua Datuk Bandar pula berada di bawah Gabenor Jeneral dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran wilayah. Setiap wilayah pula ditadbir oleh Gabenor Kecil atau pentadbir bandar ( http: //www .geocities. com/ pujanggatemasek /DuniaSasteraSmZakir. htm)
2. PENGENALAN KEPADA SISTEM ENCOMIENDA.
Dengan bermulanya pentadbiran Sepanyol dalam politik Filipina, telah berlaku satu perubahan yang ketara dalam sistem yang digunapakai dalam politik Filipina sndiri. Pentadbiran pada peringkat tempatan dilaksanakan melalui Sistem Encomienda. Barangay disatukan menjadi Encomienda dan berada di bawah pentadbiran seorang Encomiendero ( http://www.geocities.com/pujanggatemasek/DuniaSasteraSmZakir.htm)
Penyatuan barangay telah memberi kesan terhadap kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu. Peringkat tempatan telah diperintah oleh encomiendero yang bertugas untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay. Terbuktilah di sini bahawa sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu mulai merosot. Apa yang lebih penting lagi, Sistem Encomienda ini dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga kepada mereka. Sistem cukai yang tinggi sememangnya telah menyukarkan kehidupan rakyat Filipina ketika itu, ditambah lagi dengan sistem kerahan tenaga yang dilakukan tanpa sebarang upah. Segala perubahan in jelas sekali telah menyukarkan hidup rakyat Filipana sendiri ketika itu dan boleh dianggap sebagai kesan terburuk ketika itu (Gilbert Khoo, Dorothy Lo,1977).

3. BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN YANG MELIHATKAN PERTUMPAHAN DARAH RAKYAT TEMPATAN
3.1 TAHAP PERTAMA
Kesan buruk penjajahan Sepanyol juga boleh dilihat dari segi pelbagai pemberontakan yang berlaku yang mana akhirnya membawa kepada terkorbannya beribu-ribu nyawa rakyat Filipna termasuklah tokoh-tokoh negarawan Filipina sendiri. Sebagai buktinya, pemberontakan dan ketidakpuasan hati telah berlaku dengan dua tahap. Pada Tahap Pertama, telah berlaku satu Gerakan dakyah yang mana gerakan ini telah dipimpin oleh negarawan sejati Filipina, Jose Rizal. Beliau memiliki pengaruh yang sangat kuat dan beliau turut disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat. Tuntutan-tuntutan yang diluahkan ketika tahap pertama adalah tuntutan untuk menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol. Ini seterusnya membawa kepada tuntutan bahawa bangsa Filipina perlu diberikan hak yang sama rata dengan rakyat Sepanyol di Filipina dan bangsa Filipina haruslah diberikan kebebasan untuk bersuara terutamanya dari segi politik dan ekonomi di Filipina (Gilbert Khoo, Dorothy Lo, 1977).
Perubahan dalam dunia politik di negara Sepanyol sendiri telah membaa kepada beberapa pemberontakan di Filipina. Kejatuhan Queen Isabella II dan fahaman liberal Sepanyol membawa kepada kedatangan Gabenor Carlos Maria de la Torre, seorang tentera yang berkebolehan dan ahli demokrat yang sebenar. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang liberal yang tulin dan memerintah dengan adil dan saksama.
Pada 12 Julai 1869, pemimpin-pemimpin, paderi dan pelajar-pelajar di Filipina menyanyikan lagu untuk hiburan Gabenor de la Torre untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka terhadap dasarnya yang liberal. Jelasnya, lagu ini amat memeranjatkan orang-orang Sepanyol di Manila kerana tidak pernah lagi orang-orang Filipina dibenarkan bercakap dengan bebasnya tentang kebebasan atau fahaman demokrasi.
Pada 21 September 1869, Manila menjadi pusat perisytiharan Perlembagaan Sepanyol yang mana ianya disambut dengan gembira oleh orang Filipina dan orang Sepanyol sendiri. Perarakan kebebasan itu diketuai oleh Gabenor de la Torre.
Jelasnya, kerajaan de la Torre yang liberal menggalakkan orang ramai bercerita tentang masalah awam dan bercita-cita untuk mendapatkan pemulihan. Maka ramai paderi-paderi Filipina di mukim-mukim mula cuba untuk mendadpatkan hak-hak politik di dalam kerajaan. Antaranya adalah Paderi Jose Burgos, Mariano Gonzalez dan Mariano Sevilla.
Selain itu, terdapat juga pelajar Filipina daripada Universiti Santo Tomas yang juga terpengaruh dengan liberalisme dan telah mengambil bahagian dalam pergerakan pemulihan dan menubuhkan persatuan setianegarawan yang diberi nama Juventud Escolar Liberal. Kepada persatuan inilah Jose Rizal mengemukakan syair termasyhurnya, A la Juventud Filipina (Kepada Belia Filipina).
Namun, Republik Sepanyol yang ditubuhkan oleh golongan pemberontak–pemberontak Sepanyol ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada 1870, Cortes Sepanyol melantik Prince Amadeo dari Savot, putera kedua Raja Itali sebagai raja Sepanyol yang berperlembagaan. Oleh itu, politik di Filipina turut berubah dan kerajaan demokrasi juga berakhir. Maka perintahan reaksioner mula dikembalikan.
Kerajan baru di Filipina diketuai oleh Jeneral Rafael de Izquerdo yang bersifat angkuh dan menghapuskan pelbagai perkara yang tidak disukainya sesuka hati. Misalnya, beliau telah memansuhkan sekolah seni dan pertukangan yang dikelolakan orang-orang Filipina kerana menganggap sekolah tersebut menjadi kelab politik. Beliau juga tidak lagi membenarkan orang awam berbicara mengenai hal-hal politik.
