NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah
Showing posts with label Perbandingan Agama. Show all posts
Showing posts with label Perbandingan Agama. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Pendedahan Paderi Kristian & Mubaligh Hindu (1/9)

HADITH - PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD

http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html. Sila Layari Web ini. Kandungan ini bukan hak cipta pemilik blog.

Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat membalasnya kepada Editor akhbar itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan Hadith sebagai satu asas bagi amalan-amalan umat Islam seperti berikut. "Saya nak tanya sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak tidak percaya Hadis? OK-lah, saya nak tanya sikit: Awak makan ikan atau tidak? Kalau makan, baik hentikan segera sebab al-Quran kata: 'Tak boleh makan bangkai'. Hadis sahaja yang kata ikan boleh dimakan. Macam mana anda sembahyang? Kalau tidak sembahyang - itu bukan Islam namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk Hadis. Hadis sahaja yang beritahu cara sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah sembahyang', Tapi nak sembahyang macam mana kalau tidak tahu caranya!"
Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang alim sendiri, yang mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang dianggap 'sahih' atau koleksi hadith yang dianggap 'kuat' atau hadith yang bukan 'daif' (seperti Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS Muslim dan sebagainya). Kamu hanya kena melayari laman-laman web berkenaan di Internet seperti site-site 'Code 19', site Ropers, 'Submission' dan laman-laman web seperti itu -yang semuanya digubah oleh orang Islam sendiri, untuk menyedari bagaimana umat Islam sendiri kini semakin sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan dan sesungguhnya, kepalsuan Hadith-hadith ini yang merupakan sumber pengajaran dan akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di bawah ini ada disenaraikan beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini.
1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka yaitu manusia hari ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ?
2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya anjing-anjing dibunuh, serta ditegah daripada menjual anjing.
Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551, 552;HSM II no.3803, 3829
3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama.
Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462

Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?
Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ??
Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan bentuk si Iblis itu?
4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak masuk akal sekali bagi sesiapa pun!
Hadis Sahih Muslim IV no.5612
5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga Monyet-monyet/Kera ! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim IV,no.7135.
Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis Sahih Bukhari IV no.569.

6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam mempunyai TUJUH usus!
Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115

(Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan usus-usus mereka satu-persatu, kan!?!)
8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas kearah Syurga, matanya akan dicungkil keluar!
Hadith Sahih Muslim III, no.862-863
8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah lainnya pula terdapat mujarab untuk mengubatinya!
Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537

(Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar perubatan sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam penyakit dan kekotoran..!)
9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah satu ubat yang mujarab...!
Hadith Sahih Bukhari
I, no. 234.

(Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta mendapatkan air kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...)

10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan dengan air sejuk! Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486.
Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah' diatas, bagaimana peliknya dan ganjilnya segala-gala seruan dan saranan-saranan semua hadis ini. Sebenarnya ada banyak lagi 'contoh-contoh' serta ajaran-ajaran yang janggal dan tidak masuk akal seperti di atas yang dipelopori hadis. Sudah mencukupilah contoh sepuluh kerat hadis di atas sebagai satu selingan yang amat melucukan bagi kita semua.

Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu, mahupun yang 'Daif' atau sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang diilhamkan Tuhan. Masakan Tuhan sendiri atau pun hambaNya yang terbimbing tidak sedar yang hadith-hadith seperti di atas - dan juga koleksi hadith yang sama seperti mereka, adalah karut belaka!

Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas hadis-hadis pelik yang anih dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka menyarankan untuk MENOLAK penggunaan Hadis sama sekali. Malangnya, ini akan membawa kepada masalah yang amat besar kepada umat Islam hari ini, seperti yang terdapat di minda pembaca Akhbar mingguan di atas. Para Muslim sudah pun tuduh-menuduh dakwaan 'Munafik' dan 'Kafir!' sesama sendiri keatas mereka yang tidak mahu menerima ajaran Hadis itu! Ini pun lagi satu bukti bahawa dunia Islam berpecah-belah dan tidak bersefahaman mengenai akidah mereka.

Islam dan Kebenaran

Sifat Talam Dua Muka agama Islam yang Mencurigakan

http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html. Sila Layari Web ini. Kandungan ini bukan hak cipta pemilik blog.

Terdapat dua ajaran dalam akidah Islam yang menyumbang sedikit penjelasan kepada umat bukan-Islam, mengapa nampaknya ada begitu banyak sekali perbedaan dan perselisehan di antara apa yang dianuti oleh umat Muslim dengan apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka melakukan. Untuk memahami dua ajaran Islam ini boleh menolong kita menyelesaikan kecurigaan tentang percanggahan-percanggahan jelas yang ada di dalam Islam. Kita akan kembali kepada kedua-dua ajaran ini tidak lama nanti - yaitu ajaran taqiyya dan pemansuhan (mansuh wa'al nasikh) - tetapi buat sekarang marilah kita perhatikan apa yang dinyatakan oleh agama Islam mengenai kebenaran dan pendustaan (penipuan).

Kebenaran dan pendustaan

Salah satu daripada 99 Nama-nama Allah dalam Islam ialah "al-Haqq" yang bererti "kebenaran, realiti dan hakikat yang teragung". Konsep kebenaran adalah penting dalam Islam, dan perkataan itu berlaku ratusan kali di dalam al-Qur'an dan hadith (tradisi serta 'sunnah' tentang apa yang telah diajari dan diamalkan oleh Muhammad). Sebagaimana agama Kristian, Islam adalah agama yang juga menolak pandangan relativisme dan percayai akidahnyalah 'kebenaran yang mutlak'. Al-Qur'an berbahasa Arab dikira sebagai firman dan kalam Allah sendiri, mirip sepenuhnya dengan apa yang tercatat di atas 'papan terjaga' atau lauh mahfuz di Syurga. Muhammad dianggap sebagai 'nabi terakhir yang maksum' dan kepada dialah telah diwahyukan al-Quran lewat malaikat Jibril dan kehidupan Muhammad harus dijadikan contoh tauladan bagi semua orang Islam dalam segala-gala hal.

"Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar, kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jika dikehendakiNya atau diterimaNya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang." Surah 33/24.

Sebagaimana kebenaran dinobatkan dan disanjung, pendustaan dan kemunafikan dikutuk.

"Sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang yang berlebih-lebihan lagi pendusta." Surah 40/28.

Walaupun terdapat ajaran-ajaran yang jelas seperti ini, satu ajaran yang lain juga telah digubah di dalam Islam yang membenarkan orang Muslim untuk melakukan dan mengamalkan dusta dan pembohongan pada situasi yang tertentu.

Ajaran taqiyya

Ajaran taqiyya ('disimulasi') di peringkat awalnya, telah diadakan untuk orang Islam supaya mereka dapat menghadapi dan menangani keadaan penganiayaan agama di atas mereka yang genting; dimana mereka boleh menyelamatkan jiwa raga mereka dengan menutupi pegangan serta anutan mereka yang sebenar. Kemudian ini telah dilanjutkan dengan mengizinkan 'penutupan' (yakni pendustaan) ini, supaya bukan sekadar nyawa mereka diselamatkan, tetapi juga supaya maruah dan harta benda mereka akan terpelihara. Lambat laun, apa yang telah dimaksudkan supaya digunakan hanya pada keadaan darurat, telah menjadi suatu amalan yang biasa lagi lazim.

Seperti mana Hamid Enayat, seorang ahli sejarah Muslim dan telah sandang Fellow of St.Antony's College di Oxford menyatakan:

"Taqiyya sudah pun menjadi amalan yang lazim di muka umum bagi semua umat Islam - umat Sunni mahupun umat Syi'ah - bila saja timbulnya percanggahan diantara iman dan kebermanfaatan (expediency)."

Ahli Syiah, kelompok minoriti dunia Islam, telah menghadapi penganiayaan dan pengkutukan yang berpanjangan di tangan umat Islam Sunni kerana akidah mereka (yang sangat berbeda dan berselisih dengan ajaran ahli Sunni). Merekalah yang sering sekali telah mengamalkan dan membangunkan ajaran taqiyya ini. Untuk mengelakkan kecederaan dan untuk melindungi jiwa raga mereka sendiri, ahli-ahli Syiah akan menyamar sebagai orang Sunni wa'l Jamaah, tetapi pegangan mereka ini tetap Syiah secara rahsia! Jadi, amalan taqiyya adalah sangat kuat di kalangan umat Syiah, akan tetapi taqiyya ini juga diamalkan oleh umat Islam aliran Sunni.

Amalan taqiyya ini berlandaskan kepada ayat al-Quran, Surah 16/106, yang melindungi umat Islam daripada ditimpa kemungkaran Allah jika mereka dipaksa mengakui kekafiran mereka walaupun dalam hati mereka tetap mengimani agama Islam,

"Barangsiapa yang kafir (ingkar) akan Allah sesudah beriman, kecuali mereka yang dipaksa, sedang hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekafiran, maka atas mereka kemarahan Allah, dan untuk mereka itu seksaan yang besar."

Satu lagi nas al-Quran yang sering digunakan untuk membenarkan amalan taqiyya ini ialah :

"Dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah.." Surah 2/195

Tafsiran lazimnya ialah untuk mewajibkan semua umat Muslim supaya menyelamatkan nyawa, maruah serta harta benda mereka daripada pembinasaan 'yang haram' melalui cara apa pun.

Satu amaran daripada al-Quran yang melarang persahabatan orang Muslim dengan mereka yang bukan Islam adalah dikira sebagai mendukung ajaran taqiyya ini oleh kerana ungkapan 'kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benarnya takut' yang dapat ditafsirkan sebagai persahabatan pura-pura sahaja!

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir jadi wali / pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah dia dari agama Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benar takut, dan Allah mempertakuti kamu dengan diriNya.." Surah 3/28.

Terdapat juga beberapa sumber Hadith yang menjelaskan keadaan-keadaan dan situasi di mana pendustaan adalah diizinkan. Sebagai contoh:

Rasulullah pernah berkata: "Pendustaan diizinkan hanya untuk tiga keadaan: Pembohongan yang dicakapkan oleh seorang suami kepada isterinya untuk memuaskan hati isterinya, pembohongan semasa peperangan dan pembohongan untuk menyelesaikan persengketaan di antara orang." Hadith Tirmidhi No.5033: disampaikan oleh Asma binti Yazid.

Mengecam taqiyya

Apabila kita sedari bahawa ajaran taqyiyya ini boleh saja diamalkan oleh para pemimpin Islam, atau Muslim yang cukup ikhlas atau pun oleh Muslim yang bertaqwa, banyak 'perselisehan' di dalam agama Islam dapat dijelaskan dengan mudah. Demi mempertahankan Islam, amalan taqiyya ini membenarkan umat Islam membuat pernyataan-pernyataan yang seolah-olahnya bertentangan satu dengan yang lain, akan tetapi, ini akan bergantung kepada kumpulan yang ditujukannya pernyataan tersebut. Kebanyakan yang diperkatakan oleh umat Islam tentang agama Islam kepada orang bukan-Islam adalah kurang benar, pada hakikatnya. Kadangkala, mereka sendiri akan mengakui perkara ini.

Sebagai contoh, apa yang dikatakan dalam Bahasa Inggeris kepada umat Kristian pada suatu hari boleh dicanggahi sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Islam yang sama, keesokannya, apabila mereka berpidato kepada umat Islam mereka sendiri dalam bahasa Urdu atau bahasa Arab! Contoh yang jelas boleh diambil dari Hamid Ali, pemimpin rohani masjid al-Madina, Beeston Yokshire Barat di U.K. Dimana beliau secara umum telah mengutuk pengeboman di London pada Julai 7, 2005. Tetapi dalam satu perbualan yang dirakamkan secara rahsia oleh seorang wartawan bangsa Bangladesh dari akhbar Sunday Times, Hamid menyatakan bahawa pengeboman 7/7 itu ialah satu peristiwa yang bagus dan dia juga memuji pengebom-pengebom Islam itu!

