NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Thursday, July 21, 2011

“kerja dengan kerajaan, lawan kerajaan, gaji kerajaan yang bayar” dan “Aku kerja dengan kerajaan mestilah sokong kerajaan”

Oleh : Hairudin Tajudin

Kawan aku ada menceritakan sebuah kejadian pertelingkahan lidah yang berlaku di tempat kerjanya. Ceritanya ada seorang pakcik dikatakan menghentam kerajaan UMNO/BN, lalu kawan aku berkata “kerja dengan kerajaan, lawan kerajaan, gaji kerajaan yang bayar. Inilah pemikiran ramai pendudukan kampung. Aku tidak setuju dengan pernyataanya. Bagi aku dan ramai lagi penjawat awam. Kita bukan bekerja untuk kerajaan tetapi bekerja untuk berkhidmat kepada awam iaitu seluruh warganegara Malaysia. Bagi aku majikan untuk semua penjawat awam termasuk polis dan tentera ialah rakyat bukannya kerajaan. Apa salahnya seseorang penjawat awam mengkritik dasar atau apa-apa sahaja tentang kerajaan yang berkuasa. Melawan kerajaan secara mengkritik, berdebat, berhimpun tidak salah yang menjadi salahnya melawan kerajaan dengan kekerasan. Malaysia sebuah negara demokrasi, membenarkan rakyatnya menubuhkan banyak parti, adakah menjadi kesalahan seorang penjawat awam secara peribadinya menyokong parti bukan pemerintah. Mungkin telah menjadi doktrin sesetengah rakyat Malaysia, bila bekerja dengan kerajaan mesti sokong kerajaan. Bagaimana kalau parti pemerintah kalah dalam pilihanraya adakah semua penjawat awam semasa parti memerintah berkuasa dikehendaki meletak jawatan. Tentunya tidak, Kerajaan Malaysia masih boleh ditukar dengan cara yang terhormat namun banyak lagi keringat perlu dicurah. Banyak lagi minda di luar perlu di BERSIHkan.
Perlembagaan Malaysia secara jelas telah menjamin hak setiap warganegaranya menyuarakan pandangan. Setiap rakyat ada pandangan masing-masing, mereka perlu diberi kebebasan untuk berpihak. Namun semasa kita menjalankan tugas, tidak kira di pejabat, kaunter khidmat pelanggan, sekolah, atau mana-mana sahaja kita perlu bersikap bebas tanpa mengira latar belakang politik. Menjalankan tugas berdasarkan etika pekerjaan dan undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Jangan pula kerana pelanggan yang datang kuat menyokong Pakatan Rakyat kita sebagai penjawat awam menyusahkan urusannya. Perbuatan ini tidak adil dan zalim hanya kerana pelanggan (rakyat) tidak sehaluan dengan kerajaan. Bila datang pelanggan yang menyokong kerajaan memerintah, kita mudahkan urusannya sehingga tidak mematuhi langkah-langkah yang sepatutnya ini sudah menjadi rasuah.
Adakah benar kerajaan yang bayar gaji semua kakitangan awam. Bukan kerajaan yang bayar, kerajaan yang dilantik menguruskan bagaimana untuk mendapatkan sumber kawangan bagi membiayai perbelanjaan negara, termasuk gaji semua penjawat awam, menteri dan ahli Yang Berhormat. Semestinya sumber kewangan negara di dapati melalui cukai dan keuntungan yang berbagai. Bayaran cukai dan keuntungan ini digunakan untuk mentakbir urus negara. Namun masih ramai yang tidak faham sehingga dalam minda mereka, UMNO/BN yang membayar gaji. Balasannya kita mesti menyokong UMNO/BN dan mempertahankan kedudukannya di Putrajaya untuk dulu, kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment