NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Sunday, October 31, 2010

NEGERI SELAT SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MELAYU

PENGENALAN
Pendidikan Masyarakat Melayu di Malaysia sebelum kedatangan British adalah bersifat keagamaan dan tidak formal. Pendidikan awal bagi orang melayu adalah bersifat agama lslam dimana anak-anak Melayu akan diajarkan mengaji Al-Quran dan selepas mahir mengaji Al-Quran anak-anak orang Melayu akan diajarkan Bahasa Melayu .
Selain itu, terdapat juga intitusi pendidikan keagamaan dalam masyarakat Melayu iaitu sekolah pondok. Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan dimana anak-anak akan dihantar oleh ibu bapa ke rumah tok guru bagi mengajar ilmu kegamaan seperti limu fiqh, ilmu tasawur dan menghafal al-Quran. Pendidikan pondok merupakan intitusi pendidikan yang tidak formal dalam masyarakat melayu. Hal ini kerana intitusi penddikan pondok tidak mempunyai bangunan khusus untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku di rumah guru.
Pendidikan formal masyarakat dalam Melayu bermula dengan kedatangan British di Malaysia pada awal abad ke-18. Pendidikan Melayu yang diperkenalkan oleh British adalah pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Tulisan Roman. Serta terdapat bagunan khas yang disediakan bagi mengajar murid. Pendidikan Melayu yang diperkenalkan oleh British adalah merupakan pendidiakn sekular yang memisahkan Orang Melayu dengan agama Islam. Sekolah Melayu pertama kali dibina di Pulau Pinang iaitu sekolah Bayang Lepas pada tahun 1855 .


PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYU DI NEGERI-NEGERpE B
Pembinaan sekolah Melayu di Malaysia bermula apabila mendapat arahan dari Mahkamah Pengarah-pengarah India pada tahun 1855 . Sekolah Melayu juga dibuka di Singapura pada tahun 1856. Dimana terdapat dua buah sekolah Melayu yang dibina iaitu Sekolah Melayu di Teluk Belangga dan sekolah Melayu di Kampung Gelam . Selepas itu, sekolah Melayu juga ditubuhkan di Negeri-negeri selat yang lain, seperti di Melaka yang mempunyai 9 buah sekolah Melayu yang dibuka dalam tahun 1858 hingga 18563.
Pada awalnya penubuhan sekolah Melayu di Negeri–negeri Selat adalah dibiayai oleh golongan perseorangan dan golongan mubaligh Kritian dan sekolah Melayu tidak mendapat perhatian oleh British. Sebenarnya penubuhan sekolah Melayu adalah untuk menyebarkan agama kritisn dalam masyarakat melayu . Pengelibatan golongan mubaligh dalam penyeberan agama Kristian melalui pendidikan kepada Orang Melayu bermula dengan pengelibatan pihak penyelenggara Penang Free School dalam Bahasa Melayu secara serius di Gelugur .
Sekolah Melayu mengalami perkembangan yang pesat apabila pihak kerajaan British mengambil alih sekolah Melayu pada tahun 1860 bagi memajukan pendidikan Orang Melayu. Pengelibatan British dalam pendidikan Melayu bermula dengan penubuhan sekolah Melayu di Province Wllesy, Pulau Pinang secara percubaan oleh A.M Skinner yang merupakan seorang pemangku Magistrate Barttteworth pada tahun 1871. Kejayaan Sekolah Melayu percubaan yang dibuka oleh A.M Sikner telah membawa kepada penubuhan Jabatan Pelajaran pada tahun 1872 dengan A.M Skiner menjadi nazir sekolah pertama bagi Negeri–negeri Selat dan jawatan ini ditukarkan menjadi Pengarah Umum bagi Negeri-negeri Selat pada tahun 1901 . Penubuhan jawatan ini bermakna pengurusan sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat diselaraskan dibawah badan khas.
