NUF

AMARAN

PERINGATAN.

PENTING
SEMUA BENTUK PENULISAN DALAM BLOG INI PERLU DINILAI DAN DIKAJI. JANGAN TERUS DI AMBIL TANPA MEMPERSOALKANNYA.

OK

BIJAK MEMBELI

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Mahasiswa Pendidikan Sejarah

Thursday, July 21, 2011

Kehidupan Aku, Insan Berdosa.


Oleh : Hairudin Tajudin
Hampir 24 tahun usia aku kini, perjalanan mungkin jauh lagi atau mungkin hampir ke penamat. Tiada manusia yang tahu itu semua, bila masanya nyawa akan di tarik balik. Pencapaian apa selama aku hidup ini, aku tidak tahu apa yang terbaik pernah aku buat. Hanya aku tahu apa yang tidak baik. Setiap hari pasti ada dosa terhadap Allah yang Maha Esa, bila aku ingin berubah. Padahal aku tahu itu semua berdosa. Setiap hari, aku tidak pasti aku makin jauh atau makin dekat tapi aku dapat pastinya aku makin jauh adakah tidak ruang bagi aku untuk memperbetulkan segala kesilapan aku. Persoalannya adakah aku layak untuk menerima pengampunannya dan paling penting adakah Tuhan Maha Pengasih itu mendengar rentihan suara aku, insan kerdil yang serba berdosa ini.
Aku sering kali mendengar, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah Maha Adil untuk setiap manusia, kesusahan yang diberikan kepada setiap manusia merupakan satu ujian yang mampu ditanggung oleh seseorang, hanya Allah yang mengetahui sebenarnya. Ada ketika aku menjadi insan yang rajin membaca untuk mencari kebenaran ada ketika aku terus leka dibuai kelalaian dunia. Ya Allah, Aku tahu neraka yang engkau cipta merupakan seburuk-burut tempat. Neraka tempat yang pedih dengan balasan kesalahan semasa hayat dikandung badan. Ya Allah dari mana harus aku mula. Sepertinya aku tidak layak untuk menghadap dan meminta dari engkau ya Allah tetapi hanya kepada engkau sahaja tempat untuk seluruh manusia bermohon. Hanya engkau yang berkuasa dalam mengatur sesuatu walaupun manusia telah berusaha untuk mencapainya hanya engkau yang berkuasa untuk menjadikan atau tidak.

PERHIMPUNAN JALANAN TIDAK BERTAMADUN

Oleh Hairudin Tajudin.

Ruangan penyokong UMNO/BN dalam facebook antaranya Antipkr Club, rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan jalanan bukan budaya orang bertamadun. Mungkin penyokong UMNO/BN cakap mengunakan akal yang cetak dan buta sejarah dunia. Meraka ini tidak sedar negara-negara maju yang sering kali kerajaan Malaysia berusaha untuk menjalin kerjasama ekonomi, merupakan negara yang membenarkan perhimpunan jalanan. jadinya kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan yang tidak bertamadun kerana membenarkan rakyatnya mengadakan perhimpunan jalanan.
Negara seperti England, Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Australia dan banyak lagi membenarkan perhimpunan jalanan. Namun negara-negara ini dianggap maju dan bangga dengan kebebasan berhimpun yang amalkan.  Malaysia sekarang seperti menuju ke arah ciri-ciri negara komunis bukan negara maju. Kerajaan Malaysia hanya membenarkan satu haluan pemikiran iaitu menyokong kerajaan yang tidak, akan ditindas dan tidak ada ruang untuk membela diri. Media arus perdana semuanya baik untuk UMNO/BN tetapi bila berita untuk pembangkang di Malaysia semuanya buruk walaupun hampir kalah (kes Nik Aziz) dalam mahkamah namun kerajaan UMNO/BN perlu dipertahankan. Jika benar perhimpunan jalanan merupakan ciri-ciri masyarakat tidak bertamadun, Perlembagaan Malaysia perlu ditambah terutamanya perkara 10 yang membenarkan rakyat berhimpun. Tambah dengan ayat setiap rakyat boleh berhimpun tanpa senjata tetapi bukan dijalanan.
Tun Mahathir mengatakan perhimpunan jalanan bukan budaya kita, betul sebab UMNO yang ada sekarang tidak pernah berjuang melalui perhimpunan jalanan dahulu semasa Malayan Union, tidak dapat di sangkal UMNO turut berjuang dengan cara perhimpunan jalanan tetapi UMNO 1946 telah lama berkubur. UMNO sekarang bukannya UMNO yang diasaskan pada tahun 1946 tetapi UMNO BARU yang diasaskan oleh Tun Mahathir sendiri pada tahun 1988. Pendapat menjatakan bahawa perhimpunan jalanan hanya sia-sia juga dapat disangkal, kita dapat saksikan gerakan mansuhkan PPSMI telah berjaya. Perhimpunan jalanan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keadilan setelah pintu rundingan tertutup atau rundingan yang dijalanakan membawa keputusan menang kalah.
Pihak polis secara terang melindungi UMNO/BN dalam kes BERSIH. Sehingga membuat dakwaan perhimpunan BERSIH jika dibenarkan akan membawa huru-hara di Kuala Lumpur, rakyat kini tidak buta. KPN yang buta, huru-hara yang terjadi semasa perhimpunan BERSIH bukan berpunca dari perserta tetapi berpunca kerana sikap polis sendiri yang dangkal dalam tindak tanduknya. KPN bertambah buta apabila menyatakan hanya 6000 ribu sahaja penyokong BERSIH sedangkan media antarbangsa menyatakan lebih dari 100000. Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH, polis menjumpaian senjata, bom Molotov cocktail dan baju BERSIH. Gempar seluruh penyokong UMNO/BN riuh seluruh media tali barut UMNO/BN menyatakan perhimpunan ini perlu dihentikan ISA yang kejam dan zalim, malah secara terang salah di sisi Islam itu disokong penggunaannya UMNO/BN bagi menamatkan terus perjuangan BERSIH. Hari kejadian julai 9, mana dia Molotov cocktail, siapa dia yang cedera. Adakah FRU, polis atau SB. Mana kedai yang terbakar mana polis yang mati mana gambar FRU kena amukan peserta BERSIH. Mana rempuhan peserta BERSIH terhadap kepungan FRU, yang ada hanya rempuhan Patriot separuh jalan kita boleh lihat di Youtube. Hari kejadian yang cedera, yang berdarah ialah peserta BERSIH. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman polis, sedangkan peserta langsung tidak melawan ketika ditahan apa salah mereka, dihadiahkan penyepak terajang. Kalau diikutkan hati pastinya ramai polis yang terkorban kerana memulakan kekejaman namun dengan displin kental penyokong BERSIH yang rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat, mereka tetap bersabar kerana meraka sedar, PDRM telah peralatkan oleh UMNO/BN.
Malaysia kini umpama tidak membenarkan wujudnya kumpulan yang tidak menyokong kerajaan, tidak membenarkan siapa-siapa yang melawan kerajaan. Saya pelik apa salahnya menjadi seorang yang tidak suka kerjaaan UMNO/BN apa salahnya melawan kerajaan melalui undang-undang dan Perlembagaan Negara. Sehingga kini kerajaan UMNO/BN masih berada di Putrajaya dakwaan yang mengatakan BERSIH akan menumbangkan kerajaan melalui perhimpunan jalanan tidak benar sama sekali tetapi Pakatan Rakyat memang benar ingin menumbangkan kerajaan namun bukan melalui darah tetapi melalui cara yang terhormat iaitu pilihanraya.

“kerja dengan kerajaan, lawan kerajaan, gaji kerajaan yang bayar” dan “Aku kerja dengan kerajaan mestilah sokong kerajaan”