Kesan daripada perubahan tersebut, pada 20 Januari 1872, kira-kira 200 orang askar Filipina dan pekerja-pekerja gudang senjata bangkit memberontak di bawah pimpinan Lamdrid, seorang sarjan Filipina. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi Cavite. Di Vavite, satu pertumpahan darah berlaku yang mana orang-orang yang mengambil bahagian dalam Dahagi itu termasuklah Lamadrid sendiri terbunuh dan akhirnya pemberontakan tersebut ditewaskan pada 22 Januari 1872 (Steven Warshaw, 1964).
Selepas tewasnya kumpulan pemberontak tempatan ini, ramai paderi yang menyokong kumpulan tersebut turut dihukum bunuh seperti paderi Burgos Gomez dan Zamora. Jelasnya, rakyat Filipina amat terperanjat dengan hukuman bunuh tersebut dan dalam perasaan marah itu, mereka melupakan perbezaan puak-puak dan halangan-halangan daerah untuk bersatu sebagai rakyat (Gilbert Khoo, Dorothy Lo,1977)
Namun, jelasnya tuntutan-tuntutan dan dahagi ini ini kurang mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Sepanyol yang bersifar raeksioner ini. Keadaan ini seterusnya membawa kepada penubuhan Liga Filipina pada tahun 1892. Tujuan penubuhannya adalah untuk mendesak kerajaan Sepanyol supaya melakukan pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial di Filipina. Kesemua usaha ini disokong oleh Jose Rizal sendiri dan membawa kepada kesepaduan di kalangan rakyat Filipina. Namun, tuntutan pertama dan kewujudan Liga Filipina telah menyebabkan Sepanyol berasa terancam. Kesan buruknya, Karya Jose Rizal akhirnya diharamkan di Filipina. Namun hal itu tidak memberikan sebarang kesan pada Rizal. Sejurus selepas itu, Jose Rizal telah ditangkap dan kemudian dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao. Di sini Rizal menyumbangkan kepakaran perubatan kepada penduduk tempatan dan terlibat membina sekolah baharu yang mengajarkan metologi pertanian yang tersusun. Selepas empat tahun dalam buangan, Rizal dilepaskan dan dihantar untuk doktor tentera dalam perang Revolusi Cuba. Namun beberapa hari sebelum Rizal dilepaskan, penjajah Sepanyol memperoleh bukti bahawa Rizal terlibat dalam gerakan rahsia Katipunan untuk menggulingkan penjajah Sepanyol. Akhirnya dalam perjalanan ke Havana, Sepanyol memintas kapal yang dinaikinya, menangkap dan membawa Rizal pulang ke Manila. Rizal dituduh sebagai pemberontak dan dihukum bunuh oleh penjajah Sepanyol. Malam sebelum dihadapkan ke skuad penembak, Rizal menulis sajak yang terkenal Mi ultimo adios (Salam Terakhirku) dan keesokan harinya Rizal dihukum tembak di Padang Bagumbayan,Manila(http://www.geocities.com/pujanggatemasek/DuniaSasteraSmZakir.htm).Beliau akhirnya telah dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan dan seterysnya membawa kepada berakhirnya gerakan ini. Namun, kesannya juga boileh dilihat dengan lebih radikal yang mana kesemua peristiwa termasuk peristiwa pembunuhan tersebut telah mencetuskan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.
3.2 TAHAP KEDUA
Pada tahap kedua, pemberontakan mula diteruskan dengan penubuhan Parti Katipun. Parti ini ditubuhkan oleh Andres Bonifacio dan ianya lebih bersifat radikal. Ini dapat dibuktikan melalui matlamat penubuhannya sendir iaitu untuk menyatukan bangsa Filipina dan akhirnya bermatlamat untuk mencapai kemerdekaan melalui revolusi. Pada ketika ini, media cetak telah digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat. Sebagai contoh, akhbar Kalayan telah dijadikan akhbar rasmi bagi parti ini. Pada tahun 1896, Parti Katipunan ini telah melancarkan satu revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi usaha ini telah gagal. Kesannya, pati ini ,menjadi semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati pada tahun 1897 oleh Emilio Aguinaldao, pegawai Sepanyol pada ketika itu (Jayalatchumy. S, 2002)
Peranan Emilio Aguinaldao agak ketara pada ketika itu sehingga membawa banyak peristiwa buruk di Filipina. Beliau telah berkerjasama dengan Amerika. Tambahan lagi, pada tahun 1898, dia telah berjaya mengusir Sepanyol untuk memulakan penguasaan Amerika terhadap Filipina. Namun, pada tahun 1899 pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak disahkan sehingga revolusi yang sebelum ini tercetus telah diteruskan sehingga 1901 sehingga membawa kepada penangkapan Aguinaldo sendiri. (http://members.tripod.com/5sn1/Bab1Sej.html)
4. PENINDASAN KEATAS RAKYAT FILIPINA.
Konsep encomenderos, iaitu pemilikan tanah oleh orang-orang Sepanyol dengan hak pajak dan ufti telah menyebabkan orang-orang Filipina dijual sebagai hamba, digantung dan wanita hidup tertindas. Masyarakat juga menderita dan ramai yang kematian anak kerana penyakit yang sukar dirawat dan kesan ancaman binatang buas dan berbisa. Bencana ini dikatakan seolah-olah dibenarkan oleh pemerintahan Sepanyol . Pemerintah Sepanyol di Filipina ketika itu iaitu,Encomendero yang sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung orang Filipina sebaliknya telah melakukkan kekejaman dan pemerasan.Pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh Sepanyol ke atas penduduk Filipina.Orang Filipina yang malang telah ditipu,didera.dianiayakan,diabaikan,dipaksa membayar cukai berlebihan dan membuat kerja dengan teruknya. Orang-orang Sepanyol di bawah pemerintahan Encomendero telah diperlakukan dengan teruk,bahkan pembunuhan juga telah dilakukan,dan oleh kerana pihak yang teraniaya itu tinggal di daerah yang jauh,dan oleh kerana mereka tidak ada sesiapa untuk meraya serta meminta keadilan.ataupun tiada mana-mana pihak yang yang menyokong mereka walaupun kesalahan itu sampai kepengentahuan Gabenor,namun tiada sebarang tindakkan yang dilakukkan dan diperbetulkan (Gregorio F.Zaide , 1972).
Di samping itu pengenalan kepada nama-nama Sepanyol telah membawa satu perubahan ketara dalam masyarakat Filipina dimana pengenalan kepada nama Sepanyol ini telah mengakibatkan nama-nama tradisi masyarakat Filipina kian terhapus sedikit demi sedikit. Tanpa disedari penjajahan Sepanyol telah membawa kepada perubahan tradisi yang selama ini mereka pertahankan.Hal ini dapat dilihat tatkala masih ada segelintir keluarga yang menggunakan nama asal yang melambangkan mereka rakyat Filipina seperti,Kalaws,Magbanuas,Solimans dan Sumulongs.Selain itu,pakaian mengikut cara pemakaian Eroapah juga telah membawa kepada kesan negatif terhadap kesenian serta tradisi cara pemakaian masyarakat Flipina sebelum kedatangan Sepanyol.Hal ini menjadikan masyarakat telah diubah kepada cara hidup yang banyak mengikut gaya Eropah yang pada ketika itu dikatakan lebih moden dan bertamadun.
Orang Filipina sangat benci terhadap ufti dan selalu memberontak dan menentang kutipan ufti. Satu bangkangan terhadap ufti ialah perbuatan yang tidak adil yang dilakukan semasa memungutnya.Encomendero yang memungut ufti mengambil untung yang banyak untuk diri mereka sendiri dengan memaksa orang Filipina membayarnya dengan beras,pakaian,ayam.itik.ataupun dengan lain-lain hasil dan telah menjual semula barang-barang tersebut dengan harga yang amat tinggi.Selalu juga terjadi pemungut-pemungut ufti menipu orang Filipina mengenai jumlah ufti yang patut dibayar,sebagaimana yang berlaku dalam perkara mengenai seorang encomendero di Dagami di Leyte yang telah memaksa orang Filipina disitu secara tipu sehinggakan orang-orang Filipina itu sebenarnya membayar dua kali ganda jumlah ufti yang sepatutnya.Ketika memungut ufti juga oaring Filipina ada yang diseksa,dibunuh,disamun rumah serta lading-ladang mereka dirampas serta pelbagai harta benda yang diambil.Hal ini telah menjadikan orang-orang Filipina di jadikan umpama tiada maruah diri untuk mempertahankan hak asasi mereka. Mereka diperlakukkan umpama tiada perasaan dan tidak tumpah umpama haiwan (Gregorio F.Zaide,1972).
5. PENGKRISTIANAN RAKYAT FILIPINA
Salah satu kesan buruk pemerintahan Sepanyol di Filpina boleh dilihat dari aspek keagamaan di negara itu sendiri. Boleh dikatakan bahawa semua perkara berkaitan dengan agama di Filipina berlaku rentetan daripada Perang Salib yang berlaku di Eropah. Perang Salib telah lama berakhir tetapi kesannya masih segar di kalangan umat Islam dan tempiasnya turut dirasai di Filipina. Permusuhan tradisi yang terus membara dalam “Semangat Perang Salib” ini memberi kekuatan kepada misionari Kristian untuk menyerang Islam dengan Perang Pemikiran yang meliputi serangan di segi kebudayaan, penyelewangan sejarah, permusuhan dalaman, ekonomi dan sebagainya dalam berbagai bentuk dan rupa di setiap peringkat. Namun usaha orang Sepanyol untuk mengkristiankan pribumi agak berjaya di Filipina terutamanya dari segi paksaan kerana jika penduduk Filipina ketika itu engkar untuk memeluk agama Kristian, berkemungkinan besar mereka akan dihukum bunuh. Jelasnya, Filipina yang pada awalnya dikuasai oleh orang-orang Islam telah mengalami perbahan yang besar. Ini kerana orang Sepanyol yang kejam telah menghalau penduduk asal Islam dari negerinya, sehingga membakar dan merosakkan kekayaan mereka orang-orang Islam di buminya sendiri. Apa yang pasti, orang-orang Sepanyol juga telah mencekik dan menguasai ekonomi mereka sehinggakan orang-orang Islam yang menguasai kebanyakan negeri di Filipina terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Kesannya boleh dilihat sehingga hari ini iaitu orang-orang Islam yang melarikan diri kini hanya menguasai kependudukan di Selatan Filipina sahaja setelah tersisih daripada kebanyakan tanah asal mereka.(http://www.darulkautsar.com/prgpemikiran/sejarah.htm)
Penjajahan Sepanyol ke atas Filipina menjelang abad ke-17 telah membawa pelbagai perubahan positif dan negatif ke atas penduduk di Filipina.Walaupun penjajahan Sepanyol di Filipina membawa kesan positif dari aspek agama namun tidak dinafikan dalam usaha Sepanyol mengembangkan agama baru di Filipina terdapat kesan negatif dalam usaha pengenalan agama tersebut disebabkan penyalahgunaan kuasa oleh sesetengan pemerintah Sepanyol. Walaupun pengenalan agama kristian di Filipina dianggap sesuatu yang positif oleh Sepanyol tetapi bagi sesetengan masyarakat Filipina ia merupakan suatu paksaan. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan yang zalim ke atas penduduk Filipina dan membantu mubaligh-mubaligh dalam usaha menukarkan agama dan mendidik penduduk Filipina secara paksaan (Gregorio F.Zaide, 1972).