Di Negeri-negeri Selat juga terdapat sekolah perempuan Melayu yang dibuka khas untuk golongan wanita Melayu. Sekolah perempuan Melayu yang pertama dibina pada tahun 1884 di Singapura iaitu di Teluk Belangga . Pembukaan sekolah perempuan di Singapura menjadikan Singapura negeri pertama di Malaysia mempunyai sekolah khas bagi kaum wanita Melayu. Namun begitu sambutan Masyarakat Melayu terhadap Sekolah Perempuan adalah negatif. Hal ini kerana pemikiran masyarakat Melayu pada zaman itu adalah sempit dimana mereka menganggap bahawa kaum wanita tidak boleh keluar rumah dan tugas kaum wanita hanya di dapur. Gambaran pemikiran Masyarakat Melayu dapat dilihat dengan perpatah Melayu yang pegangan turun menurun Masyarakat Melayu iaitu “walaupun setinggi mana pun wanita belajar tempatnya didapur juga”. Jelaslah pemikiran Masyarakat Melayu pada zaman itu masih lagi terperangkap dalam ‘kapsul masa’ berbanding dengan pemikiran masyarakat barat yang telah maju kehadapan dimana, golongan wanita di barat sudah bekerja diluar rumah terutama dalam sektor perindustrian dan pembuatan. Pemikiran masyarakat Melayu dapat dilihat dengan jumlah bilangan pelajar perempuan yang berdaftar di sekolah Melayu pada tahun 1892 amat kecil berbanding bilangan pelajar lelaki iaitu 11 peratus bilangan pendaftaran pelajar .
Penubuhan sekolah untuk memajukan dan menyebarkan fahaman mereka serta memberi pendidikan moden kepada orang Melayu adalah tidak benar. Penubuhan sekolah Melayu adalah merupakan satu polisi politik British bagi menunjukan British mengambil berat terhadap kebajikan Orang Melayu dan mengambil hati Orang Melayu. Sebenaranya sekolah Melayu diwujudkan bagi melatih anak Orang Melayu supaya boleh berkhidmat dengan British sebagai pengawai British seperti kerani. Selain itu, pendidikan Melayu yang disediakan oleh British hanya mengajar Orang Melayu membaca, menulis dan mengira atau dengan kata lain Sekolah Melayu adalah untuk menjadikan rakyat(orang Melayu) lebih ceredik dari ibu bapanya dan bukannya pendidikan digunakan sebagai alat memajukan bangsa Melayu . Pengenalan pendidikan Melayu oleh British mempunyai tujuan tersirat iaitu untuk memisahkan orang Melayu dengan agama Islam. Ini dapat dilihat dengan sukatan pelajaran Sekolah Melayu yang mengantikan tulisan jawi dengan tulisan roman. Selain itu, Btitish juga menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mengawal minda dan pemikiran Masyarakat Melayu .
Negeri-negeri Selat merupakan pusat perkembangan pendidikan Melayu kerana perkembangan ekonomi dan pembangunan Negeri-negeri selat lebih maju dari Negeri-negeri Melayu lain. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga menjadi tumpuan bagi kegiatan mubaligh Kristian yang menyebarkan agama Kristin di Malaysia. Misalanya sekolah Inggeris pertama juga dibina di Negeri-negeri Selat oleh golangan mubaligh seperti Peneng Free School yang dibuka pada tahun1816.