Terdapat juga beberapa terjemahan-terjemahan Inggeris al-Quran yang khusushya dimaksudkan untuk pembaca-pembaca Barat, untuk senangkan hati mereka serta menghilangkan kegelisahan mereka tentang Islam! Satu contohnya ialah terjemahan al-Quran bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali. Terjemahan al-Quran seperti ini cuba 'melembutkan' ayat-ayat keganasan dan agresif al-Quran, dengan mengabaikan konteks asli, bahasa Arab yang asli serta tafsiran lazim ulamak-ulamak Islam dahulu.

Pengislaman Ilmu

Beberapa kelompok Islam telah beriltizam walhal sudah memulakan usaha proses yang mereka istilahkan sebagai "pengislaman ilmu". Rancangan ini nampaknya bertujuan untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan posisi Islam di dalam segala disiplin akademik dengan berlandaskan semua ilmu seni (arts) dan sains kepada ajaran Tauhid Islam yang berakar-umbi daripada al-Quran dan hadith. Mereka juga cuba mengadakan program publikasi besar-besaran serta membuka universiti-universiti Islam dan pusat-pusat sumber dan pengkajian Islam. Mereka juga cuba merevisikan (yakni menulis semula) buku-buku teks di Barat dengan memperkenalkan Islam serta 'warisan Islam' kepada mereka, dengan harapan dapat mengagihkan "ilmu yang diislamkan" kepada siswa-siswi, para ilmuwan dan ahli-ahli intelektual yang lain. Tetapi ada juga cara-cara lain yang mereka gunakan untuk menyebarkan maklumat seperti ini. Matlamat mereka ialah untuk mencetusi iman para Muslimin dan juga mendakwahkan ajaran Islam kepada umat bukan-Islam.

Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang mereka adakan bukanlah sekadar memperkenalkan fakta-fakta yang baru mengenai Islam ke dalam buku-buku teks itu. Mereka juga telah menokok-nambahkan butir-butir yang palsu dan penyataan-penyataan yang dibesar-besarkan (exaggerations) untuk menobatkan keindahan agama Islam dengan sengaja, sebaliknya aspek-aspek yang negatif ajaran agama Islam serta dalam sejarah Islam dengan sengaja telah disembunyikan. Salah satu daripada pesanan-ambil-pulang agama Islam adalah : 'segala-gala yang positif, canggih dan yang bagus dalam budaya Barat hari ini, adalah terhutang budi kepada budaya Islam'! Kononnya, budaya Islamlah sumber asli bagi kearifan budaya Barat dan pendidikannya.

Beberapa butiran 'ilmu yang diislamkan' dewasa ini mudah sekali untuk dicamkan, oleh kerana dakyah-dakyah seperti ini sangat janggal dan juga tidak dapat masuk akal maupun untuk kebanyakan umat bukan-Islam! Contohnya:

*

Pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte telah memeluk agama Islam
*

Pengembara-pengembara Islam telah mencapai ke Amerika Utara sebelum Christopher Columbus
*

Islam telah tiba di Australia pada abad ke-9 Masehi.
*

Raja Offa, seorang raja Anglo-Saxon wilayah Mercia (di British Midlands) memeluk Islam pada abad ke-8 Masehi.

Terdapat juga contoh-contoh yang lain yang telah wujud cukup lama, dan ramai orang telah terpedaya dan mempercayai dakyah tersebut. Di antara mereka adalah:

*

Terdapat keharmonian antara agama-agama pada zaman Islam di Sepanyol (Andalusia).

Untuk beberapa lama, ada sikap toleransi terhadap umat Kristian dan Yahudi di sana, selagi mereka tunduk kepada syarat-syarat Islam yang menghinakan.Tetapi pada waktu-waktu yang lain pula, mereka telah dinista dan dianiaya seteruk-teruknya; sebagai contohnya - ada yang dibunuh, diusir dan dibuang negeri! Juga telah berlaku pemelukan Islam beramai-ramai secara paksa ke atas umat Kristian dan Yahudi

*

Umat Islamlah yang telah mendahului dan menerajui dalam bidang-bidang Sains dan Perubatan di zaman pertengahan.

Walau pun kebanyakan bahan-bahan ilmu di zaman tersebut tertulis dalam bahasa Arab, kebanyakan para ilmuwan dan ahli-ahli cendekiawan zaman pertengahan adalah umat Kristian dan umat Yahudi. Hakikat ini mungkin kurang jelas, oleh sebab nama-nama para cendekia ini telah diislamkan, dan segelintir antara mereka memeluk agama Islam. Buku ilmu perubatan Arab yang pertama telah dituliskan oleh seorang imam Kristian, dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh seorang doktor/Tabib bangsa Yahudi pada tahun 683 T.M.

Lebih lagi, kerja-kerja para ilmuwan ini, hanya sekadar dan tidak melebihi kegiatan menterjemah karya-karya para ilmuwan bangsa Yunani terdahulu dari mereka. Tanpa menambahi ilmu-ilmu yang baru atau pun sangat sedikit sahaja. Ini termasuk ilmu-ilmu seperti perubatan, matematik, astronomi, zooloji, kimia, ilmu alam dan teknoloji. Professor Manfred Ullman dari Tubingen University menyatakan: "Lintasan rintangan bahasa ini (Yunani ke Arab) tidak membawa apa-apa perubahan kepada isi dan kandungan bidang-bidang ilmu itu tersebut." Apa yang telah dilakukan oleh Islam di zaman pertengahan ialah: untuk meresapkan ilmu-ilmu daripada tamadun-tamadun lain semasa zaman pertengahan, menukarkan istilah-istilah ilmu-ilmu tersebut kepada bahasa Arab, kemudian umat Islam itu telah menuntut bahawa semua bidang ilmu itu menjadi 'hakmilik agama Islam'!

*

Hospital yang pertama telah dibangunkan oleh umat Islam.