Selanjutnya, Jose Rizal pula menyatakan bahawa agama kristian yang dibawa oleh pemerintah Sepanyol telah menyebabkan punca kemalasan masyarakat Filipina yang rajin semasa mengamalkan animisme atau menyembah berhala. Agama kristian juga dikatakan telah menyebabkan kehancuran motivasi untuk bekerja. Gereja juga memainkan peranan dalam membentuk kemalasan ini dengan hanya berdoa sahaja. Pelbagai faktor yang membataskan mereka untuk bekerja dan hilang motivasi iaitu seperti adanya pembatasan kebebasan individu dan takut dituduh pemberontak. Selain itu Syed Hussien al-Attas mengatakan bahawa orang Sepanyol menyiksa 6000 orang Filipina selama tiga bulan.
6. PENINDASAN TERHADAP RAKYAT MELALUI SISTEM POLO.
Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh pemerintah sepanyol juga ternyata menindas penduduk peribumi Filipina. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh Sepanyol ialah Sistem Polo. Selain daripada membayar ufti ,orang Filipina juga dipaksa melakukkan kerja buruh paksa sebagai salah satu buktiperhambaan mereka kepada Sepanyol.Buruh paksa ini dikenali sebagai polo itu,adalah dikatakan berasal dari tahun 1496 apabila Columbus memaksa penduduk-penduduk Hispaniola yang tidak dapat membayarnya emas sebagai ufti supaya bekerja di pertempatan-pertempatan Sepanyol. Sistem yang dijalankan di Filipina ialah semua orang Filipina yang berumur dari16-60 tahun ,tidakdan termasuk orang perempuan , terpaksa membuat kerja buruh paksa selama 40 hari setahun seperti membina dan membaiki jalanraya,jambatan,gereja dan lain-lain kerja raya dan pelbagai lagi pekerjaan. Sesiapa juga polista (seorang yang kena membuat kerja buruh paksa ) boleh dibebaskan daripada membuatnya hanya setelah membayar atau setengah reale bagi tiap-tiap satu hari selama 40 hari yang dia sepatutnya bekerja wang yang dibayar menggantikan kerja tersebut ini disebut falla. Seperti pemungutan ufti,sistem polo juga menjadi jalan bagi orang-orang Sepanyol menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah.Kerap kali mereka ditangkap dari rumah dan ladang mereka dan memaksa mereka bekerja dilimbungan kapal yang terletak jauh dan menjadi tukang dayung dan askar dalam angkatan-angkatan Sepanyol ke negeri-negeri asing.Kebanyakan mereka tidak dapat lagi berjumpa keluarga mereka kerana mereka terkorban ketika berperang . Hal ini menjadikan masyarakat Filipina membenci pemerintahan Sepanyol yang dianggap banyak melakukan pemaksaan terhadap segelintir masyarakat hanya demi kepentingan mereka sendiri. Di bawah sistem polo semua rakyat kecuali pembesar-pembesar dan anak lelaki mereka terpaksa bekerja sebagai buruh. Keadaan kerja sungguh dahsyat, gaji jarang dibayar dan Cuma bekalan beras yang diberikan oleh perbendaharaan- perbendaharaan kampung yang membolehkan pekerja itu hidup ( D.G.E Hall, 1971). Lebih dahsyat lagi, orang Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pemerintah yang membayar mereka dengan bayaran sahaja atau surat perjanjian hutang. Kelaparan dan penyakit mengorbankan banyak angota masyarakat.
Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional kerana sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang kepada mereka. Dasar ekonomi Sepanyol juga telah membawa kepada kemasukan golongan imigran yang kesannya menyebabkan rakyat peribumi tidak berpuas hati dengan penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.
ANTARA SEPANYOL DAN AMERIKA SYARIKAT.
Jika dilihat dari sudut pandangan tertentu,perbuatan Amerika untuk mendapatkan Filipina bukannya satu perbuatan tidak sengaja atau sesuatu yang tidak dirancangkan.Amerika Syarikat memang sudah lama mempunyai minat yang makin mendalam di Pasifik Barat.Amerika sebenarnya memerlukan pangkalan untuk kapal-kapalnya untuk mengambil bahagian dalam perdagangan dengan China dan penjajah-penjajah lain juga merasakan bahawa Filipina merupakan hadiah yang perlu dimenangi.Amerika merasakan bahawa mereka perlu berebut untuk mendapatkan Filipian yang pada ketika itu menjadi buruan Jerman.
Dengan meletupnya kapal perang Amerika Maine,Amerika Syarikat menuduh pihak Sepanyol yang merancang segalanya walahal sebenarnya letupan yang berlaku di Teluk Havana pada 15hb februari 1898 itu adalah letupan tidak sengaja.Letupan ini telah membawa kepada tercetusnya peperangan di antara Sepanyol dan Amerika Syarikat. Sepanyol pada mulanya bercadang supaya perkara ini diserahkan kepada satu penyelidikan yang tidak berat sebelah mengikut syarat Washington tidak dihindari oleh pihak Amerika.Pada hari itu juga Amerika telah mengumumkan perang ,Komodor Dewey pada masa itu berada di perlabuhan Hong Kong telah menerima perintah untuk mengetuai angkatan perang untuk berperang dengan Sepanyol di Manila. Pada 1 mei dihadapan mata penduduk Manila,dia telah melemahkan angkatan Sepanyol dengan tiada sebarabg kecederaan ke atas angkatan tenteranya.