LANGKAH DI AMBIL OLEH BRITISH BAGI MEMAJUKAN SEKOLAH MELAYU DI NEGERI SELAT

Pada awal penubuhan sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat, sambutan Orang Melayu terhadap sekolah Melayu adalah dingin. Sambutan dingin Orang Melayu terhadap sekolah Melayu adalah disebabkan sikap Orang Melayu yang memandang negatif tehadap sekolah yang dibuka oleh British dan tidak mahu menghantar anaknya ke sekolah kerana takut anak mereka akan terpengaruh dengan agama Kristian dan mereka juga tidak mahu kehilangan tenaga anak mereka yang menolong mereka kerja-kerja di rumah . Sambutan yang dingin terhadap sekolah Melayu yang dibuka oleh British menyebabkan tiga buah sekolah Melayu yang dibuka pada 1869 di Seberang Prai ditutup kerana tidak mendapat Sambutan dari Orang Melayu .
Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak pentadbir sekolah Melayu terpaksa menggunakan khidmat guru Quran bagi mengajar murid. Misalnya A.M Skiner terpaksa menggunakan khidmat guru Quran untuk mengajar di sekolah Melayu. Selain itu, dual sistem pengajaran diwujudkan dalam sekolah Melayu. Dual sistem pengajaran merupakan sistem pembelajaran dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi merupakan sesi pengajaran rasmi yang berkait dengan matapelajaran wajib seperti ilmu hisab dan membaca serta menulis. Manakala pada sebelah petang pula murid akan diajar mengaji Al-Quran. Sistem ini digunakan bagi memgambil hati orang Melayu supaya mengahantar anak mereka ke sekolah Melayu..
Selain itu, British juga memberi nilai tambah
Bagi memajukan sistem persekolahan Melayu, pihak British telah menubuhkan institusi perguruan bagi melahirkan guru yang berwibawa dan mahir dalam ilmu pendidikan bagi mengajar di Sekolah Melayu. Pada awal penubuhan sekolah Melayu terdapat masalah untuk mendapatkan guru yang pakar dalam pendidikan untuk mengajar di sekolah Melayu dan pihak pentadbir sekolah terpaksa mengupah guru quran untuk mengajar di sekolah.
Sebelum penubuhan Maktab Perguruan Singapura telah terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapat guru seperti mengambil murid-murid lepasan sekolah Melayu itu sendiri yang dilakukan oleh A.M Skinner. Namun begitu, masalah kekurangan guru masih lagi menghantui sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat, di Melaka mengikut pernyataan tahunan 1877 terdapat masalah mendapat guru mengajar di sekolah Melayu. Terdapat usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan guru, misalnya mengikut pernyataan Negeri-negeri Selat bagi tahun 1872 menyatakan terdapat peruntukan tahunan sebanyak $2400 disediakan bagi membantu Revd. J Keasberry yang mengajar beberapa Orang Melayu di rumahnya dengan matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
Maktab perguruan yang pertama dibuka di Malaysia adalah di Negeri-negeri selat iaitu di Singapura. Penubuhan maktab perguruan Melayu Singapura pada tahun 1878 di Teluk Belangga merupakan langkah pertama yang diambil oleh kerajaan British bagi memajukan Sistem Persekolah Melayu. Pada asalnya Maktab Perguruan Singapura merupakan Sekolah Tinggi Melayu (Malay High School) yang dinaik taraf menjadi maktab perguruan. Penubuhan maktab perguruan ini adalah untuk melatih guru-guru lelaki sahaja bagi Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat. Penubuhan maktab perguruan oleh British mencipta sejarah baru dalam pendidikan Masyarakat Melayu dan membawa kepada pengenalan sistem pendidikan moden. Dimana maktab perguruan ini melahirkan guru yang terlatih dengan ilmu pendidikan dan mempunyai kemahiran mengajar .
Pada tahun 1880 pengetua maktab ini adalah Encik Muhammad Bin Mahbub dan dibawah pengurusan Encik Muhammad guru dari Eropah dibawa masuk mengajar di maktab ini iaitu R.C Jacobson. Pada awal penubuhanya jumlah pelajar yang mendaftar adalah sedikit iaitu 10 orang dan bertambah dari semasa ke semasa dan pendaftaran yang paling tinggi sekali adalah pada tahun 1885 dengan bilangan pelajar sebanyak 42 orang .
Matapelajaran yang diajar kepada para guru adalah mengandungi dua bahagian iaitu matapelajaran wajib yang meliputi kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Manakala matapelajaran tambahan meliputi ilmu kesihatan, ilmu tanah dan ilmu bumi. Namun begitu, maktab ini ditutup selepas selepas 17 tahun beropersi iaitu pada tahun 1895. Selepas itu, maktab perguruan baru dibuka di melaka pada tahun 1900 bagi menggantikan Maktab perguruan Singapura. Selepas penubuhan maktab perguruan di Melaka, Negeri-negeri Melayu lain juga mempunyai maktab perguruan masing-masing bagi menampung kekurangan guru di sekolah. Misalnya perak mempunyai maktab perguruan pertama di Taiping. Penutupan Maktab Perguruan Singapura bermakna peranan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perkembangan pendidikan Melayu diambil alih oleh Negeri-negeri Melayu lain khasnya negeri Perak dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922.

KESIMPULAN

Negeri-negeri Selat mempunyai banyak kepentingan kepada Negeri-negeri Melayu yang lain dan salah satu kepentingan Negeri-negeri Selat kepada Negeri-negeri Melayu adalah pengenalan sistem pendidikan persekolah Melayu Moden seperti hari ini. Negeri-negeri selat menjadi pusat perkembangan sekolah melayu adalah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan Negeri-negeri Selat lebih maju dari negeri-negeri Melayu lain. Perkembangan ekonomi ini menjadi tumpuan para pedagangan dan mubaligh untuk mendirikan sekolah Melayu bagi menyebarkan agama Kristian di kalangan Masyarakat Melayu. Pengenalan sekolah Melayu oleh British adalah untuk menghapuskan sekolah aliran agama iaitu sekolah pondok. Bagi hapuskan sekolah pondok dan tidak mahu mendapat penentangan dari Orang Melayu, British mewujudkan sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat bagi mengantikan Sekolah Pondok yang merupakan Intitusi pengajian utama bagi Masyarakat Melayu.
Sekolah Melayu dibuka di Negeri-negeri Selat adalah disebabkan oleh peranan Negeri-negeri Selat sebagai agen pembaharuan di Negeri-negeri Melayu. Pengenalan sistem persekolah Melayu di Negeri-negeri Selat menyebabkan Negeri-negeri Melayu lain juga turut mendirikan sekolah Melayu di negeri masing-masing seperti Johor

No comments:

Post a Comment