Oleh : Hairudin Tajudin

Kawan aku ada menceritakan sebuah kejadian pertelingkahan lidah yang berlaku di tempat kerjanya. Ceritanya ada seorang pakcik dikatakan menghentam kerajaan UMNO/BN, lalu kawan aku berkata “kerja dengan kerajaan, lawan kerajaan, gaji kerajaan yang bayar. Inilah pemikiran ramai pendudukan kampung. Aku tidak setuju dengan pernyataanya. Bagi aku dan ramai lagi penjawat awam. Kita bukan bekerja untuk kerajaan tetapi bekerja untuk berkhidmat kepada awam iaitu seluruh warganegara Malaysia. Bagi aku majikan untuk semua penjawat awam termasuk polis dan tentera ialah rakyat bukannya kerajaan. Apa salahnya seseorang penjawat awam mengkritik dasar atau apa-apa sahaja tentang kerajaan yang berkuasa. Melawan kerajaan secara mengkritik, berdebat, berhimpun tidak salah yang menjadi salahnya melawan kerajaan dengan kekerasan. Malaysia sebuah negara demokrasi, membenarkan rakyatnya menubuhkan banyak parti, adakah menjadi kesalahan seorang penjawat awam secara peribadinya menyokong parti bukan pemerintah. Mungkin telah menjadi doktrin sesetengah rakyat Malaysia, bila bekerja dengan kerajaan mesti sokong kerajaan. Bagaimana kalau parti pemerintah kalah dalam pilihanraya adakah semua penjawat awam semasa parti memerintah berkuasa dikehendaki meletak jawatan. Tentunya tidak, Kerajaan Malaysia masih boleh ditukar dengan cara yang terhormat namun banyak lagi keringat perlu dicurah. Banyak lagi minda di luar perlu di BERSIHkan.
Perlembagaan Malaysia secara jelas telah menjamin hak setiap warganegaranya menyuarakan pandangan. Setiap rakyat ada pandangan masing-masing, mereka perlu diberi kebebasan untuk berpihak. Namun semasa kita menjalankan tugas, tidak kira di pejabat, kaunter khidmat pelanggan, sekolah, atau mana-mana sahaja kita perlu bersikap bebas tanpa mengira latar belakang politik. Menjalankan tugas berdasarkan etika pekerjaan dan undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Jangan pula kerana pelanggan yang datang kuat menyokong Pakatan Rakyat kita sebagai penjawat awam menyusahkan urusannya. Perbuatan ini tidak adil dan zalim hanya kerana pelanggan (rakyat) tidak sehaluan dengan kerajaan. Bila datang pelanggan yang menyokong kerajaan memerintah, kita mudahkan urusannya sehingga tidak mematuhi langkah-langkah yang sepatutnya ini sudah menjadi rasuah.
Adakah benar kerajaan yang bayar gaji semua kakitangan awam. Bukan kerajaan yang bayar, kerajaan yang dilantik menguruskan bagaimana untuk mendapatkan sumber kawangan bagi membiayai perbelanjaan negara, termasuk gaji semua penjawat awam, menteri dan ahli Yang Berhormat. Semestinya sumber kewangan negara di dapati melalui cukai dan keuntungan yang berbagai. Bayaran cukai dan keuntungan ini digunakan untuk mentakbir urus negara. Namun masih ramai yang tidak faham sehingga dalam minda mereka, UMNO/BN yang membayar gaji. Balasannya kita mesti menyokong UMNO/BN dan mempertahankan kedudukannya di Putrajaya untuk dulu, kini dan selamanya.