Oleh kerana tidak dapat mendaratka pasukan tentera yang cukup untuk menawan ibukota,Dewey menghubungi Aguinaldo di Hong Kong untuk mendapatkan bantuan menentang Sepanyol denagan menjanjikan kemerdekaan Filipina sebagai hadiah. Pasukan tenteranya bagaimanapun tidak cukup kuat menentang Manila ,Amerika terpaksa menunggu ketibaan pasukan tambahan daripada pihak Amerika.Penyerahannya selepas sedikit pertentangan berlaku pada 31 ogos 1898 apabila Gabenor Jeneral Sepanyol menyerah diri kepada Pemerintah Tinggi Amerika.Perjanjian yang menamatkan peperangan antara Sepanyol dan Amerika telah ditandatangani di Paris pada 10hb Disember 1898.Pada tarikh ini bermulanya pemerintahan Amerika di Filipina yang membawa pelbagai perubahan positif dan tentangan negative dari masyarakat Filipina terhadap pemerintahan Amerika Syarikat yang dianggap sama seperti Sepanyol dan penjajahan lain. (D.G.E.Hall,1971)

KESAN- KESAN PENJAJAHAN AMERIKA DI FILIPINA.
KESAN-KESAN POSITIF.
1. MEMPERKENALKAN SISTEM DEMOKRASI.
Apabila Amerika Syarikat mula mengambil alih pemerintahan Filipina daripada Sepanyol, beberapa perubahan telah berlaku dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat filipina. Jika sebelum ini, iaitu dalam tiga abad pemerintahan Sepanyol di Filipina menyebabkan masyarakat Filipina merasa diri mereka serba kekurangan dan taraf yang lebih rendah daripada orang Sepanyol. Tetapi keadaan ini mula berubah apabila Amerika telah memperkenalkan fahaman demokrasi, iaitu fahaman bahawa setiap manusia kedudukan yang sama dari segi undang-undang, tanpa mengira pangkat, bangsa, warna kulit serta mempunyai hak yang tidak boleh diambil atau dirampas iaitu hak untuk ”hidup, menikmati kebebasan, dan mencari kebahagian”.Fahaman demokrasi iaitu fahaman yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika, Abraham Lincholn iaitu, ”pemerintahan rakyat oleh rakyat, dan untuk rakyat” ( Zaide, G.F. 1972).
Melalui konsep politik ini, maka bermulalah pandangan baru mengenai persamaan dari segi undang-undang yang meliputi kedaulatan rakyat, kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar. Selain daripada itu, ini juga bermakna bahawa hak asasi rakyat Filipina terpelihara dan mereka berhak untuk hidup, menikmati kebebasan dan mencari kebahagiaan. Timbul juga idea bahawa kerajaan sepatutnya mengandungi undang-undang dan bukan wakil negara iaitu pengasingan antara gereja dan negara dan hak setiap rakyat untuk mengundi dan memegang jawatan awam serta hak-hak untuk membela diri dimahkamah jika mereka didakwa.
Rakyat Filipina yang mula terpengaruh dengan fahaman demokrasi ini telah mula memecah tembok penghalang yang dibina oleh orang Sepanyol. Mereka mula bangun untuk menuntut hak-hak mereka yang selama ini ditindas oleh orang Sepanyol. Mereka juga semakin berani dan tidak takut lagi untuk untuk berhadapan dengan pegawai-pegawai Sepanyol. Mereka tidak lagi perlu unuk mencium tangan dan tunduk hormat kepada paderi-paderi dan pegawai-pegawai Sepanyol.
2. SISTEM SOSIAL.
Semasa dibawah pemerintahan Amerika,golongan masyarakat Filipina terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan dan golongan rakyat biasa. Kedudukan dalam masyarakat ini adalah berdasarkan kekayaan seseorang dan bukannya berdasarkan kepada pelajaran dan keturunan. Kedudukan yang tinggi akan diberikan kepada individu yang memiliki jumlah emas dan tanah yang banyak dan bukan kerana keturunannya. Pada umumnya, golongan baron gula , golongan yang berpengaruh dalam perdagangan kelapa, saudagar-saudagar kaya dan tuan-tuan tanah luar bandar (keturunan caciques) adalah golongan yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam heirki sosial masyarakat Filipina. Dengan wang yang dimiliki oleh mereka, mereka mula mengikut cara hidup orang Amerika seperti menaiki kereta mewah, tinggal di rumah-rumah yang besar, menghantar anak-anak mereka di sekolah bangsawan di Manila dan Amerika serta mula berjalan ke seberang laut untuk makan angin dan bersuka-suka.
Golongan pertengahan dalam masyarakat Filipina pula terdiri daripada golongan cerdik-pandai dan golongan terpelajar. Mereka terdiri daripada golongan profesional seperti guru, peguam, doktor, wartawan, jurutera dan sebagainya. Mereka menjadi tulang belakang kepada negara. Mereka ini tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin, tinggal di rumah yang sederhana dan kadangkala mempunyai kereta dan emas, menghantar anak-anak mereka belajar di universiti-universiti dan kolej-kolej di Manila. Manakala sebahagian besar penduduk Filipina adalah terdiri daripada rakyat jelata yang hidup tertindas dan menjadi tukang-tukang di bandar dengan gaji yang tidak mencukupi. Mereka menjadi mangsa penganiyaan masyarakat dan mereka tinggal dalam pondok-pondok atau rumah yang penuh sesak dalam bandaraya.