Hospital yang pertama rantau itu didirikan di Baghdad bila kota ini menjadi ibukota empayar Abbasiyah. Tetapi ia BUKAN didirikan oleh seorang Islam, tetapi oleh seorang Kristian Assyria/Iraq yang bernama Jabrail ibn Bakhishu.

*

Umat Islam telah merekakan abjad-abjad numerik Arab yang digunakan di Barat hari ini, termasuk konsep matematik sifar ('kosong') yang amat berguna.

Abjad-abjad numerik 1,2,3,4,5 dsbnya telah sampai ke dunia Barat melalui orang-orang Arab. Tetapi asal-usulnya yang ASLI berpunca daripada bahasa Syria / Syam. Bangsa Syam/Syria di zaman itu adalah umat beragama Kristian. Abjad numerik yang digunakan hari ini di dunia Arab telah diperkenalkan dari negeri India yang beragama Hindu, oleh seorang ahli matematik Syria. Konsep pengunaan simbol sifar untuk mewakili nilai 'kosong' ('0') juga berasal dari negeri India.

*

Umat Islamlah yang menciptakan corak senibina arkitektur yang baru lagi indah.

Corak kubah-kubah dan gerbang-gerbang yang menjadi tanda-tanda lazim masjid-masjid dunia Islam sebenarnya telah ditiru daripada corak arkitektur gereja-gereja Timur Tengah semasa! Menara-menara masjid adalah mirip dengan menara-menara berloceng gereja yang terdapat di banyak gereja-gereja pada zaman itu. Masjid Dome of the Rock di Jerusalem (Baitulmaqdis) telah dibina oleh karyawan-karyawan Bizantium yang beragama Kristian.

*

Islam telah mengembang secara aman-damai pada peringkat awalnya.

Sebenarnya, umat Islam telah menakluki negara-negara bukan-Islam yang berjiran dengan tanah Arab melalui kekerasan, serta mengadakan kerajaan Islam secara paksa ke atas umat non-muslim dalam keadaan tertawan. Ada orang bukan-islam yang memeluk Islam dengan rela, tetapi juga terdapat ramai mereka yang boleh terus mengamalkan agama asal mereka sebagai 'warga negara kelas bawahan' (sebagai umat 'dhimmi'). Ada umat lain juga yang dipaksa memeluk Islam, atau menghadapi maut di hujung mata pedang jika tidak!

*

Status Kaum Wanita adalah sama dengan Kaum Lelaki dalam Islam.

Istilah 'Sama' ini tidaklah benar menurut tafsiran lazim di Barat. Menurut hukum syariah (hukum Islam) kaum wanita harus menerima harta warisan yang lebih kecil dan juga pampasan yang lebih kecil dibandingkan dengan kaum lelaki Islam. Juga, nilai kesaksian kaum wanita (sebagai saksi di mahkamah) semasa perbicaraan adalah kurang daripada 'nilai saksi' seorang saksi lelaki! Peraturan untuk proses penceraian (suami-isteri) cara Islam juga tidak memihak kepada kaum wanita. Di kebanyakan negara-negara Islam, kaum wanita masih lagi merupakan 'kaum dibelakangi' terutamanya dalam hal kedudukan 'kelas kedua' mereka, kebuta-hurufan, penanganan yang tidak adil dalam keputusan penceraian di mahkamah serta banyak lagi rintangan-rintangan perundangan.

*

Perang-perang Salib dahulu adalah angkara serangan tanpa provokasi Eropah ke atas orang Muslim yang mencintakan aman-damai.

Sesungguhnya, Peperangan Salib merupakan satu reaksi dunia Kristian yang telah datang lambat, terhadap angkara jihad awalan orang-orang Islam di abad ketujuh dan kelapan Tahun Masehi. Jihad ketenteraan umat Islam ini telah merebak seperti api ditiupkan angin dan menakluki banyak sekali negara-negara dan wilayah-wilayah Kristian, termasuk wilayah-wilayh seperti : Palestina, Syria/Syam, Mesir, hampir seluruh Africa Utara dan Sepanyol (Andalus). Dunia Kristian di waktu itu, telah berkabung dengan sedihnya, kehilangan Tanah Suci Palestina mereka ditakluki oleh tentera-tentera jihad orang Islam, akan tetapi, dunia Kristian tidak bertindak-balas terhadap dunia Islam di abad-abad itu. Sebenarnya, umat Kristian tidak serang atau membalasi angkara tentera-tentera Islam ini selama lebih daripada 300 tahun!

Selain itu, perang-perang Salib juga adalah tindakan balas 'defensif' umat Kristian untuk mempertahankan diri, khususnya empayar Kristian Bizantium yang diserang bertubi-tubi oleh tentera-tentera Islam selepas serangan jihad Islam yang pertama di waktu itu. Dua maharaja empayar Bizantium telah merayu kepada Paus Roma untuk meminta pertolongan dan bantuan pertahahan militari (1074 dan 1095 T.M.) dan sesudah itu sahaja - lebih daripada 300 tahun kemudian sejak mulanya serangan-serangan jihad Islam keatas wilayah Kristian, umat Kristian bangsa Eropah akhirnya telah bangkit memberi pertolongan dan bantuan pertahanan kepada saudara-saudara Kristian mereka di Timur dan di Timur-tengah!

*

'Islam' bererti 'keamanan' dan jihad tidak ada apa-apa yang bersabit dengan peperangan.

Islam bererti 'penyerahan'/'penundukan'. Dalam fahaman agama Islam yang klasik, istilah 'jihad' secara lazimnya telah merujuk kepada peperangan bersenjata untuk 'mempertahankan dan mengembangkan' kedaulatan wilayah Islam.

*

Al-Quran berkata: "Siapa membunuh seorang manusia, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya.."

Kata-kata di atas, atau yang sedemikian rupanya, sering dipetik untuk membuktikan agama Islam adalah hanya aman-damai, akan tetapi ini adalah satu salah-petikan sebenarnya! Nas ayat al-Quran ini yang sebenar adalah seperti berikut:

"Barangsiapa membunuh seorang manusia, yang bukan membunuh orang atau bukan berbuat bencana di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya." Surah 5/32

Maksudnya ayat ini bergantung kepada apa yang dimaksudkan oleh bahagian ayat di atas yang biasanya tidak disebutkan atau dipetikkan, yakni - 'membunuh orang' dan 'berbuat bencana di muka bumi.' Ada umat Islam yang memahami ungkapan "berbuat bencana di muka bumi" sebagai perkembangan ideologi Sekularisme, demokrasi, serta fahaman-fahaman bukan-Islam yang lain. Ada juga Muslim lain yang tafsirkan 'membunuh' termasuk pembunuhan orang-orang Islam di Iraq oleh tentera-tentera gabungan dibawah pimpinan Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, ayat ini mereka mengunakan untuk mengizinkan pembunuhan musuh-musuh Islam sebagai balasan untuk 'pembunuhan yang telah mereka lakukan'. Apabila nas dan ayat Quran ini dibacakan secara keseluruhannya, ia sesungguhnya mengizinkan pembunuhan orang-orang tertentu.

*

Mitos Islam konon terdengarnya bunyi azan di atas Bulan.

Tidak lama dahulu, bila kajian ke angkasa lepas menjadi tumpuan para ahli saintis dan intelektual, umat Islam pun tidak mahu ketinggalan. Jadi, dari dunia Islam, telah muncul satu cerita kononnya ahli angkasawan yang terkenal itu, Neil Armstrong, telah mendengar bunyi azan di atas bulan, apabila beliau bertapak di atas bulan! Lebih-lebih lagi, ada juga orang Muslim yang mendakyahkan bahawa Neil Armstrong juga telah masuk agama Islam akibat dari itu! Cerita dongeng ini telah menjadi heboh terutamanya di Indonesia, Malaysia, India dan juga di beberapa negeri Arab. Dalam kisah hidup rasminya (autobiografinya), Dr.Neil Armstrong telah dengan terus-terang menafikan cerita dongeng ini yang telah diperhebohkan secara sengaja oleh dunia Islam. Beliau telah menyatakan bahawa dia tidak pernah "mendengar seruan azan di atas bulan" apabila berada di sana, dan beliau juga tidak pernah memeluk agama Islam pada waktu apa pun (sumbernya: First Man: The Life of Neil Armstrong, Simon & Schuster, Hal.630-632). Itulah kisah nyata yang sebenar lagi rasmi Neil Armstrong. Ini membuktikan cerita tersebut hanyalah dakyah kosong yang dipergunakan oleh dunia Islam untuk memperdayakan orang ramai! Tetapi ia hanyalah mitos dan cerita dongeng yang sengaja diada-adakan belaka.

Yang menyedihkan lagi, ialah, apabila umat Islam telah dimaklumkan pernyataan rasmi Dr.Neil Armstrong ini, terdapat orang Muslim yang masih mahu berdegil! Mereka berkata: "Oh, Neil Armstrong sesungguhnya telah mendengari bunyi azan di bulan, tetapi dia dengan sengaja menafikan hal itu untuk melakukan pembohongan kepada dunia Islam!" Alangkah terdesaknya umat Islam yang menyatakan begitu! Apabila dihadapi dengan hakikat yang sebenarnya, mereka masih mahu mempercayai dakyah kosong yang palsu sahaja daripada kebenaran! Begitulah hati manusia yang sudah dikelami oleh kegelapan yang amat sangat. Kami hanya boleh mendoakan untuk mereka, mengharapkan Tuhan Allah akan mencelikkan hati dan mata mereka dengan cahaya nur-Nya yang sejati.

"Mengenal Isa Almasih"

An article on "Mengenal Isa Almasih" from the Christian perspective in Malay language.

http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html. Sila Layari Web ini. Kandungan ini bukan hak cipta pemilik blog.

Nabi-nabi TUHAN seperti Nabi Nuh hidup selama 950 tahun; Nabi Adam selama 930 tahun; Nabi Ibrahim selama 175 tahun dan Nabi Ismail hidup selama 137 tahun! Mereka semuanya menikmati hidup yang begitu lama dan kehidupan yang membanggakan. Walaubagaimanapun, purata umur kini hanyalah dalam lingkungan antara 66 hingga 80 tahun bagi seorang manusia. Jarang sekali kita mendengar umur seseorang itu menjangkau lebih dari 100 tahun! Apakah yang menyebabkan kemerosotan usia yang mendadak ini?

Hidup dan mati seseorang itu kadang-kadang kita kaitkan dengan takdir Tuhan. Setengah orang hidup sampai umur yang tua, dan setengah orang pula mati dalam umur yang masih muda lagi. Tua atau muda, seseorang itu pasti akan menemui ajalnya bila sampai masa nanti. Alkitab, kitab suci orang Kristian, memberi satu penjelasan mengapa manusia mempunyai umur yang pendek. Salah satu faktor utama ialah dosa.

Alkitab ada menyatakan:

"Orang yang takut dan hormat kepada Allah akan hidup lama; orang jahat akan mati sebelum saatnya." (Kitab Amsal Bab 10 ayat 27)

"Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku, supaya panjang umurmu dan makmur hidupmu." (Kitab Amsal Bab 3 ayat 1 & 2)

APAKAH ITU DOSA?

Seterusnya, Kitab Amsal Bab 5 ayat 21 hingga 23 seterusnya menyatakan:

"Allah nampak segala perbuatanmu. Ke mana sahaja kamu pergi, kamu diawasi-Nya. Dosa orang jahat bagaikan perangkap. Orang itu akan terjerat oleh dosanya sendiri. Dia akan mati kerana tidak dapat menahan nafsu. Kebodohannya akan membawa dia ke kubur."

