NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Saturday, October 30, 2010

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)


1.2.1 Pendahuluan

Apakah yang dimaksudkan dengan Jadual Penentuan Ujian (JPU)?, JPU merupakan jadual yang dibentuk oleh para guru terlebih dahulu sebelum para guru mula membina soalan-soalan ujian untuk diuji kepada pelajar. Pembinaan soalan-soalan ujian ini adalah berdasarkan kepada kandungan objektif kurikulum yang diajar. Oleh itu, soalan-soalan ujian yang dibina dapat mengukur sejauhmanakah matlamat objektif kurikulum tercapai.
Disamping itu, pembentukan JPU ini dapat membantu guru menentukan jenis-jenis dan bilangan item/soalan yang perlu dibina berdasarkan topik-topik yang diajar. Menurut Bhasah Abu Bakar, JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina (Bhasah Abu Bakar, 2003: 47). Jesteru itu, beberapa kriteria perlu dilakukan dalam proses penyediaan jadual berkenaan. Dengan ini,  beberapa langkah dalam pembentukan Jadual Penentuan Ujian (JPU) diterangkan mengikut langkah-langkah yang diambil.

 

1.2.2  Langkah-langkah Yang Diambil Dalam Pembinaan JPU

 

1.2.2.1 Peringkat 1

Pada peringkat ini, kumpulan kami mengaplikasikan pembelajaran koperatif (Ramlah Jantan, 2004: 143), iaitu setiap ahli kumpulan perlu bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah distruktur dengan baik. Perbincangan kumpulan diadakan untuk menentukan tahap atau tingkatan yang perlu diadakan ujian sebelum mendapatkan sukatan kurikulum pelajaran dan buku teks berkenaan. Hal ini, adalah untuk memudahkan perancangan dalam pembentukan JPU.  Pembahagian jadual dibahagikan kepada dua kategori iaitu jadual yang mengandungi maklumat-maklumat bilangan item mengikut aras kemahiran konitif dan jadual kedua mengandungi maklumat-maklumat tentang pembahagian kedudukan item mengikut sistem penomboran soalan ujian.

1.2.2.2 Peringkat 2

Hasil daripada perbincangan, penyediaan sukatan kurikulum pelajaran dan buku teks disediakan sebagai asas permulaan bagi penyediaan JPU. Sukatan kurikulum pelajaran yang menjadi tumpuan kami ialah sukatan pelajaran Tingkatan Empat (8.3) iaitu Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya. Justeru itu, perbincangan dijalankan sekali lagi bertujuan untuk pengagihan jumlah soalan yang akan dimuatkan dalam jadual berkenaan. Dalam jadual pertama, enam aras kemahiran iaitu, Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian yang terdapat dalam Taksonomi Bloom (Kamarudin Husin, 2004: 129-130). Jumlah item soalan yang disediakan sebanyak 40 item. Penyusunan item-item ini berdasarkan kepada kepentingan kandungan kurikulum sukatan pelajaran bagi tingkatan berkenaan. Disamping itu juga, bertujuan untuk mencapai matlamat objektif pengajaran selepas selesai sesi pengajaran oleh guru dalam jangka masa setahun atau dua sesi.

1.2.2.3  Peringkat 3

Pada peringkat ini, penyediaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) disediakan. Dalam jadual berkenaan, dimasukkan maklumat-maklumat seperti topik-topik pelajaran selama dua sesi (setahun), aras-aras kemahiran konitif, bilangan yang diperlukan pada setiap aras, jumlah item untuk setiap topik, jumlah keseluruhan item/soalan dan peratusan item-item berkenaan. Perkara berkenaan dapat dilihat dalam jadual pertama yang  dibentuk.

1.2.2.4 Peringkat 4

Pada peringkat ini, maklumat yang terdapat dalam jadual pertama dimasukkan ke dalam jadual kedua. Kemasukan maklumat jadual pertama ke dalam jadual kedua adalah berbeza dari segi bentuk, iaitu jadual pertama mengandungi kuantiti item/soalan bagi setiap kemahiran, manakala jadual kedua mengandungi nombor-nombor setiap item yang terdapat dalam kesemua kemahiran yang disenaraikan. Setiap penomboran yang diberikan dalam jadual kedua mempunyai satu objektif  iaitu berkaitan dengan objektif peperiksaan. Objektif ini dapat membantu dalam penyediaan/pembinaan soalan.

1.2.2.5 Peringkat 5

Pada peringkat ini, sekali lagi perbincangan diadakan. Perbincangan ini, adalah bertujuan  untuk menentukan  bilangan item/soalan yang perlu disediakan dalam peperiksaan yang akan dijalankan. Penetapan bilangan item ini penting bagi mengukur pencapaian pelajar selepas menjawab item/soalan ujian berkenaan. Di samping itu juga, bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar dari aspek matlamat objektif peperiksaan berkenaan.

1.2.2.6 Peringkat 6

Pada peringat akhir ini, semakan semula dilakukan bagi setiap jenis item/soalan yang sudah ditetapkan sepanjang perbincangan dan pembentukan JPU. Penyemakan terakhir ini amat penting kerana untuk memastikan, adakah setiap item berkenaan dapat menepati matlamat objektif peperiksaan tercapai. Sekiranya terdapat kelemahan dalam pembentukan JPU ini, pengemaskinian harus dilakukan semula.

Penutup
Proses dan pembentukan JPU amat penting dalam penyediaan item/soalan pepertiksaan kepada para pelajar. Ini kerana, kewajaran dan keabsahan item/soalan yang dibina dapat mencapai matlamat objektif peperiksaan. Tambahan pula, ianya dapat membantu pengagihan item/soalan mengikut enam kemahiran konitif dalam Taksonomi Bloom dapat diaplikasikan.






















BIBLIOGRAFI


Bhasah Abu Bakar, (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ramlah Jantan, (2004). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.

Kamarudin Husin, (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

No comments:

Post a Comment