3. KEAGAMAAN.
Kerajaan Amerika Syarikat telah membawa masuk pengaruh mazhab Protestant dalam agama Kristian ke Filipina. Usaha-usaha mengajar kitab-kitab injil oleh penganjur mubaligh-mubaligh Protestant mendapat tempat di Filipina. Agama baru ini mendapat perhatian orang Filipina yang telah menganuti agama itu, dan bilangannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Selain daripada membawa kepercayaan baru ke Filipina, mubaligh-mubaligh Protestant memberi sumbang terhadap memperkayakan kebudayaan Filipina, pendidikan, kesusasteraan dan kesejahteraan masyarakat. Mubaligh-mubaligh Protestan ini juga telah membuka klinik-klinik dan hospital-hospital dan banyak lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan. Selain daripada itu, mereka juga telah menerbitkan dan memberikan beribu-ribu naskah kitab injil dalam bahasa Inggeris dan bahasa Filipina kepada penduduk setempat ( Gregorio F.Zaide, 1972).
Walaupun di Filipina telah timbul pelbagai fahaman baru, namun fahaman Katholik masih dianggap sebagai fahaman utama yang dianuti oleh masyarakat Filipina sama seperti ketika Sepanyol memerintah Filipina. Ia diangggap sebagai warisan yang besar dari Sepanyol. Peristiwa agama yang lebih hebat meliputi seluruh dunia dan yang paling penting ialah Kongres Internasional Eucharistic yang ke-33 dirayakan di Filipina pada 3hb hingga 7hb februari 1937.
Satu daripada pengaruh Amerika yang terpenting adalah pembebasan kaum wanita Filipina daripada sekatan sosial dan sekatan politik pada masa pemerintahan Sepanyol dahulu. Mereka tidak lagi dikurung di dalam rumah dan mereka mula diberi kebebasan untuk keluar dan berhubung dengan lelaki, untuk masuk ke sekolah campuran dan ke universiti-universiti dan untuk menghadiri parti-parti. Mereka juga dibenarkan bekerja di kilang-kilang dan pejabat-pejabat, mengambil bahagian dalam perniagaan, menghadiri mesyuarat-mesyuarat politik dan terlibat secara aktif dalam sukan (Zaide, G.F. 1972).
Kaum wanita juga diberi kebebasan untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan mengambil bahagian dalam sebarang pekerjaan yang pada mulanya hanya dikhaskan kepada kaum lelaki sahaja. Kaum wanita ini mula mengambil bahagian dalam hampir semua bidang seperti mana yang ditunjukkan pada hari ini. Mereka mula menguasai bidang undang-undang, perubatan, pendidikan, ilmu sains, perniagaan, muzik dan banyak lagi.Kaum wanita Filipina ini terpengaruh dengan aliran-aliran liberal yang menjadikan mereka lebih tegas untuk mendapatkan hak-hak awam dan hak-hak politik dan ingin mengundi.
4. PENDIDIKAN.
Pendudukan Amerika di Filipina selepas Sepanyol telah membawa pembaharuan dalam bidang intelek dan kebudayaan. Orang Amerika berusaha mengajar masyarakat Filipina cara hidup demokrasi menerusi sistem pelajaran rakyat. Askar- askar telah dipilih menjadi guru dan sekolah- sekolah ditubuhkan untuk menggalakkan anak- anak masyarakat Filipina. Amerika telah mengambil langkah membina sekolah pertama di Corregidor dan tujuh buah sekolah telah dibina setelah Manila ditawan pada Ogos, 1898. Jeneral Wesley Merritt, Gabenor Tentera Amerika yang pertama di Filipina telah menggalakkkan pembukaan sekolah- sekolah dalam bandar dan wilayah yang telah diamankan oleh Amerika. Kanak- kanak telah diberi buku percuma, buku catatan, papan hitam, pensil- pensil dan gula- gula untuk memujuk mereka supaya hadir dalam bilik darjah dan belajar Inggeris. Suruhanjaya Filipina yang kedua, yang diketuai oleh William H.Taft meletakkan asas sistem sekolah rakyat. Undang- undang sekolah yang dirangka oleh Dr. Fred W. Atkinson telah menubuhkan menubuhkan satu sistem pemusatan pengajaran sekolah rendah percuma dalam bahasa Inggeris dan membenarkan sebuah sekolah biasa di Manila bagi latihan guru- guru Filipina serta menghapuskan pengajaran agama yang wajib dalam sekolah- sekolah rakyat. Sistem sekolah rakyat telah diletakkan di bawah penyeliaan dan kawalan Jabatan Pelajaran.
Sekolah- sekolah menengah mengadakan kursus 4 tahun yang berlainan dibahagikan kepada akademik, umum, ekonomi rumahtangga, perdagangan, pertanian dan perniagaan. Sekolah- sekolah peringkat kolej rendah ialah Philippine Normal School, The Phiilippine School of Arts and Trades dan The Phillipine Nautical School. Universiti Filipina ditubuhkan menurut Akta No. 1870 yang telah dilluluskan pada 18 Jun 1908 yang ditulis oleh Yang Berhormat W. Shuster Morgan iaitu ahli Suruhanjaya Filipina. Universiti Filipina telah berkembang dengan cepat sebagai institusi yang utama pelajaran tinggi hingga ke peringkat sarjana. Jumlah pendaftaran pelajar- pelajar bertambah daripada 67 orang dalam tahun 1908- 1909 kepada 3,838 orang dalam tahun 1920- 1921 dan bertambah kepada 7,849 orang dalam tahun 1929- 1930.