Dosa itu perbuatan melawan atau melanggar kehendak Allah:

"Tetapi orang yang terus menerus berbuat dosa, melawan Allah; kerana tiap dosa adalah perbuatan melawan kehendak Allah." (Surat I Yohanes Bab 3 ayat 4)

Dosa itu tidak memenuhi harapan Allah yang mulia:

"Ya, semua orang telah berdosa; semuanya tidak memenuhi harapan Allah yang mulia." (Surat Rom Bab 3 ayat 23)

Dosa itu perbuatan atau hal memberontak terhadap Allah secara pasif dan aktif:

"Allah berfirman, 'Hai langit dan bumi, dengarlah firman-Ku! Anak-anak yang Aku besarkan telah memberontak terhadap Aku'." (Kitab Yesaya Bab 1 ayat 2)

Dosa itu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah yakni memanggil Allah sebagai pembohong atau pendusta:

"Oleh itu, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah(yakni, Kalimah Allah), mempunyai kesaksian itu di dalam hatinya. Tetapi sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, menjadikan Allah pendusta kerana orang itu tidak percaya kepada apa yang difirmankan Allah tentang Anak-Nya." (Surat I Yohanes Bab 5 ayat 10)

Alkitab menyatakan:

"Sebab ada tiga yang memberi kesaksian di dalam syurga: Bapa(yakni, Pencipta), Firman(yakni, Isa Almasih) dan Roh Kudus(yakni, Petunjuk); dan ketiga-tiganya adalah satu." (I Yohanes bab 5 ayat 7)

Dari Injil Yohanes bab 1 ayat 1-3, kita diberitahu yang Firman itu merujuk kepada Isa Almasih:

"Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia."

Injil Yohanes bab 1 ayat 14 seterusnya menyatakan:

"Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita."

Dosa itu memilih jalan sendiri iaitu merancang hidup kita mengikut kehendak kita sendiri tanpa petunjuk TUHAN.

"Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi Allah menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita." (Kitab Yesaya bab 53 ayat 6)

Setiap kesalahan merupakan dosa:

"Setiap kesalahan tentu saja merupakan dosa. Saya tidak membicarakan dosa-dosa yang biasa;yang saya bicarakan ialah dosa yang berakhir dengan kematian." (Surat I Yohanes bab 5 ayat 17)

"Jikalau kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita hanya menipu diri sendiri dan tidak mau menerima kebenaran." (Surat I Yohanes bab 1 ayat 8)

KEADAAN MANUSIA - SEORANG PENYELAMAT(ALMUKHALIS) DIPERLUKAN

Manusia berada di dalam keadaan kebinasaan dan menghadapi hukuman:

"Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, 'Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak!' " (Surat Rom Bab 3 ayat 10-12)

Secara am, manusia telah memilih jalan yang tidak bermoral dan menemui jalan yang menyesatkan:

"Kerana manusia tidak mahu mengakui Allah, Allah membiarkan fikiran mereka menjadi rosak, sehingga mereka melakukan hal-hal yang tidak senonoh. Hati mereka penuh dengan kejahatan, kekejaman, ketamakan, kebusukan dan kedengkian, keinginan untuk membunuh, berkelahi, menipu, dan mendendam. Mereka suka mengumpat, memburukkan nama orang lain; mereka sombong dan biadab, yang membenci Allah dan bercakap besar. Mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan kejahatan. Mereka melawan ibu bapa, tidak berakhlak, memungkiri janji, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka tahu bahawa menurut hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati. Namun demikian mereka terus menerus melakukan hal-hal itu; bahkan mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian." (Surat Rom Bab 1 ayat 28-32)

Manusia ditinggalkan dalam keadaan dosa jauh dari nikmat dan persahabatan dengan TUHAN.

"Tetapi yang menjadi penghalang ialah dosa-dosamu. Itulah yang telah memisahkan kamu dengan TUHAN. Kerana segala dosamu, maka Dia tidak mau melihat kamu dan tidk mau mendengarkn kamu." (Kitab Yesaya bab 59 ayat 2)

Surat Rom bab 3 ayat 23 menggambarkan keadaan manusia dari analisa Allah Sendiri iaitu memiliki roh yang tidak bernyawa lagi:

"Ya, semua orang telah berdosa; semuanya tidak memenuhi harapan Allah yang mulia." (Surat Rom Bab 3 ayat 23)

Ayat yang disebutkan tadi ditujukan kepada semua orang. Seorang Penyelamat diperlukan oleh kerana manusia sudah berdosa. Penyelamat itu akan menebus dosa manusia.Hanya Allah sajalah yang boleh melaksanakannya.

HUKUMAN KERANA DOSA - HUKUMAN MATI

TUHAN memberi peringatan kepada manusia(yakni kepada Adam dan Hawa) semasa menempatkan mereka di Taman Eden:

"Semua buah di taman ini boleh kaumakan, kecuali buah Pohon Pengetahuan kerana buah pohon itu akan membukakan matamu tentang yang baik dan yang jahat. Kalau engkau makan buah pohon itu, engkau pasti mati." (Kitab Kejadian Bab 2 ayat 17)

Allah berfirman lagi di dalam ayat berikut:

"Sebab upah dosa ialah maut." (Surat Rom Bab 6 ayat 23a)

Adakah Allah mencampakkan kita begitu saja tanpa memberi jalan keluar? Adakah Allahg membiarkan kita musnah tanpa apa-apa harapan? Tentunya tidak! Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih membuka satu jalan untuk memberi harapan kepada umat manusia.

PENAWAR TUHAN - KORBAN DARAH YANG TIDAK BERDOSA

Allah berfirman: "...tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan dosa." (Surat Ibrani Bab 9 ayat 22)

Mari kita ambil Nabi Adam sebagai contoh. Adam berdosa, tetapi dengan pengorbanan seekor binatang, TUHAN memberikan satu jalan untuk memperbaharui ikatan harmoni yang sedia wujud di antara Allah yang Maha Suci dengan Adam yang berdosa.

Setiap tahun orang yang beragama Islam meraikan Hari Raya Haji (korban, adha) iaitu hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah. Pada hari itu, setiap keluarga mengorbankan seekor binatang. Mereka mengingat kembali peristiwa korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim di mana Allah menggantikan anak Nabi Ibrahim yang dijadikan korban dengan seekor domba.

