Oleh : Hairudin Tajudin
Hampir 24 tahun usia aku kini, perjalanan mungkin jauh lagi atau mungkin hampir ke penamat. Tiada manusia yang tahu itu semua, bila masanya nyawa akan di tarik balik. Pencapaian apa selama aku hidup ini, aku tidak tahu apa yang terbaik pernah aku buat. Hanya aku tahu apa yang tidak baik. Setiap hari pasti ada dosa terhadap Allah yang Maha Esa, bila aku ingin berubah. Padahal aku tahu itu semua berdosa. Setiap hari, aku tidak pasti aku makin jauh atau makin dekat tapi aku dapat pastinya aku makin jauh adakah tidak ruang bagi aku untuk memperbetulkan segala kesilapan aku. Persoalannya adakah aku layak untuk menerima pengampunannya dan paling penting adakah Tuhan Maha Pengasih itu mendengar rentihan suara aku, insan kerdil yang serba berdosa ini.
Aku sering kali mendengar, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah Maha Adil untuk setiap manusia, kesusahan yang diberikan kepada setiap manusia merupakan satu ujian yang mampu ditanggung oleh seseorang, hanya Allah yang mengetahui sebenarnya. Ada ketika aku menjadi insan yang rajin membaca untuk mencari kebenaran ada ketika aku terus leka dibuai kelalaian dunia. Ya Allah, Aku tahu neraka yang engkau cipta merupakan seburuk-burut tempat. Neraka tempat yang pedih dengan balasan kesalahan semasa hayat dikandung badan. Ya Allah dari mana harus aku mula. Sepertinya aku tidak layak untuk menghadap dan meminta dari engkau ya Allah tetapi hanya kepada engkau sahaja tempat untuk seluruh manusia bermohon. Hanya engkau yang berkuasa dalam mengatur sesuatu walaupun manusia telah berusaha untuk mencapainya hanya engkau yang berkuasa untuk menjadikan atau tidak.
No comments:
Post a Comment