Pendidikan vokasional yang diperkenalkan oleh Amerika tidak mendapat sokongan orang- orang Filipina kerana menganggap kemahiran vokasional merupakan peringkat rendah dalam pekerjaan. Permintaan terhadap kerja- kerj kolar putih dalam kerajaan dan firma- firma perdagangan persendirian dan pekerjaan ini berkehendakkan latihan akademik peringkat rendah atau menengah. Walaubagaimanapun, Amerika terus menjalankan usahanya dengan membina Sekolah seni dan pertukangan Filipina, Sekolah Pertanian Pertengahan Luzon, sekolah- sekolah pertukangan wilayah dan sekolah- sekolah tinggi luar bandar telah dibina untuk memberi dorongan kepada pendidikan vokasional. Selain itu, Amerika juga telah menumpukan kepada pembelajaran dewasa bagi orang- orang dewasa yang tidak tahu membaca dan menulis. Pada tahun 1908, kerajaan Filipina merasmikan kuliah- kuliah mengenai pelajaran dan tata rakyat di bandar- bandar dan luar bandar. Tahun 1926 pula kempen menulis dan membaca di seluruh negara dilancarkan supaya mengurangkan buta huruf di kalangan rakya jelata. Frank C. Laubach seorang mubaligh Potestant dan pengarang Amerika mempopularkan pelajaran dewasa di kalangan orang- orang Moro di Lanao.
Orang- orang Filipina yang bukan Kristian ( Moros dan Pagans ) telah diberi peluang belajar seperti yang diadakan bagi orang- orang Filipina bangsa Kristian. Sekolah- sekolah yang lain dibantu oleh wang kerajaan telah dibina kemudian dalam daerah- daerah bukan Kristian dan di Moroland ( Mindanao dan Sulu ). Dalam sekolah- sekolah bagi orang Filipina yang bukan Kristian, latihan vokasional dan kesihatan dititiberatkan. Sesetengah penuntut yang pandai dilantik sebagai pensionadas kerajaan untuk meneruskan pengkajian tinggi di kolej- kolej dan universiti Manila. Di bawah kerajaan Amerika, sekolah- sekolah persendirian dan kolej- kolej diberi galakan oleh kerajaan kerana sekolah- sekolah rakyat sahaja tidak dapat menjalankan tugas- tugas yang besar iaitu pendidikan rakyat.

KESAN NEGATIF PENJAJAHAN AMERIKA DI FILIPINA.
1. PERUBAHAN CARA HIDUP.
Walaubagaimanapun, Kedatangan pengaruh Amerika di Filipina telah menyebabkan masyarakat Filipina terutamanya golongan belia terpengaruh dengan cara kehidupan bebas yang diamalkan oleh orang-orang Amerika dan secara tidak langsung telah melenyapkan budi bahasa dan tatatertib yang disematkan oleh orang-orang Sepanyol. Mereka kini lebih bebas untuk bersuara dan meluahkan pandangan mereka. Manakala golongan cerdik pandai pula mula membaca buku-buku dan majalah-majalah Amerika, menggunakan kenderaan buatan Amerika dan menyanyi lagu-lagu Amerika.
Selain daripada itu, Golongan belia Filipina juga terpengaruh dengan kesusasteraan Amerika dan mula menginggeriskan nama mereka. Contohnya mereka menukar nama Juan kepada Johnny, Pedro kepada Peter dan perempuan pula lebih gemar menggunakan nama-nama seperi Mary, Betty, Vicky dan Claudia. Begitu juga halnya dengan menggunakan nama-nama inggeris bagi nama-nama jalan, bangunan dan sekolah-sekolah seperti Dewey Boulevart, Wallace Field dan sebagainya (Warshaw. S, 1964).
Orang-orang muda Filipina juga mula terpengaruh dengan cara hidup Amerika yang melambangkan Hedonisme atau bersifat kemewahan seperti melancong ke luar negara, menghantar anak-anak mereka keluar negara atau sekolah-sekolah persendirian> Mereka juga semakin tertarik dengan hiburan-hiburan yang telah dibawa oleh Amerika seperti menonton wayang gambar, menarikan tarian Amerika, menyanyikan lagu-lagu Amerika, menghisap rokok Amerika dan sebagainya.
Daripada segi hubungan kekeluargaan pula, pada masa pemerintahan Amerika, keluarga tetap menjadi badan dasar dalam Filipina. Bapa menjadi tuan rumah dan ibu tetap menjadi surirumah tangga. Akan tetapi, selepas kedatangan Amerika, kehidupan berkeluarga Filipina telah bertukar walaupun tidak secara menyeluruh. Adat keluarga yang berkumpul untuk bersembahyang pada masa Angelus dan membaca dengan tasbih pada tiap-tiap malam semakin jarang diamalkan. Adat mencium tangan ibu bapa dan orang tu oleh kanak-kanak semakin lenyap dalam kebanyakan keluarga. Anak-anak yang lebih tua semakin hilangan hak-hak dalam keluarga kerana, anak-anak yang lebih muda yang semakin sebati dengan cara hidup Amerika menganggap diri mereka setaraf dengan kakak atau abang mereka. Hal ini menyebabkan panggilan-panggilan seperti ’kuya’ iaitu ucapan menghormati yang digunakan untuk ’abang-abang’ dan ’ate’ untuk akanak-kanak tidak lagi digunakan dalam perbendaharaan kata keluarga (Gregorio F.Zaide,1972).
