Oleh : Hairudin Tajudin
Angkatan tentera merupakan pasukan keselamatan yang dibangunkan kekuatannya untuk mempertahankan negara, khususnya ancaman luar yang berbentuk peperangan. Pasukan keselamatan ini mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi canggih yang mampu menangkis segala ancaman peperangan alaf baru. Persoalannya kini wajarkan angkatan tentera digunakan oleh pihak kerajaan untuk membunuh rakyatnya sendiri (Warganegara). Artikal ini bukan bermatlamat menghasut mana-mana pihak, namun satu luahan kerisauan jika kekuatan tentera diselewengkan untuk memusnahkan kebangkitan rakyat. Pastinya kebangkitan rakyat akan mengambil jalan yang berliku-liku, sejarah Malaysia akan diwarnai pertempuran berdarah menuntut pilihanraya yang bersih. Jika perjuangan ini berjaya pastinya akan dikenang sebagai sejarah yang sangat bermakna dalam perjuangan menentut kebebasan, keadilan dan ketulusan.
Angkatan tentera sememangnya mempunyai tugas untuk membantu pihak berkuasa awam terutamanya PDRM dalam mengkuatkuasakan ketenteraman awam. Namun tugas yang dijalankan mestilah mengikut lunas undang-undang, jangan sesekali menggunakan kekerasan kerana BERSIH adalah perhimpunan aman tanpa senjata. Kekerasan boleh menyebabkan seseorang pegawai dituduh atas kesalahan tidak melakukan tindakannya dengan adil (Rujuk kepada KK Seksyen 52) dan tidak berhak dilindungi oleh kuasa yang diberi oleh KAJ Sek 88. Perlembagaan Malaysia perkara 10 membenarkan himpunan aman tanpa senjata dan 27 akta Polis (akta 344) mengenai kuasa polis mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan, Melalui akta ini polis perlu memberikan kerjasama kepada penganjur BERSIH 2.0 supaya perarakan boleh berjalan lancar dan matlamat perhimpunan BERSIH 2.0 tercapai. Perhimpunan BERSIH pada tahun 2007 membuktikan tiada keganasan yang berlaku, namun FRU telah bertindak melepaskan tembakan merian air dan gas pemedih mati, sehingga menyebabkan terdapat gerai niaga yang terkena air dan menanggung kerugian. jika polis memberikan kerjasama pastinya perkara ini tidak akan berlaku.
Motif perhimpunan aman BERSIH 2.0 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, berkaitan lapan tuntutan bagi membersihkan sistem pilihanraya yang kotar dan tidak adil. Mengenai tuntutan BERSIH 2.0, iaitu akses media bebas dan adil. Paling senang untuk dijelaskan. Lihat sahaja tv1, tv2, tv3, Utusan semuanya memaparkan berita yang tidak adil. Orang kampung, pemuda kampung yang tidak belajar di universiti dapat menghuraikan tuntutan ini dengan baik. Semuanya buruk tentang Pakatan Rakyat semuanya baik bagi umno/Bn. Pelik sungguh bagaimana polis tidak langsung memahami keadaaan ini, adakah polis tidak ada hati nurani atau polis menjalankan tugas mengetepikan hati dan perasaan. Media arus perdana secara terang-terangan tidak memberi ruang kepada Pakatan Rakyat menjelaskan sesuatu isu atau menyampai sesuatu perkara.
Penyalahgunaan tentera berlaku berleluasa dalam banyak krisis yang melanda, terutamanya di dunia Islam kini. Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak belum lagi mengunakan kuasa tentera untuk memusnakan kebangkitan rakyat namun PDRM telah lama dianjingkan oleh umno/bn contohnya peristiwa Memali. Semasa krisis Anwar Ibrahim, anggota FRU memukul dengan rakusnya rakyat yang sebenarnya tuan majikan semua penjawat awam. Jika kebangkitan rakyat semakin bergelora adakah tentera Malaysia akan dikerah untuk membunuh rakyat yang hanya mahukan perubahan. Gerakan rakyat yang luar biasa tenaganya sahaja mampu melawan tentera contohnya seperti di Libya. Patutkah rakyat dibunuh dengan peluru yang meraka beli untuk tujuan mempertahankan negara tetapi digunakan untuk membunuh tuan peluru iaitu rakyat. Ayat ini mudah untuk difahami, rakyat membayar cukai kepada kerajaan dan sebagai satu organisasi yang dilantik melalui pilihanraya. Kerajaan yang dibentuk perlu penguruskan cukai ini bagi menampung keperluan negara termasuk keperluan keselamatan.
Tentera sewajarnya tidak boleh menerima arahan daripada umno/bn bagi mematahkan gelombang kebangkitan rakyat, apa yang perlu dilakukan ialah tentera harus bersempati dengan rakyat. Tentera perlu ada kesedaran bahawa gaji dan segala keperluan tentera selama ini adalah dari hasil titik peluh rakyat. Tentera perlu mengambil alih pemerintahan negara secara paling sopan dan menyediakan ruang demokrasi yang baik. Pilihanraya bebas yang dipantau oleh organisasi seperti PBB atau OIC perlu dijalankan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan tulus. Keputusan pilihanraya yang tulus ini perlu diterima oleh umno/bn, Pakatan Rakyat dan semua rakyat tanpa membantahnyah, hasil keputusan pilihanraya adalah suara seluruh rakyat Malaysia.
Dunia hari ini penuh dengan krisis politik seperti yang sedang berlaku di Libya. Tentera Libya bertempur dengan rakyat yang memberontak kerana ketidakadilan pemerintahan Muammar Gaddafi. Tingkah laku tentera Libya tidak boleh dicontohi oleh tentera Malaysia, ATM perlu mengambil tindakan bijik tanpa membunuh siapa-siapapun terutamanya majikan meraka iaitu rakyat. Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri dari Tentera Darat, Laut dan Udara perlu melihat farmasi masing-masing yang mempunyai kalimah Allah dan Rasulullah, sungguh besar maknanya. Sedangkan tentera negara-negara wilayah Arab tidak meletakkan kalimah suci ini pada farmasi tentera meraka. Setiap pegawai tentera yang dikurniakan tauliah perlu sedar tanggungjawab meraka ialah perpegang teguh pada Allah bukannya berpegang teguh pada umno/bn. Besar harapan rakyat supaya ATM tidak dijadikan tali barut umno/bn seperti mana PDRM, polis kini menjadi pelindung setia kepada umno/bn. Rekod PDRM yang kotor perlu disamak supaya wajah polis kembali bersih dan benar-benar bebas menjalankan tugasnya, memastikan keamanan dalam negara terkawal.
The Best Merkur Futur Long Handled Safety Razor
ReplyDeleteMerkur Futur Long Handled Safety Razor (Baftft) (MK-1601) is a long handled razor. The handle is approximately 3” long by 메리트 카지노 쿠폰 3” worrione long and the handle deccasino is approximately 5” wide. The blade