PLKN KETENTERAAN

Oleh : Hairudin Tajudin

Diruangan ini saya nukilkan helaian cadangan program khidmat negara yang mampu memberikan tenaga ketika negara sedang menghadapi masalah, saya maksudkan disini ialah masalah berkaitan dengan peperangan. Walaupun ketika ini negara dalam keadaan aman dan sentosa, namun kita perlu sentiasa bersiap siaga bagi memastikan bumi bertuah ini tidak jatuh martabatnya. Kemerdekaan yang kita capai perlu dipertahankan, walaupun kemerdekaan Malaya melalui meja rundingan namun besar maknanya dan tidak salah kita melatih remaja tidak berperang. Setiap tahun, beribu-ribu remaja lepasan SPM akan mengikuti program murni PLKN. Namun sejauh mana tenaga remaja yang ramai ini boleh digunakan untuk membantu negara ketika negara sangat memerlukan tenaga anak watannya bagi mempertahankan Malaysia. Wajarkan remaja digunakan untuk mempertahankan negara secara ketenteraan, ini adalah satu tindakan yang wajar berdasarkan kepada prinsip pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh negara ini. Cadangan saya, perlu ada pengisian yang berupa ketenteraan dalam program khidmat negara. Ini tidak bermaksud pelajaran ketenteraan diajar secara satu-satu masa dalam tempoh tiga bulan. Cadangan saya ialah sepenuh masa dalam tempoh program ini.
Kemungkinan cadangan saya akan mendapat tentangan, namun ini tidak bermakna saya mengusulkan seluruh remaja menyertai program ketenteraan ini. Mungkin boleh dipilih seramai 10 000 remaja yang berminat dengan jiwa ketenteraan. Remaja yang namanya tersenarai untuk mengikuti program PLKN, perlu dibenarkan memilih untuk menyertai program khidmat negara seperti yang ada sekarang atau memilih program khidmat negara ketenteraan tanpa paksaan berdasarkan kemampuan fizikal dan mental serta mendapat kelulusan perubatan. Perkara yang penting juga ialah remaja yang tidak mampu menghabiskan program khidmat negara ketenteraan boleh dimasukkan dalam program khidmat negara yang diamalkan sekarang. Realiti dalam dunia ketenteraan, bukan semua pelatih tentera mampu menghabiskan semua kursus yang disertainya.
Perkara yang agak penting, dimana pertempatan program khidmat negara ketenteraan ini, adakah di kem PLKN yang sedia ada atau sediakan kem khas bagi program khidmat negara ketenteraan. Cadangan saya, petempatan remaja yang menyertai program khidmat negara ketenteraan boleh ditempatkan di markas Rejimen Askar Wataniah. Remaja yang menyertainya juga mesti anak negari, contohnya jika remaja A menetap di Setiawan maka beliau perlu ditempatkan di 503 Rejimen Askar Wataniah yang bertempat di Tambun, Ipoh Perak. Remaja yang mengikuti program khidmat negara ketenteraan boleh diserapkan terus sebagai perajurit muda Rejimen Askar Wataniah berkenaan jika layak boleh diserapkan dalam angkatan tetap. Pastinya bekas pelatih PLKN Ketenteraan boleh digerakkan dalam mana-mana situasi yang menggugat keamanan negara tetapi bukannya untuk melawan rakyat.
Perkara berkaitan dengan latihan. Seperti mana umum tahu bahawa untuk menjadi tentera, Kursus Perajurit Muda perlu melalui sebelum layak bergelar tentera. Seseorang yang menyertai Rejimen Askar Wataniah mengambil masa selama satu bulan bagi kursus Perajurit Muda. Program khidmat negara memperuntukan selama tiga bulan, wajar jika kursus Perajurit Muda selama sebulan dipanjangkan menjadi tiga bulan disamping mengkekalkan modul PLKN yang sedia ada.
Harapan saya, PLKN Ketenteraan dapat dilaksanakan kerana tenaga remaja sangat penting kepada negara. Paling utama ialah remaja yang menyertai program khidmat negara ketenteraan dapat berfungsi, sebagai salah satu elemen kekuatan yang mampu menjadi perisai kepada negara dalam menghadapi saat-saat genting. Sentiasa Memimpin.

ANGKATAN TENTERA DAN GELOMBONG KEBANGKITAN RAKYAT.