2. JURANG EKONOMI MASYARAKAT.
Selepas kedatangan Amerika di Filipina juga telah membahagikan rakyat Filipina kepada tiga golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan dan golongan rakyat jelata yang sering tertindas dan menderita. Disebabkan dasar ekonomi bebas yang diamalkan oleh pemerintahan Amerika Syarikat, jurang taraf hidup orang-orang Filipina menjadi tidak seimbang dan dapat dilihat jurang hidup yang sangat besar diantara golongan kaya dan golongan rakyat biasa. Hal ini disebabkan golongan kaya akan semakin meluaskan empayar dan kekayaan mereka sehingga sanggup menindas orang lain. (http://www.darulkautsar.com/prgpemikiran/sejarah.htm)
Golongan kaya ini akan tinggal dirumah-rumah atau ladang-ladang yang besar dan mewah yang terletak di bandar-bandar besar seperti di Manila. Manakala golongan masyarakat yang sering tertindas pula hidup menderita akibat tekanan ekonomi dan tinggal didalam pondok-pondok atau rumah-rumah yang penuh sesak. Mereka hanya memiliki harta atau barangan yang sedikit dan hanya memerlukan keperluan yang serba ringkas kerana kemiskinan mereka.
3. ALIRAN FAHAMAN KOMUNIS.
Kedatangan Amerika Syarikat juga telah menyebabkan aliran fahaman Komunis mula merebak di Filipina. Hal ini akibat daripada keadaan tukang-tukang dibandar dan keadaan penghuni diluar bandar yang berasa terpinggir dengan kemajuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Selain daripada itu,Rakyat-rakyat yang tertindas daripada tekanan para pemodal cuba menuntut keadilan dan mula terpengaruh dengan fahaman komunis. Atas jemputan Rusia, satu perwakilan pemimpin-pemimpin buruh Filipina telah menghadiri Persidangan Buruh Antarangsa di Canton, China. Akibat daripada persidangan itu, wakil-wakil Filipina telah menghadiri lain-lain persidangan buruh di Moscow dan apabila mereka kembali ke Filipina, mereka mula menanamkan fahaman Komunisme (Warshaw. S, 1964).
Pertubuhan yang bercorak Komunis pertama di Manila telah ditubuhkan pada 12 Mei 1929 iaitu Katipunan ng mga Anak Pawis sa Pilipinas ( Gabungan pekerja-pekerja Filipina) dan kemudiannya semakin banyak persatuan-persatuan yang bercorak atau berfahaman komunis ini telah ditubuhkan di Filipina. Walau bagaimanapun pertubuhan-pertubuhan ini telah diharamkan oleh Amerika dan para pemimpin dan pengikut pertubuhan ini dijatuhi hukuman. Fahaman Komunisme ini kemudiannya telah menyebabkan pertumpahan darah yang melibatkan tentera-tentera kerajaan dengan pengikut-pengikut komunis. Pemberontakan yang terkenal ialah Kebangkitan Tanggalun 1931 dan Pemberontakan Sakdal pada tahun 1935. Sehingga hari ini bahaya komunis masih hidup lagi, terutama di wilayah-wilayah Luzon Tengah, dimana pennduduk-penduduknya masih menderita dengan sistem feudal iaitu tuan tanah dan pemodal yang masih teruk melakukan penindasan pada golongan rakyat bawahan.
4. BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN.
Penjajahan Amerika di Filipina hanya menguntungkan golongan kaya. Hal ini menyebabkan berlakunya pemberontakan daripada rakyat golongan bawahan. Mereka tidak suka dengan perubahan pucuk pimpinan oleh Amerika Syarikat. Golongan kaya pula menyokong Amerika kerana mereka mendapat kepentingan daripada segi ekonomi dan sosial (Jayalatchumy. S, 2002). Semua faedah ekonomi hanya dirasai oleh golongan kaya manakala golongan petani yang miskin tidak mendapat apa-apa faedah. Amerika telah menubuhkan Kerajaan Tentera di Filipina untuk menghadapi pemberontakan tersebut. Presiden Mc Kinley telah menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat pendapat daripada rakyat Filipina. Masyarakat Filipina mengoyakkan salinan-salinan peristyiharan Mc Kinley yang terletak di jalan-jalan Manila dan menggantikan ia dengan salinan-salinan peristyiharan Aguinaldo untuk menunjukkan kemarahan mereka (Zaide, G.F, 1972)
KESIMPULAN
Masyarakat Filipina mengalami transformasi yang ketara ekoran penjajahan Sepanyol dan kemudiannya Amerika. Walau pun terdapat beberapa kesan positif yang bersifat sekular dan kebaratan berlaku, namun kesan negatif daripada pendudukan kedua-dua kuasa penjajah ini di Filipina turut jelas kelihatan. Apa yang pasti, kesan daripada penjajahan Sepanyol dan Amerika ini masih lagi kelihatan sehingga hari ini terutamanya melalui pegangan agama masyarakat Filipina sendiri iaitu agama Kristian yang mempengaruhi kehidupan mereka sehingga ke saat ini. Walaubagaimana pun masyaraakat Filipina telah kehilangan identiti kebudayaan tradisional mereka ekoran penjajahan Sepanyol dan Amerika yang seterusnya mendatangkan pelbagai implikasi sosial.




BIBLIOGRAFI

D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, 1971. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Gilbert Khoo, Dorothy Lo, Asian Transformation: A History of South-East, South and East-Asia, 1977. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

Jayalatchumy. S, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-1963),
2002.. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd


Tarling, N. A Concise History of Southeast Asia, 1967. Singapore: Donald Moore Press Ltd

Warshaw, S. Southeast Asia Emerges, 1964. California: Canfield Press


Zaide, G.F. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid2, 1972

http://bb2006.typecanvas.com/
http://members.tripod.com/5sn1/Bab1Sej.html
http://www.darulkautsar.com/prgpemikiran/sejarah.htm
http://www.geocities.com/pujanggatemasek/DuniaSasteraSmZakir.htm

No comments:

Post a Comment