"Setelah itu, Nabi Ibrahim mengangkat pisaunya untuk menyembilih anaknya. Pada saat itu, malaikat Allah berseru kepadanya dari langit, 'Ibrahim! Ibrahim! Singkirkn pisau itu, jangan kaubunuh anakmu. Kerana Aku tahu bahawa engkau mengutamakan Allah dalam hidupmu sehingga engkau rela menyerahkan bagi-Ku anakmu yang sangat kaukasihi sekalipun." (Dari Taurat, Kitab Kejadian Bab 22 ayat 10-12)

"Ketika Ibrahim mengangkat kepalanya dan memandang sekitarnya ia melihat seekor domba jantan yang tanduknya tersekat di semak-semak. Maka Ibrahim mengambil itu sebagai pengganti anaknya untuk dipersembahkan menjadi korban bakaran." (Dari Taurat, Kitab Kejadian bab 22 ayat 13)

Peristiwa tersebut memberi gambaran kepada kita mengenai penebusan dosa yang disediakan oleh Allah. Allah memberi petunjuk kepada kita tentang prinsip pengorbanan dan penggantian di sini.

Menerusi pengorbanan, penumpahan darah berlaku. Hukuman dosa mesti dibayar. Persoalannya ialah sama ada kita sendiri yang menanggung dosa melalui hukuman mati atau melalui penggantian; atau kita membenarkan Allah Sendiri menanggungnya untuk kita melalui pengorbanan. Pengorbanan yang macam mana?

Seperti domba yang disediakan oleh Allah sebagai pengganti anak Nabi Ibrahim, Allah mengutuskan Isa Almasih ke dunia ini sebagai korban untuk menebus dosa kita dan untuk umat manusia pada keseluruhannya.

Isa Almasih berfirman:

"Aku ini Gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka mengenal Aku. Aku mempunyai domba-domba lain di dalam kandang yang lain. Mereka juga harus Kubawa dan mereka akan mendengar suara-Ku." (Injil Yohanes Bab 10 ayat 16)

Isa Almasih diutus bukan saja kepada bani Israel tetapi juga kepada "domba-domba" yang lain yakni umat manusia yang berada di dunia ini. Isa Almasih diutus untuk menyelamatkan kita dari ancaman hukuman mati.

Jika di bawah sistem sembah korban yang lama, darah lembu jantan dan darah kambing serta abu lembu muda dapat menyucikan tubuh manusia dari dosa. Bayangkanlah saja, betapa pastinya darah Isa Almasih boleh mengubah kehidupan serta hati kita.

Pengorbanan-Nya membebaskan kita dari kehausan mentaati peraturan lama dan menjadikan kita ingin melayani Allah yang hidup. Dengan pertolongan Roh Kudus, Isa Almasih rela mengorbankan nyawa-Nya Sendiri untuk menebus dosa kita.

Allah membayar suatu harga tebusan yang tinggi untuk melepaskan kita dari jejak nenek moyang yang berusaha dengan sia-sia untuk mencapai syurga. Isa Almasih yang mati di atas kayu salib telah mendamaikan segala sesuatu di bumi dan di syurga dengan Allah.

Oleh itu, kita sekarang dapat berdiri di hadirat Allah tanpa cela, tanpa sesuatu yang dapat menyebabkan kita ditegur oleh Allah.

Satu-satunya syarat ialah kita harus mempercayai kebenaran serta memegangnya dengan teguh, kuat di dalam Allah, yakin akan berita kesukaan bahawa Isa Almasih mati untuk kita, dan tidak ragu-ragu bahawa Isa Almasih ialah Penyelamat kita.

HIDUP BARU DAN PENGAMPUNAN

Allah kaya dengan rahmat. Dia sangat mengasihi kita walaupun secara rohani, kita sudah mati, dan sudah binasa kerana dosa kita. TUHAN mengembalikan hidup yang baru kepada kita pada waktu Dia membangkitkan Isa Almasih dari antara orang mati. Kita diselamatkan kerana kasih kurnia-Nya yang tidak layak kita terima.

Hidup yang baru ini dikurniakan oleh kerana kemurahan Allah. Kita tidak perlu bekerja keras atau membayar sesen pun untuk memperolehinya.

"Siapa pun yang menyebut nama Tuhan akan diselamatkan." (Surat Rom bab 10 ayat 13). Ayat ini bermakna sesiapa yang menyebut nama Isa Almasih untuk menyelamatkannya, Dia akan berbuat demikian.

Berikut ialah panduan untuk berdoa bagi menebus dosa kita:

" Ya Tuhan yang Maha Penyayang lagi Pengasih, saya memanggilMu agar Engkau menyelamatkan saya dari segala dosa yang menjadi jurang antara kita. Saya menerima Isa Almasih sebagai Penyelamat saya dan Penebus segala dosa saya. Saya bersyukur atas apa yang telah di lakukan oleh Isa Almasih yang telah bangkit dari antara orang mati. Amin."

Kasih Abang Kepada Seorang Adik

Pernahkah kita bertanya, "Apakah kaitannya kematian Isa Al-Masih di atas kayu salib itu dengan kita ?" Persoalan ini mungkin merungsingkan fikiran kita kerana sesetengah orang tidak percaya bahawa Isa Al-Masih pernah mati. Tambah lagi, mati untuk menebus dosa manusia ?! Tidak masuk akal langsung!

Biarlah saya ceritakan satu kejadian yang betul-betul berlaku beberapa tahun yang lalu. Saya berharap cerita ini dapat memberi gambaran yang jelas dan munasabah untuk memahami perkaitan kita dengan kematian Isa Al-Masih.

Beginilah kisahnya.

Di negeri Jerman, lahirlah dua orang anak kembar. ‘Kembar’ maknanya rupa kedua-dua anak itu sama. Si abang rajin belajar dan berkelakuan baik. Setelah lulus persekolahan rendah, menengah dan atas, ia pergi melanjutkan pelajarannya dalam bidang kehakiman. Beberapa tahun kemudian, ia dilantik sebagai seorang hakim makhamah rendah, dan tidak lama kemudian, naik pangkat lagi untuk menjadi seorang hakim makhamah tinggi.