Oleh : Hairudin Tajudin

Angkatan tentera merupakan pasukan keselamatan yang dibangunkan kekuatannya untuk mempertahankan negara, khususnya ancaman luar yang berbentuk peperangan. Pasukan keselamatan ini mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi canggih yang mampu menangkis segala ancaman peperangan alaf baru. Persoalannya kini wajarkan angkatan tentera digunakan oleh pihak kerajaan untuk membunuh rakyatnya sendiri (Warganegara). Artikal ini bukan bermatlamat menghasut mana-mana pihak, namun satu luahan kerisauan jika kekuatan tentera diselewengkan untuk memusnahkan kebangkitan rakyat. Pastinya kebangkitan rakyat akan mengambil jalan yang berliku-liku, sejarah Malaysia akan diwarnai pertempuran berdarah menuntut pilihanraya yang bersih. Jika perjuangan ini berjaya pastinya akan dikenang sebagai sejarah yang sangat bermakna dalam perjuangan menentut kebebasan, keadilan dan ketulusan.
            Angkatan tentera sememangnya mempunyai tugas untuk membantu pihak berkuasa awam terutamanya PDRM dalam mengkuatkuasakan ketenteraman awam. Namun tugas yang dijalankan mestilah mengikut lunas undang-undang, jangan sesekali menggunakan kekerasan kerana BERSIH adalah perhimpunan aman tanpa senjata. Kekerasan boleh menyebabkan seseorang pegawai dituduh atas kesalahan tidak melakukan tindakannya dengan adil (Rujuk kepada KK Seksyen 52) dan tidak berhak dilindungi oleh kuasa yang diberi oleh KAJ Sek 88. Perlembagaan Malaysia perkara 10 membenarkan himpunan aman tanpa senjata dan 27 akta Polis (akta 344) mengenai kuasa polis mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan, Melalui akta ini polis perlu memberikan kerjasama kepada penganjur BERSIH 2.0 supaya perarakan boleh berjalan lancar dan matlamat perhimpunan BERSIH 2.0 tercapai. Perhimpunan BERSIH pada tahun 2007 membuktikan tiada keganasan yang berlaku, namun FRU telah bertindak melepaskan tembakan merian air dan gas pemedih mati, sehingga menyebabkan terdapat gerai niaga yang terkena air dan menanggung kerugian. jika polis memberikan kerjasama pastinya perkara ini tidak akan berlaku.  
Motif perhimpunan aman BERSIH 2.0 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, berkaitan lapan tuntutan bagi membersihkan sistem pilihanraya yang kotar dan tidak adil. Mengenai tuntutan BERSIH 2.0, iaitu akses media bebas dan adil. Paling senang untuk dijelaskan. Lihat sahaja tv1, tv2, tv3, Utusan semuanya memaparkan berita yang tidak adil. Orang kampung, pemuda kampung yang tidak belajar di universiti dapat menghuraikan tuntutan ini dengan baik. Semuanya buruk tentang Pakatan Rakyat semuanya baik bagi umno/Bn. Pelik sungguh bagaimana polis tidak langsung memahami keadaaan ini, adakah polis tidak ada hati nurani atau polis menjalankan tugas mengetepikan hati dan perasaan. Media arus perdana secara terang-terangan tidak memberi ruang kepada Pakatan Rakyat menjelaskan sesuatu isu atau menyampai sesuatu perkara.
Penyalahgunaan tentera berlaku berleluasa dalam banyak krisis yang melanda, terutamanya di dunia Islam kini. Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak belum lagi mengunakan kuasa tentera untuk memusnakan kebangkitan rakyat namun PDRM telah lama dianjingkan oleh umno/bn contohnya peristiwa Memali. Semasa krisis Anwar Ibrahim, anggota FRU memukul dengan rakusnya rakyat yang sebenarnya tuan majikan semua penjawat awam. Jika kebangkitan rakyat semakin bergelora adakah tentera Malaysia akan dikerah untuk membunuh rakyat yang hanya mahukan perubahan. Gerakan rakyat yang luar biasa tenaganya sahaja mampu melawan tentera contohnya seperti di Libya. Patutkah rakyat dibunuh dengan peluru yang meraka beli untuk tujuan mempertahankan negara tetapi digunakan untuk membunuh tuan peluru iaitu rakyat. Ayat ini mudah untuk difahami, rakyat membayar cukai kepada kerajaan dan sebagai satu organisasi yang dilantik melalui pilihanraya. Kerajaan yang dibentuk perlu penguruskan cukai ini bagi menampung keperluan negara termasuk keperluan keselamatan.
Tentera sewajarnya tidak boleh menerima arahan daripada umno/bn bagi mematahkan gelombang kebangkitan rakyat, apa yang perlu dilakukan ialah tentera harus bersempati dengan rakyat. Tentera perlu ada kesedaran bahawa gaji dan segala keperluan tentera selama ini adalah dari hasil titik peluh rakyat. Tentera perlu mengambil alih pemerintahan negara secara paling sopan dan menyediakan ruang demokrasi yang baik. Pilihanraya bebas yang dipantau oleh organisasi seperti PBB atau OIC perlu dijalankan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan tulus. Keputusan pilihanraya yang tulus ini perlu diterima oleh umno/bn, Pakatan Rakyat dan semua rakyat tanpa membantahnyah, hasil keputusan pilihanraya adalah suara seluruh rakyat Malaysia.
Dunia hari ini penuh dengan krisis politik seperti yang sedang berlaku di Libya. Tentera Libya bertempur dengan rakyat yang memberontak kerana ketidakadilan pemerintahan Muammar Gaddafi. Tingkah laku tentera Libya tidak boleh dicontohi oleh tentera Malaysia,  ATM perlu mengambil tindakan bijik tanpa membunuh siapa-siapapun terutamanya majikan meraka iaitu rakyat. Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri dari Tentera Darat, Laut dan Udara perlu melihat farmasi masing-masing yang mempunyai kalimah Allah dan Rasulullah, sungguh besar maknanya. Sedangkan tentera negara-negara wilayah Arab tidak meletakkan kalimah suci ini pada farmasi tentera meraka. Setiap pegawai tentera yang dikurniakan tauliah perlu sedar tanggungjawab meraka ialah perpegang teguh pada Allah bukannya berpegang teguh pada umno/bn. Besar harapan rakyat supaya ATM tidak dijadikan tali barut umno/bn seperti mana PDRM, polis kini menjadi pelindung setia kepada umno/bn. Rekod PDRM yang kotor perlu disamak supaya wajah polis kembali bersih dan benar-benar bebas menjalankan tugasnya, memastikan keamanan dalam negara terkawal.