Oleh Hairudin Tajudin.
Ruangan penyokong UMNO/BN dalam facebook antaranya Antipkr Club, rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan jalanan bukan budaya orang bertamadun. Mungkin penyokong UMNO/BN cakap mengunakan akal yang cetak dan buta sejarah dunia. Meraka ini tidak sedar negara-negara maju yang sering kali kerajaan Malaysia berusaha untuk menjalin kerjasama ekonomi, merupakan negara yang membenarkan perhimpunan jalanan. jadinya kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan yang tidak bertamadun kerana membenarkan rakyatnya mengadakan perhimpunan jalanan.
Negara seperti England, Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Australia dan banyak lagi membenarkan perhimpunan jalanan. Namun negara-negara ini dianggap maju dan bangga dengan kebebasan berhimpun yang amalkan. Malaysia sekarang seperti menuju ke arah ciri-ciri negara komunis bukan negara maju. Kerajaan Malaysia hanya membenarkan satu haluan pemikiran iaitu menyokong kerajaan yang tidak, akan ditindas dan tidak ada ruang untuk membela diri. Media arus perdana semuanya baik untuk UMNO/BN tetapi bila berita untuk pembangkang di Malaysia semuanya buruk walaupun hampir kalah (kes Nik Aziz) dalam mahkamah namun kerajaan UMNO/BN perlu dipertahankan. Jika benar perhimpunan jalanan merupakan ciri-ciri masyarakat tidak bertamadun, Perlembagaan Malaysia perlu ditambah terutamanya perkara 10 yang membenarkan rakyat berhimpun. Tambah dengan ayat setiap rakyat boleh berhimpun tanpa senjata tetapi bukan dijalanan.
Tun Mahathir mengatakan perhimpunan jalanan bukan budaya kita, betul sebab UMNO yang ada sekarang tidak pernah berjuang melalui perhimpunan jalanan dahulu semasa Malayan Union, tidak dapat di sangkal UMNO turut berjuang dengan cara perhimpunan jalanan tetapi UMNO 1946 telah lama berkubur. UMNO sekarang bukannya UMNO yang diasaskan pada tahun 1946 tetapi UMNO BARU yang diasaskan oleh Tun Mahathir sendiri pada tahun 1988. Pendapat menjatakan bahawa perhimpunan jalanan hanya sia-sia juga dapat disangkal, kita dapat saksikan gerakan mansuhkan PPSMI telah berjaya. Perhimpunan jalanan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keadilan setelah pintu rundingan tertutup atau rundingan yang dijalanakan membawa keputusan menang kalah.
Pihak polis secara terang melindungi UMNO/BN dalam kes BERSIH. Sehingga membuat dakwaan perhimpunan BERSIH jika dibenarkan akan membawa huru-hara di Kuala Lumpur, rakyat kini tidak buta. KPN yang buta, huru-hara yang terjadi semasa perhimpunan BERSIH bukan berpunca dari perserta tetapi berpunca kerana sikap polis sendiri yang dangkal dalam tindak tanduknya. KPN bertambah buta apabila menyatakan hanya 6000 ribu sahaja penyokong BERSIH sedangkan media antarbangsa menyatakan lebih dari 100000. Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH, polis menjumpaian senjata, bom Molotov cocktail dan baju BERSIH. Gempar seluruh penyokong UMNO/BN riuh seluruh media tali barut UMNO/BN menyatakan perhimpunan ini perlu dihentikan ISA yang kejam dan zalim, malah secara terang salah di sisi Islam itu disokong penggunaannya UMNO/BN bagi menamatkan terus perjuangan BERSIH. Hari kejadian julai 9, mana dia Molotov cocktail, siapa dia yang cedera. Adakah FRU, polis atau SB. Mana kedai yang terbakar mana polis yang mati mana gambar FRU kena amukan peserta BERSIH. Mana rempuhan peserta BERSIH terhadap kepungan FRU, yang ada hanya rempuhan Patriot separuh jalan kita boleh lihat di Youtube. Hari kejadian yang cedera, yang berdarah ialah peserta BERSIH. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman polis, sedangkan peserta langsung tidak melawan ketika ditahan apa salah mereka, dihadiahkan penyepak terajang. Kalau diikutkan hati pastinya ramai polis yang terkorban kerana memulakan kekejaman namun dengan displin kental penyokong BERSIH yang rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat, mereka tetap bersabar kerana meraka sedar, PDRM telah peralatkan oleh UMNO/BN.
Malaysia kini umpama tidak membenarkan wujudnya kumpulan yang tidak menyokong kerajaan, tidak membenarkan siapa-siapa yang melawan kerajaan. Saya pelik apa salahnya menjadi seorang yang tidak suka kerjaaan UMNO/BN apa salahnya melawan kerajaan melalui undang-undang dan Perlembagaan Negara. Sehingga kini kerajaan UMNO/BN masih berada di Putrajaya dakwaan yang mengatakan BERSIH akan menumbangkan kerajaan melalui perhimpunan jalanan tidak benar sama sekali tetapi Pakatan Rakyat memang benar ingin menumbangkan kerajaan namun bukan melalui darah tetapi melalui cara yang terhormat iaitu pilihanraya.
No comments:
Post a Comment