Si adik pula malas belajar dan tidak berkelakuan baik. Ia tidak lulus persekolahan rendah. Setelah besar, ia bergaul dengan satu kumpulan jahat yang melakukan kegiatan haram. Pada suatu hari, ia mengikut kumpulan jahat untuk pergi merompak sebuah bank. Setelah habis melaksanakan rompakan, mereka pun meninggalkan bank. Semasa hendak keluar, mereka dapati yang mereka sudah pun dikepung oleh sekumpulan anggota polis dan cuba melarikan diri. Ahli=ahli kumpulan itu berjaya melarikan diri tetapi nasib malang menimpa si adik itu. Di dalam cubaannya hendak melarikan diri, ia melepaskan tembakan dan menembak mati salah seorang daripada anggota polis yang menghampirinya.

Akhirnya, si adik itu ditangkap oleh pihak polis dan dihadapkan ke makhamah. Tarikh perbicaraan ditetapkan. Perbicaraan si adik itu dihakimi oleh abangnya sendiri. Pada akhir perbicaraan itu, si abang yang menghakimi kes adiknya menjatuhkan hukuman mati ke atas si adik kerana didapati bersalah. Sesi pengadilan pun berakhir. Si adik dibawa balik ke penjara. Orang ramai pula pulang ke rumah masing-masing. Tetapi si abang yang juga tuan hakim bagi kes perbicaraan adiknya, tidak dapat tidur pada malam itu. Ia sangat sayangkan adiknya. Keesokan harinya, ia pergi melawat adiknya di penjara. Apabila mereka bertemu, si abang mencadangkan agar mereka bertukar tempat. Dia sanggup berbuat demikian kerana kasihnya kepada si adik sehingga rela mati untuk menggantikan tempat adiknya. Itulah yang berlaku pada malam itu. Mereka bertukar pakaian. Si adik memakai pakaian si abang dan sebaliknya. Hal ini berlaku tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Si abang tinggal di penjara. Si adik pula keluar meninggalkan penjara. Bila hari untuk menjalani hukuman sudah tiba, si abang, yang mati menggantikan tempat adiknya. Demikianlah kisah sebuah cerita yang menyayat hati.

Kita kembali kepada persoalan tentang Isa Al-Masih yang mati di atas kayu salib. Apakah kaitannya dengan kita?

Kita sebagai manusia telah berdosa, dosa yang patut dikenakan hukuman mati. Selagi kita berdosa, kita tidak dapat bergaul atau pergi dekat dengan Tuhan, kerana Tuhan itu kudus. Dosa yang telah kita lakukan mesti dihukum kerana Allah itu adil. Oleh kerana kasih-Nya yang berkelimpahan itu, Tuhan tidak sanggup membiarkan kita dihukum, dan dicampak ke dalam neraka selama-lamanya. Oleh itu, Tuhan Sendiri meninggalkan "makhamah penghakiman-Nya" dan turun ke ‘penjara’, iaitu dunia kita. Injil Yohanes bab 3 ayat 16 mengatakan, "Kerana Allah begitu mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup sejati dan kekal."

Isa Al-Masih, "abang" kita itu, dihukum mati atas salib, menggantikan kita, ‘adik-adik’-Nya yang dikasihi. Inji Yohanes seterusnya mengatakan, "Sebab Allah mengirim Anak-Nya bukan untuk menghakimi dunia tetapi untuk menyelamatkannya."(ayat 17). Sekarang manusia dapat bersukacita dalam hubungan mereka yang baru dengan Allah ,semata-mata kerana apa yang dilakukan oleh Isa Al-Masih bagi kita. Isa telah menyerahkan nyawa-Nya bagi dosa kita, dan dengan demikian menjadikan kita sahabat Allah.

Ada setengah orang tidak percaya yang Isa Al-Masih benar-benar mati akibat penyaliban-Nya di atas kayu salib. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana jika Isa Al-Masih tidak mati, kita belum lagi selamat dan tidak mungkin diselamatkan!

Persoalan yang perlu kita tanya apabila memerhatikan peristiwa ini ialah, "Bolehkah satu orang mati menggantikan semua umat manusia?" Jawapannya, "boleh".

Bacalah penjelasan lengkap akan hal ini yang diberi oleh seorang rasul yang bernama Paul yang dipetik dari Kitab Rom bab 5 :

"Ketika Nabi Adam jatuh ke dalam dosa maka dosa menjangkiti seluruh umat manusia. Dosanya menyebarkan kematian ke seluruh dunia; dan kerana itu, segala sesuatu menjadi tua dan mati, sebab semua telah berdosa. Tetapi Isa Al-Masih membawa pengampunan kepada banyak orang kerana kemurahan Allah. Dosa Nabi Adam yang satu itu mengakibatkan kematian bagi banyak orang, sedangkan Isa dengan cuma-cuma menghapuskan banyak dosa dan memberikan hidup yang penuh dengan kemuliaan."

Memang dengan dosa satu orang, maut mulai bermaharajalela. Tetapi alangkah lebih manfaatnya hasil perbuatan seorang lagi iaitu Isa Al-Masih! Tiap-tiap orang yang menerima rahmat Tuhan yang berkelimpahan dan pemberian kebenaran-Nya, akan hidup dan memerintah bersama-sama Dia. Inilah sebabnya orang Kristian berani mengatakan bahawa iman Kristian itulah satu-satunya jalan keselamatan dan jalan kepada kehidupan yang kekal di syurga.

Tidak ada jalan lain bagi si abang itu untuk menyelamatkan adiknya. Tuhan juga tidak mempunyai jalan lain. Isa Al-Masih menjadi pengganti kita. Demikian juga tidak ada jalan lain bagi si adik itu untuk diselamatkan kecuali melalui kerelaannya menerima pengorbanan abangnya. Demikian juga kita tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali menerima pengorbanan Isa bagi kita.