NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Thursday, July 21, 2011

PLKN KETENTERAAN

Oleh : Hairudin Tajudin

Diruangan ini saya nukilkan helaian cadangan program khidmat negara yang mampu memberikan tenaga ketika negara sedang menghadapi masalah, saya maksudkan disini ialah masalah berkaitan dengan peperangan. Walaupun ketika ini negara dalam keadaan aman dan sentosa, namun kita perlu sentiasa bersiap siaga bagi memastikan bumi bertuah ini tidak jatuh martabatnya. Kemerdekaan yang kita capai perlu dipertahankan, walaupun kemerdekaan Malaya melalui meja rundingan namun besar maknanya dan tidak salah kita melatih remaja tidak berperang. Setiap tahun, beribu-ribu remaja lepasan SPM akan mengikuti program murni PLKN. Namun sejauh mana tenaga remaja yang ramai ini boleh digunakan untuk membantu negara ketika negara sangat memerlukan tenaga anak watannya bagi mempertahankan Malaysia. Wajarkan remaja digunakan untuk mempertahankan negara secara ketenteraan, ini adalah satu tindakan yang wajar berdasarkan kepada prinsip pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh negara ini. Cadangan saya, perlu ada pengisian yang berupa ketenteraan dalam program khidmat negara. Ini tidak bermaksud pelajaran ketenteraan diajar secara satu-satu masa dalam tempoh tiga bulan. Cadangan saya ialah sepenuh masa dalam tempoh program ini.
Kemungkinan cadangan saya akan mendapat tentangan, namun ini tidak bermakna saya mengusulkan seluruh remaja menyertai program ketenteraan ini. Mungkin boleh dipilih seramai 10 000 remaja yang berminat dengan jiwa ketenteraan. Remaja yang namanya tersenarai untuk mengikuti program PLKN, perlu dibenarkan memilih untuk menyertai program khidmat negara seperti yang ada sekarang atau memilih program khidmat negara ketenteraan tanpa paksaan berdasarkan kemampuan fizikal dan mental serta mendapat kelulusan perubatan. Perkara yang penting juga ialah remaja yang tidak mampu menghabiskan program khidmat negara ketenteraan boleh dimasukkan dalam program khidmat negara yang diamalkan sekarang. Realiti dalam dunia ketenteraan, bukan semua pelatih tentera mampu menghabiskan semua kursus yang disertainya.
Perkara yang agak penting, dimana pertempatan program khidmat negara ketenteraan ini, adakah di kem PLKN yang sedia ada atau sediakan kem khas bagi program khidmat negara ketenteraan. Cadangan saya, petempatan remaja yang menyertai program khidmat negara ketenteraan boleh ditempatkan di markas Rejimen Askar Wataniah. Remaja yang menyertainya juga mesti anak negari, contohnya jika remaja A menetap di Setiawan maka beliau perlu ditempatkan di 503 Rejimen Askar Wataniah yang bertempat di Tambun, Ipoh Perak. Remaja yang mengikuti program khidmat negara ketenteraan boleh diserapkan terus sebagai perajurit muda Rejimen Askar Wataniah berkenaan jika layak boleh diserapkan dalam angkatan tetap. Pastinya bekas pelatih PLKN Ketenteraan boleh digerakkan dalam mana-mana situasi yang menggugat keamanan negara tetapi bukannya untuk melawan rakyat.
Perkara berkaitan dengan latihan. Seperti mana umum tahu bahawa untuk menjadi tentera, Kursus Perajurit Muda perlu melalui sebelum layak bergelar tentera. Seseorang yang menyertai Rejimen Askar Wataniah mengambil masa selama satu bulan bagi kursus Perajurit Muda. Program khidmat negara memperuntukan selama tiga bulan, wajar jika kursus Perajurit Muda selama sebulan dipanjangkan menjadi tiga bulan disamping mengkekalkan modul PLKN yang sedia ada.
Harapan saya, PLKN Ketenteraan dapat dilaksanakan kerana tenaga remaja sangat penting kepada negara. Paling utama ialah remaja yang menyertai program khidmat negara ketenteraan dapat berfungsi, sebagai salah satu elemen kekuatan yang mampu menjadi perisai kepada negara dalam menghadapi saat-saat genting. Sentiasa Memimpin.

No comments:

Post a Comment